Thursday, November 10, 2011

Kisah Benar!!!

Assalamualaikum..Syukur Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk menulis entry.Untuk entry kali ni,aku ada satu lagi cerita yang agak menarik untuk dikongsi.Sebenarnya dah lamaaku ingin menulis pasal cerita ni.Tapi sentiasa tidak berkesempatan untuk menulis ditambah pulak takde idea macam mane nak bercerita.

Tapi cerita yang ingin aku berkongsi mungkin akan korang semua tekejut atau ( tertanya2 sama ada cerita ini adalah betul atau rekaan semata2.Jawapannya cerita ini adalah benar dan bukan rekaan.Cerita ini adalah pengalaman yang telah aku tempuhi bersama kawan baik(Hafiz),bekas cikgu sekolah aku (Cikgu Zaki) dan anak angkat dia (dah lupe nama).

Kisah ni terjadi pada tahun 2004 semasa aku menuntut di UiTM Shah Alam.Ketika itu aku menyewa rumah di Apartment Perdana,Seksyen 13 berhampiran Giant Shah Alam.Nak dijadikan cerita Cikgu Zaki sambung belajar (buat PHD) di UiTM Shah Alam.Memandangkan “mode” pengajian yang diambil oleh Cikgu Zaki adalah separuh masa (PJJ),jadi setiap hujung minggu Cikgu Zaki akan turun ke Shah Alam untuk ke kelas (bagi pelajar PJJ kelas hanya diadakan pada hujung minggu) yang diadakan di Intekma Resort & Convention Center,Seksyen 7,Shah Alam.

Foto:Pintu masuk utama Apartment Perdana Seksyen 13
Foto:Intekma Resort & Convention Center
Foto:Pintu masuk utama UiTM Shah Alam


Pada kebiasaannya,Cikgu Zaki akan menaiki bas ekpress dari Kuala Terengganu pada jumaat malam dan akan sampai di Shah Alam pada pagi sabtu.Telah menjadi tugas aku untuk mengambil Cikgu Zaki di Stesen Bas Ekpress Shah Alam,Seksyen 17 dan bawak balik ke rumah sewa aku setiap kali Cikgu Zaki ada kelas.Setelah selesai solat subuh,berehat dan bersarapan,aku akan menghantar Cikgu Zaki kelas dan mengambilnya semula setelah habis kelas pada sebelah petangnya. Pada sebelah malamnya,aku akan menghantar Cikgu Zaki ke stesen bas ekpress untuk bali ke Terengganu.Biasanya Cikgu Zaki akan telefon aku terlebih dahulu setiap kali dia ada kelas supaya senang aku merancang aktiviti hujung minggu aku.

Foto:Stesen Bas Ekpress Seksyen 17


Tapi ada satu hari  tu,Cikgu Zaki telefon bagitau tak payah ambil dia kat stesen bas minggu ni sebab dia “drive” kereta sendiri  turun Shah Alam dengan anak angkat dia.Jadi dia akan bermalam dirumah aku untuk satu malam.Diringkaskan cerita,Cikgu Zaki selamat sampai di shah Alam dan bermalam dirumah aku.Keesokan hari Cikgu Zaki pegi ke kelas sendiri.Tak payah aku hantar sebab dia ingat jalan dan bawak kereta sendiri.Lega aku,boleh tido lama sikit.Heheheeh.Memandangkan hari tu hujung minggu,jadi Hafiz datang lepak dan bermalam dirumah sewa aku jugak.Begitulah kebiasaan aktiviti Hafiz bila hujung minggu.Biasanya aktiviti kami adalah lepak2 kedai mamak,ronda2 pusing Shah Alam dan macam2 lagi lah.

Foto:Sekadar hiasan (Masjid Shah Alam)

Foto:Sekadar hiasan (Bandaraya Shah Alam )

Foto:Sekadar hiasan (Kedai Mamak)

Lepas Zohor Cikgu Zaki balik ke rumah sewa aku.Kebetulan hari tu kelas dia habis awal.Selesai jer solat zohor,kami semua pergi makan tengahari di restoren berdekatan.Cikgu Zaki akan bertolak balik ke Terengganu pada petang tu.Sambil tunggu waktu petang,kami semua lepak sembang2 kosong dan hisap rokok.Dalam pada duduk sembang tu,Cikgu Zaki ajak aku dan Hafiz balik kampung sekali dengan dia.Pada awalnya aku dengan Hafiz menolak tawaran Cikgu Zaki.Tapi bila difikirkan balik kami berdua bersetuju.Lagipun hari tu cuti hujung minggu.Kebetulan kami berdua dah lama tak balik kampung (takdela lama sangat pun.)Apa yang paling penting balik free,tak payah keluar duit tambang.Hehehe.Sebenarnya aku tahu kenapa Cikgu Zaki “offer” aku dan Hafiz balik kampung.Dia tak larat nak “drive”sebenarnya.hahahahaah

Foto:Bendera Terengganu

Petang tu,selepas solat asar kami pun bersiap2 nak bertolak balik ke Terengganu.Aku akan bertindak sebagai pemandu,manakala Hafiz menjadi pemandu gantian (co-pilot).Cikgu Zaki dan anak angkat dia jadi jadi penumpang VIP.Sebelum bertolak,aku dan Hafiz terlebih dahulu membuat pemeriksaan keadaan kereta.Kereta Cikgu Zaki adalah Proton Wira Aeroback 1.6  berwarna hijau dengan sistem transmisi automatik.

Foto:Sekadar hiasan (Proton Wira Aeroback 1.6)

Semasa tengah2  “check”  kereta,cikgu bagitau aku  masa dia “drive” sebelum ni,dia rasa macam ada yang tak kene pada sistem brek.Sebabnya setiap kali nak membrek,dia kene acap kali tekan padel brek barulah brek berfungsi.Bila dah dengar macam tu,aku dan Hafiz dah tahu apa masalahnya memandangkan kami dulu pernah mengikuti kursus dalam bidang automotif di GiatMara selama  6 bulan.Kami terus pun terus bukak bonet depan kereta dan buat pemeriksaan pada bekas minyak brek.Minyak brek kurang. “Comfirm” sistem brek ada kebocoran.
Foto:Sekadar hiasan (Servo & Master Pump)
Foto:Aku dan Hafiz ketika menjalani latihan di GiatMara awal tahun 2000

Kami mula mencari dimana punca kebocoran.Tengok “master pump” semua ok.Bila kami “check” bahagian tayar,ternampak lah kesan lelehan minyak pada rim.Dah jupe punca kebocoran.Angkup brek (calliper) salah satu tayar telah bocor.Tapi kebocoran takde lah serius sangat berdasarkan kesan lelehan minyak pada rim.( mengikut teori aku lah).Kalau nak bawak pegi “repair”, hujung minggu memang takde bengkel bukak.Tambah pulak dah petang,lagi lah payah nak cari  bengkel.Dalam kepala masa tu,duk fikir nak balik kampung jer ni.Walau macam mane pun kena balik jugak Terengganu jugak hari tu.

Foto:Sekadar hiasan (Angkup Brek)
Selepas aku  berbincang dengan Hafiz,kami sepakat membuat keputusan untuk  bertolak balik jugak petang tu.Brek kereta time tu,ok lagi.Cuma setiap kali nak berhenti/slowkan kereta,kene acap kali tekan pedal brek(pump) baru lah brek “makan”.Lagipun apa yang nak dirisaukan aku dengan Hafiz kan bekas mekanik.Takde hal lah.(Heheheheh.perasan pro sangat time tu).

Foto;Sekadar hiasan (sistem brek )

Jadi aku pun bagitau cikgu kami semua boleh bertolak memandangkan masalah yang dihadapi tidak begitu serius.Kami pun mula bertolak meninggalkan kawasan rumah sewa aku menuju ke “Federal Highway”.Sebelum itu,aku dah bagitau Hafiz supaya jadi “co-pilot” yang terbaik dan kene lebih “High Alert” dengan keadaan sekeliling sepanjang perjalanan nanti. Hafiz kene memaklumkan apa sahaja situasi yang boleh mengganggu gugat kelancaran perjalanan kami agar aku dapat bertindak dengan lebih awal.Yelah dengan keadaan brek kereta yang kene “pump” macam ni memang tak sempat nak “Brake Emergency”.
Foto:Sekadar hiasan (Federal Highway)

Jadi sepanjang perjalanan dari rumah sewa ke Federal Highway, nak berhenti/slowkan kereta aku awal2 lagi kene “pump” brek .Alhamdulillah,setakat ni semua berjalan lancar.Dalam kereta kami semua sembang2 sambil hisap rokok untuk menghilangkan kebosanan.Sekali-sekala Cikgu Zaki tanya macam mane dengan brek kereta.Aku cakap semua “ok” setakat ni.

Sebaik saja melepasi Batu Caves,keadaan menjadi semakin kritikal apabila brek kereta “totaly out of service”.Banyak kali pump pun,brek dah tak “makan”.Ini bermakna kebocoran dah menjadi serius dan bekas minyak brek mesti dah kering.Aku bagitau Hafiz tentang situasi kami sekarang.Hafiz dah mula cuak.Aku lagi la cuak selaku pemandu.Cemas2.Kalau jadi “pilot” kapalterbang dah boleh isytihar “MAYDAY!MAYDAY!MAYDAY!” dah ni.Cikgu Zaki dan anak angkat dia tak tahu pasal masalah ni sebab mereka dah tido kat belakang.

Aku dengan Hafiz cuba bertenang dan tak panik.Dalam beberapa minit dengan ilmu pengetahun dalam bidang automotif yang ada, kami berjaya memikirkan cara macam mane nak memberhentikan/slowkan kereta ni bila keadaan memerlukan.Caranya menggunakan brek tangan(handbrake). “Handbrake” tidak menggunakan kuasa hydraulic untuk berfungsi kerana ianya menggunakan sistem “cable”.Maknanya “handbrake” masih boleh digunakan walaupun minyak brek dah takde.

Foto;Sekadar hiasan (handbrake)
Cara ini sebenarnya bukan jalan penyelesaian terbaik kerana masih berisiko tinggi.Sekiranya “handbrake” digunakan ketika kereta bergerak laju,kemungkinan kereta akan burpusing2 dan terbabas adalah tinggi.Satu lagi masalahnya,kalau berlaku keadaan dimana memerlukan aku membrek secara “emergency”,memang kereta takkan sempat berhenti pada waktunya.
Foto:Sekadar hiasan

Sekarang apa yang perlu aku buat adalah memandu didalam keadaan lebih berhati2 dan “extra high alert”.Bagi mengurangkan risiko sepeti yang aku ceritakan kat atas tadi,aku akan menggunakan handbrake secara perlahan2( step by step) bila keadaan memerlukan aku untuk memberhebtikan/slowkan kereta.Jadi peranan Hafiz sebagai co-pilot semakin kritikal untuk membantu aku sepanjang perjalanan ni.Mungkin bagi sesetengah orang bila berhadapan dengan masalah macam ni, mereka akan membatalkan perjalanan atau tunggu bantuan tiba.Itulah tindakan yang sebaik-baiknya.Tapi bagi aku dan Hafiz disebabkan perasaan membuak2 nak balik kampung telah menguasai diri,kami berdua seolah2 menjadi lupa diri.Perasaan takut tidak bermain difikiran kami.Stok "Kamikaze" lah kirenyer..
Foto;Sekadar hiasan
Disepanjang perjalanan,setiap kali aku ingin berhenti/slowkan kereta,aku akan menarik  “handbrake” perlahan2.Kelajuan purata sepanjang perjalanan 80-120km/j (kelajuan yang boleh dianggap tinggi dengan keadaan kereta yang totaly out of brake)bergantung kepada keadaan trafik lebuhraya/jalan.Sesekali bila aku berhenti rehat  di R&R atau stesen minyak cikgu akan terjaga dari tido dan bertanya macam mane keadaan brek.Walhal masa kami berhenti makan pun,bila cikgu tanya pasal brek,aku masih bagi jawapan semuanya ok.Perjalanan diteruskan dengan penuh berhati2 dan “extra high alert” sehingga sampai di Kampung Geliga,Kemanan,Terengganu apabila aku dan Hafiz berhadapan dengan satu lagi situasi cemas.
Foto:Sekadar hiasan
Masa tu keadaan dah tengah malam.Gara2 cuba mengejar lampu trafik warna hijau di satu persimpangan,aku nyaris melanggar seorang penunggang motosikal.Kejadian bermula,sebaik saja aku sampai dipersimpangan,lampu hijau bertukar merah.Dengan kelajuan masa tu sekitar 80km/j sudah pasti aku tak mampu nak brek “emergency”.Nak tarik “handbrake” dengan kelajuan macam ni,”comfirm” kereta akan berpusing2 atau terbabas.Dalam beberapa saat yang krtikal tu,terlintas difikiran aku untuk membunyikan hon dan memberikan lampu high beam beberapa kali sebagai isyarat kepada penunggang motosikal yang berada dipersimpangan agar tidak melintas kerana aku tidak sempat untuk berhenti dilampu merah.Alhamdulilah,syukur pada Allah,penunggang motosikal tu,perasan/faham dengan isyaratkan yang aku berikan dan aku berjaya melintasi persimpangan tu dengan selamat.Situasi itu,memang cukup mencemaskan aku dan Hafiz.Selepas kejadian itu,aku dah mula “drive” dalam kelajuan yang selamat.Agak2 dalam kelajuan yang sesuai untuk aku brek “emergency” dan sebagainya.

Foto :Sekadar hiasan


Foto:Sekadar hiasan

Setelah mengharungi perjalanan lebih daripada 7jam sejauh 480KM,akhirnya kami semua selamat sampai dikampung halaman.Semasa sampai dirumah,barulah aku bagitau Cikgu Zaki yang brek kereta dah “out of service” dan aku suruh dia pakai “handbrake” bila drive hantar apis dan balik rumah dia.Terkejut beruk Cikgu Zaki bila dengar macam tu.Hehehe.

Siang tu,Hafiz datang lepak rumah aku.Kami pun bercerita pengalaman yang kami tempuhi malam tadi.Masing2 tak percaya macam mana kami boleh menjadi seberani itu.Stok hati kering la senang cerita sampai sanggup menempuhi perjalanan sejauh 480KM dengan keadaan kereta yang takde brek.Memang betul2 keje gile.

Apepun kami bersyukur pada Allah kerana diberi keselamatan sepanjang perjalanan sehingga selamat sampai di kampung halaman.Andainya kami disuruh buat keje gile ni sekali lagi,sudah tentu jawapannya,TIDAKKKKK!

Moral: Janganlah tiru aksi kami kerana ianya amat MERBAHAYA!Kami sendiri menyesal bertindak sedemikian.

No comments:

Post a Comment