Alhamdulillah..Idea nak menulis entry ni timbul selepas aku melihat beberapa orang kawan aku masih belum dikurniakan zuriat walaupun telah beberapa tahun berkahwin dengan pasangan mereka.Walaupun pelbagai ikhtiar telah mereka usahakan,namun belum menjadi rezeki mereka lagi.Tapi aku yakin dan pastikan suatu hari nanti,apabila sudah tiba masanya seperti mana ketentuan Allah,mereka akan menimbang cahaya mata juga.
Foto:Sekadar hiasan |
Apa yang penting bagi mereka sekarang jangan putus asa,terus berikhtiar dan apa yang paling penting menadah tangan berdoalah pada Allah.Mohonlah bantuan daripada Allah kerana Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Firman Allah,
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186)
Di sini aku ingin berkongsi doa dan juga amalan2 untuk mendapat zuriat.Semua info2 ni aku dapat semasa blogwalking tadi.Jadi aku copy paste info2 ni mudah-mudahan ianya dapat membantu mereka yang memerlukan.Insyallah.
Foto:Doa ini dijadikan zikir pada setiap masa |
Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:
Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
· Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Ni ada satu lagi doa dan amalan yang boleh korang cuba.
Setiapkali lepas solat..baca doa ini..
i.) Baca Surah alfatihah
ii) Doa mohon zuriat iaitu surah Al-anbiya ayt 89, Surah Ali Imran ayt 38, surah Al-anbiya ayt 30
Doalah dengan penuh yakin dan berharap..
tolonglah ya Allah.. dengarlah doa aku ini..tolonglah Ya Allah..
2. DOA UNTUK KAWAN-KAWAN YANG LAIN
Yang ini.. selalu buat lemang nak nangis..
doalah untuk kawan2, saudara-saudara kita yang belum mendapat zuriat..
Mohon Ya Allah..kurniakan zuriat kepada rakan ku.. sebut nama kawan tu jelas-jelas...
mohon dengan ikhlas pada Allah...Insyaallah..yakinlah..
bila kita doa kebaikan untuk orang lain..berlipat2 kebaikan Allah bagi kat kita...
3. ASID FOLIC
Kekalkan tabiat makan asid folic.. cubalah..
ini untuk kebaikan bakal janin yang akan melekat dalam rahim kita..
tau tak penyakit spina bifida berpunca dari kekurang zat dari asid folic...
Sangat merepek fahaman makan asid folic menyebabkan anak sakit kuning..
entah ijazah doktor mana yang diorang dapat nie..
geram sungguh lemang kalau dengar ibu mengandung tak nak makan asid folic... hishhhh...
pembentukan di awal kehamilan tu penting..
so..janganlah take for granted dengan dengar nasihat yang entah betul entah tidak tu...
hmmmm..dahsyat tauuu kecacatan spina bifida tu!
4.DOA SUAMI
Minta maaf pada suami..huuhuh.. minta doa suami jugak..
Ikhlaslah pada rumahtangga...(huhuhuh paling mencabar niehh)
Ya Allah..hari2 kene minta maaf dari suami..
Al maklumlah..mulut nie.. hati nie..kadang2 bila syaitan pangkat jeneral dah turun..
hitam legam hati jadinya....Lupa surga duduk kat bawah kaki dia..
Hilangkanlah ego.. peluk abang..
"Yang..kita doa sama-sama yer..saya sayangggg kat awakkk..".
5.BERAT BADAN
Kawal berat badan.. alhamdulillah..setelah 3 bulan makan rx-lite..
lemang hampir dapat capai target berat idaman 57, sangat hampir..
dari berat 65..dan sampai 58-59... then..
lemang mengandung!!!
Magic tak magik..ikut rekod upline lemang 6 orang yang ambil rxlite sudah hamil..
bila dah confirm hamil..tak leh makan rx-lite dah..
Lemang tukar makan rx colastra... bagus untuk minda, dan pembentukan otak janin..
Alya and dhia pun makan jugak.. incik apizganaz tak ketinggalan..supaya minda makin subur.
and tak adalah amik keputusan pelik lagik heheheh...
Petua Islam Untuk Mendapatkan Zuriat
Doa ini boleh diamalkan jika anda berkeinginan untuk mendapatkan zuriat. Semoga Allah s.w.t. memakbulkan. Doa ini dibaca selepas selesai solat dengan penuh kesungguhan.
1) Membaca Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam,Keluarga Baginda, Sahabat Baginda, Tabi',Tabi'ul Tabi'in,Auliyak, Ulamak, Guru-Guru Kita dan Sekelian Muslimin dan Muslimat:-
أ َعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. ٱهْدِنَا الصِّرَ ٰطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَ ٰطَ الَّذِينَ أ َنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّـاۤ لِّينَ. آمين.
2) Membaca Selawat al-Fatih 30 kali :-
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ. 30 كالي
3) Membaca doa :-
رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ.
Ya Tuhanku, janganlah engkau birakan daku seorang diri (tanpa anak) dan Engkau sebaik-baik yang mewarisi.
4) Juga doa :-
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ.
Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (memperkenan) doa permohonan.
5) Juga doa :-
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوۤاْ أَنَّ السَّمَـٰواتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَـٰهُمَا, وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّ, أَفَلاَ يُؤْمِنُونَ.
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu adalah keduanya pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami pisahkan keduanya dan Kami jadikan dari air tiap-tiap sesuatu yang hidup? Maka mengapa tidak mahu beriman?
6) Doa ini baca 7 kali :-
سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ بَيْنَ الْكَافِ وَالنُّونِ, سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ. أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَن يَشْفِيَكَ.
7) Solat Hajat 2 raka'at, sebaik-baiknya pada 1/3 malam :-
Raka'at pertama : Surah Al-Kafirun
Raka'at kedua : Surah Al-Ikhlas
Doa solat hajat :
dan boleh ditambah dengan doa Nabi Khidir dan Nabi Ilyas yang berikut:
Ertinya:
Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang boleh menolak kejahatan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, setiap nikmat itu adalah dari Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali bagi Allah.
Ibnu Abbas berkata: sesiapa yang membaca doa di atas ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali maka Allah memberikan keselamatan kepadanya dari tenggelam, kebakaran, kecurian, syaitan, pemerintah yang zalim, ular dan kala jengking (binatang bisa dan buas). Dari kitab Tanwirul Qulub, Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi.
Amalan Untuk Dapat Cahaya Mata
1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
6. Mengamalkan minum madu sebelum dan selepas tidur, minum air zam zam, kunyah habatus sauda dan makan kurma basah 7 biji setiap pagi.
7. Perbanyakkan selawat. Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Bacaan Ketika Mengandung
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Sumber:http://afifahsakura.blogspot.com/2011/01/doa-memudahkan-mendapat-zuriat.html
http://ainnazri.blogspot.com/2010/09/petua-mendapat-zuriat.html
ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Mintak izin admin halalkan ilmu yg diberi🤲🏻
ReplyDelete