Sunday, June 5, 2016

Botol Misteri

4 Jun 2016. Lagi 2 hari sebelum umat Islam menyambut bulan ramadhan telah berlaku kejadian mistik dirumah aku.Kejadian yang mungkin luar pemikiran normal manusia di zaman moden serba canggih sekarang ni.

Kisahnya pada malam tadi pakcik aku telah membawa 2 orang ustaz (perawat Islam) datang ke rumah aku sekitar jam 11 malam.Tujuannya adalah untuk melihat kawasan rumah dan membuat rawatan dirumah aku disebabkan keluarga aku kerap diganggu dengan benda-benda mistik yang telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Sebelum ini beberapa orang ustaz pernah datang dan membuat rawatan, keadaan "bertenang" itu hanya bertahan  sementara sahaja. Memandangkan musuh tidak pernah berputus asa dengan membuat serangan bertalu-talu terhadap keluarga aku.Siapa musuh itu?Entahlah.Aku sendiri tak pasti sape yang begitu busuk hati sampai sanggup menggunakan ilmu hitam atau sihir sebagai senjata untuk  menyerang keluarga aku.Betullah apa orang cakap.Kita baik belum tentu ada orang suka.Kita jahat lagi la orang tak suka.

Berbalik pada kisah ustaz yang datang umah aku malam tadi.Setelah mereka melihat kawasan sekitar rumah aku.Mereka bagitau aku memang ada sesuatu dirumah aku dan perlu dirawat dengan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih parah.Jadi malam tadi jugak proses rawatan dimulakan.Kedua-dua ustaz ni mula proses rawatan dengan membaca beberapa ayat suci Al-Quran untuk beberapa ketika.Selesai bacaan,ustaz mengajak aku dan beberapa orang sepupu aku yang datang sekali bersama ustaz tadi keluar pagar dihadapan rumah berhampiran meter air.

Sampai disini,ustaz sekali lagi membaca ayat suci Al-Quran sambil menyuruh aku menuang beberapa botol cuka keatas tanah berhampiran meter air.Sambil aku menuang cuka,ustaz mengorek tanah yang terkena siraman cuka tadi dengan parang.Entah macam mane tetiba kami semua terdengar bunyi besi berlaga dengan kaca.Semua dah suspen bila dengar bunyi tu.Tetiba timbul botol kaca kehitaman dipermukaan tanah yang disiram cuka.Timbul macam tu je.Size botol kaca ni lebih kurang botol gamat aku andaikan.

Keadaan mula sedikit panik.Ustaz yang tadi nampak tenang mula cemas.Dengan penuh berhati-hati ustaz mengambil botol tersebut dan letak ke dalam tempurung kelapa yang sememangnya telah disedia lebih awal bersama beberapa botol cuka tadi sebagai persediaan jika rawatan perlu dijalankan.Tempurung berisi botol misteri diletakkan dihalaman rumah sementara.

Ustaz kemudiannya membaca lagi ayat suci Al-Quran.Selesai membaca, kami semua bergerak ke pagar belakang rumah dekat dengan bilik tidur aku.Seperti dipagar depan rumah tadi,ustaz membaca ayat sambil aku menuang cuka ditepi main hole.Ustaz mengorek tanah dengan parang.Sekali lagi kami dikejutkan dengan penemuan botol kehitaman kedua.Lagi bertambah panik semua.Botol kedua ni pun diletakkan di dalam tempurung dan dibawa ke halaman rumah.Diletakkan sekali bersama dengan botol yang pertama tadi.

Setelah kedua-dua botol ini dihimpunkan.Ustaz dengan penuh berhati-hati pecahkan botol tersebut.Punya la terkejut semua bila melihat isi botol yang penuh misteri ni.Di dalamnya terdapat minyak,paku berkarat,jarum peniti,rambut,besi dan debu.Ustaz bagitau minyak tu adalah minyak orang mati kene bunuh dan debu tu adalah abu mayat.Semua isi kandungan botol ni adalah alat yang biase digunakan untuk menyihir orang.Termenung panjang semua orang bila dengar ustaz cakap macam tu.Ustaz kemudiannya mengambil botol-botol ni dalam letak didalam plastik dan bawak balik.Ustaz bagitau benda ni kena buang dalalm sungai mengalir atau dalam laut.

Akhirnya selesai la proses rawatan dirumah aku malam tadi.Dunia akhir zaman.Sihir menyihir bukan lagi satu perkara yang pelik zaman sekarang ni.Jadi nasihat aku pada semua,sentiasalah amalkan ayat-ayat pendinding sebagai langkah pencegahan dari kita terkena benda-benda macam ni.Kita tidak tahu sape yang suka dan benci kita.Ayat-ayat pendinding yang aku bagitau tadi korang boleh cari dalam google.Banyak ada kat situ.Aku pun sejak sakit dulu dah amalkan ayat-ayat pendinding sebagai langkah pencegahan. 

Kat bawah ni aku kongsi beberapa keping gambar yang sempat aku ambil dalam kekalutan malam tadi.





Monday, November 23, 2015

Touching


Kata2 kat atas ni betul2 mengingatkan aku pada seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku sebelum ni.Aku doakan semoga beliau bahagia.

Sunday, August 24, 2014

Pusat Rawatan Islam Di Malaysia

Foto:Sekadar Hiasan
Dalam entry kali ini,aku telah senaraikan  beberapa Pusat Rawatan Islam yang terdapat di Malaysia.Diharap ianya dapat membantu mereka  yang mengalami penyakit "misteri" macam aku.Ini merupakan salah satu ikhtiar dalam mengubati penyakit yang tidak mampu dirawat secara  klinikal.Insyallah,dengan izinNya mudahan-mudahan sembuh dari penyakit yang dialami.



Sabda Nabi Muhammad S.A.W.


“Berubatlah wahai umat manusia; sesungguhnya tuhan yang menurunkan penyakit itu, Dia (jugalah) yang menurunkan ubat (baginya).”[ H.R. al-Qudhaa’i ]

Pusat Rawatan Darussyifa ( Dato' Dr. Haron Din) 
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Telefon & Fax: 03-89250443 

Email: alsyifa@streamyx.com
http://www.darussyifa.org

Darussyifa Cawangan Kuala Terengganu
Lot 126, Kg Dusun,
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu.
Tel. Pejabat: 09-6662128
Ust Zainal: 019 - 9362510
Ketua Perawat: 013 - 9439642

Darussyifa Cawangan Setiu
Jalan Ulu Seladang,
Bandar Permaisuri,
22100 Setiu Terengganu
(Berhampiran SK Kg. Buloh)
Ust. Zamrie b. Ismail : 019 - 9530630 (Ketua perawat)
Ust. Zaini b. Said: 013 - 9030187

Darussyifa Cawangan Besut
Kampung Renek,
Jabi , Besut
Terangganu
Ustaz Mohd Hafizan Bin Alias :017-9429527
Ustaz Zainodin bin Ismail :019-9258556

** Lain-lain cawangan sila rujuk website pusat rawatan seperti yang tertera diatas.

Pusat Perubatan Islam Darussalam (Dato’ Ismail Kamus) 
Lot 4463, Lorong Penghulu,Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-61881789
Fax : 03-61881796
http://www.darusssalam.net.my

Pusat Rawatan Al-Hidayah (Tuan Hj Lokman, Ashraf Muslim dan Zulhaidi Ahmad) 
No. 1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sungai Pusu
Gombak 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6186 7368
http://www.alhidayah-medic.com

Al-Hidayah Cawangan Terengganu
964, Taman Desa Ibai Permai,
Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 019 986 1952 (Cikgu Syed Othman) 
** Lain-lain cawangan sila rujuk website pusat rawatan seperti yang tertera diatas. 


SINAR ZAMDURRANI (Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie) 
Pejabat/Gerai Produk dan Pejabat Urusan
No. 12-1, Jalan Dataran Vellodrom Cheras,
Cheras Bandar Tun Razak 56000 K.Lumpur
Tel :017-6499818 (En.Hasnor)
 017-6059383 (Pn. Jamaliah)
http://www.zamdurrani.dumei.com

Klinik Rawatan
No.69BM Jalan USJ 21/11,
UEP Subang Jaya Subang Jaya.
Tel: 017-6499818

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah ( Ustaz Suhaimi Rozali ) 
No 62A-2, Jalan SM 3A,
Sunway Batu Caves,
68100 Selangor
Tel: 03-61861525 (pejabat)
       019-2691525 (talian 1)
       019-3081525 (talian 2)
http://darulruqiyyah.blogspot.com

Pusat Rawatan Darul Manzil (Khairul Syakirin bin Abdul Wahab) 
No.16, PT5982,
Taman Intan Geliga Besar,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 019-9891078
        012-6763447
http://www.darulmanzil.blogspot.com/

Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah (Ustaz Malek Ladzim) 
No. 17 Taman Pulai Jaya, Km 5 Jalan Langgar
05460 Alor Setar, Kedah
Tel : 019-4715253
http://www.terapialquran.com

Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan (Ustaz Abdul Majid Hassan) 
Lot 2894 Lorong Beringin, Batu 17
48050 Kuang, Selangor
Tel: 017-364 6461
http://akrine.blogspot.com/

Pusat Tradisional Khairey (Ustaz Khairey Saudi) 
Lot 5657 Jalan Bangol
Simpang Empat
Taman Adabi
17500 Tanah Merah, Kelantan
Tel: 012-3603488
http://ustazkhaireysaudi.blogspot.com/

Pusat Rawatan Al-Syakirin (Ustaz Mohd Syakir Mohd Ezmi) 
Lot 195 A Lorong Halba
Kg Bakar Kapor
08000 Sg Petani, Kedah
Tel: 019-5661848

Pusat Rawatan Islam Manarah (Ustaz Dr Jahid Sidek) 
Lorong Beringin, Batu 17
48050 Kuang, Selangor
Tel: 019-384 5666
http://primanara.blogspot.com/

Pusat Rawatan Islam Gshahmisteri (Ustaz Azizi Misbah) 
No. 42 Jalan Ithnin Maarof
Taman Lian Seng
86000 Kluang, Johor
Tel : 016-749 5801
http://assunnah.fotopages.com

Pusat Rawatan Ahmadiah Terengganu 
Lot 3964, Jalan Intan,
Kg Balai Besar, 23000,
Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel: 012-6896581 (Harnizam)
 019-2306808 (Nik Adnan)
http://www.pusatperubatanahmadiah.blogspot.com/
Email: pp.ahmadiah@gmail.com 
** Lain-lain cawangan sila rujuk pada blog pusat rawatan seperti yang tertera diatas

Pusat Rawatan Islam Nur As Syam Lot 3951 , Jalan Intan , Balai Besar ,
23000 Dungun , Terengganu ,
Terengganu Darul Iman.
Tel : 017-9313297 (Ust.Sham/Pengasas)
        019-9144210 (Ust.Ramlan/Ketua Perawat)
        013-9795919 (En.Zaidul)
        013-9994989 (En.Azam)
        013-4141898 (En.Adly)
        012-9975191 (En.Nazri)
http://prinass.blogspot.com

Al-Idrisiyyah Pusat Rawatan Islam 
Balai Maras,Jalan Maras,
Batu Rakit, Kuala Terengganu.
(Dibelakang Institut Perguruan Datuk Razali)
Tel :013-9517348
http://facebook.com/pusatrawatanislamalidrisiyyah

Rawatan Islam 'Illaj Rabbani
Kg.Tanjung Bunut,Manir,
21200 · Kuala Terengganu
Tel: 013-9606100
E-Mail: illajrabbani@gmail.com
          ustazpauzi1961@gmail.com

Pusat Rawatan Islam Dan Alternatif (Darul Azzikri Pusat) 

E-G-60B,Blok E
Jalan Cheras Prima 5A
Taman Cheras Prima
43000 Kajang Selangor
Tel: 019-6735320 (Sobri)
       019-9657827 (Hamza)h
E-Mail :darulazzikri@gmail.com
http://darul-azzikri.blogspot.com

RAWATAN TRADISIONAL SECARA ISLAM (Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid) 
No. 1932-C, Jalan Stadium,
05100 Bandaraya Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
( Berhadapan Dengan Kompleks Kolam Renang MBAS )
Tepi Jalan Besar Jalan Stadium.
Tel : +6019-5424161.
Email : prist2u@yahoo.com.my
http://www.rawatan-islam.com

Ustaz Ismail A.M. Sidek 

No 11 Taman Seri Bayu
Jalan Besar,Paka,
23100 Dungun Terengganu
Tel: 09-8271214
       019-9223357
http://www.darunnur.webs.com
E-Mail :darunnur@yahoo.com

Rawatan Alternatif Islam, Terapi Bekam Thibbun Nabawi, Urut Refleksologi Dan Urut Tradisional 
No 66, Jalan Kasturi 3B,
Bandar Bukit Beruntung, BB8,
Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 017-7170534 (Muallij Nasa)
Email : nassa1980@gmail.com
http://perawatsihir.blogspot.com

Pusat Rawatan Islam Syifa Ulhadi 
No.6A Tingkat 1
Jalan MJ/9
Taman Dato’ Harun
Taman Maju Jaya
46000 Petaling Jaya
Tel:03-77857646
      019-2611796
     010-2103004
www.syifauhadi.com
E-Mail:syifauhadi@yahoo.com 




Rawatan Tradisional Cara Islam Sedut Marifat  
No, 23, Jln Tenggiri 2, Tmn Mutiara, 
42800 Tanjong Sepat,Kuala Langat
Tel: 019-3719431 ( Hj Din) 
http://rawatantradisionalsedutmarifat.blogspot.com/


PUSAT RAWATAN TRADISONAL JAUHAR SYIFA’
No.16, Jalan SS19/1D, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-5634 9547 atau 016 - 9905551
www.jauharsyifa.my
Email: admin@jauharsyifa.my



PUSAT RAWATAN IKHTIAR PENAWAR AL-HIDAYAH
Hajjah Syarifah Halimah (Makku)
Lot 1916 Taman Limau Pengadang Baru
20050 Kuala Terengganu
Tel:019-9251792


PUSAT RAWATAN SINAR NUR (Dr. Mohamad Zaid )
Lot 8133 C, 
Tingkat Bawah Jalan Gong Badak
 21300 Kuala Terengganu Terengganu 
Tel : +609-96666698 
Fax : +609-96666698 
Hp : +6013-958 7059  
        +6017-977 7622 
www.pancaransinarnur.com 
info@pancaransinarnur.com 


PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM) 
No 11,Jalan Gapi 1B/11
Seksyen 1 Antara Gapi
48200 Serendah
Tel: 017-2830221 & 013-2009808  (En.Hasrol)
E-Mail: hasrul_kasturi@yahoo.com 



Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku)
Rawatan Komplimentari Yashfien
No 8-1, Jalan 20C/146, Desa Tasik, 
Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur
Tel: 0132873304 & 0132893304
https://www.facebook.com/engkuansaruddin



Ustaz Wan Mansor 
Lokasi : Gong Badak,K.Terengganu (Berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud)
Tel: 0199508909


Haji Uzip@Othman Mohd
Lokasi :B99Kg.Kubang Durian,20050 Gelugur Kedai,K.Terengganu (Berhampiran Pasar Gelugur)
Tel:0139214107/0133504107
https://www.puridastrg.blogspot.com

Ustaz Shafie
Lokasi: Kg Pengadang Baru,K.Terengganu (Belakang Masjid Baru)
Tel:0199163829


Ustaz Raffi (Badan Ukhwah Darul Iman)
Lokasi: Kg Losong,K.Terengganu
Tel:0178880589


Ustaz Mat Asri
Lokasi: Kg Banggol Tuan Muda,K.Terengganu
Tel:0199532251/0199423531


Ustaz Idris 
Lokasi: Belakang Maktab Perguruan Batu Rakit,K.Terengganu
Tel:0139517348


Ustaz Fitri 
Lokasi:Kg Gong Pauh,K.Terengganu (Berhadapan Pejabat Pertanian Negeri Terengganu)
Tel:0126669212


Ustaz Fauzi
Lokasi:Kg Tanjung Bunut Manir,K.Terengganu
Tel:0139696100/0148181712


Cikgu Shahrul
Lokasi:Bukit Payong,Marang.
Tel:0199851990

Ustaz Ishak
Lokasi:A- 31-GA,Prima Saujana Seksyen 1,Kajang Selangor
Tel:0122594900

Ustaz Mohd Rafizie  Rahaidir (perawat dan pembantu ustaz Sharhan Shafie)
Lokasi: Masjid Al Huda Seksyen 19 Shah Alam Selangor
Tel:019-9325405

Ustaz Abas
Lokasi:Persatuan Kebajikan Dan Perawatan Rabbani,Lot 15551,Jalan Ketapang 6,Telaga Daing Seberang Takir,21300 K.Terengganu
Tel:0146062366

Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra
Lokasi :393414 Jalan Alang Ishak
Kampung Sungai Tapah
Manjoi 30020 Ipoh Perak
Tel: 013-5314809 (Ust.Muhammad Syawa
       013-4479610 (Ust.Abdullah Idris)
Facebook: Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra
Website: www.ruqyahisra.com

Pak Meor
Lokasi:Belakang SK Gelugur K.Terengganu
Tel:013-9872181

Pusat Rawatan Islam Darul Tobib
Lokasi : No 10 kampng Tua 08200 Bandar Sik,
Kedah Darul Aman
Tel: Ust Ayob 019 5069736

Lokasi : Apartment Anggerik Taman Bunga Raya
Bukit Berungtung Rawang Selangor
Tel : Ust. Zubir Mohamad 010-7787837
Email mjundullah88@& yahoo.com

Lokasi: Taman Markisa Alor Mengkudu Alor SetarKedah
Tel : Ust Zulkornain Mohamad 019-4500064


Pusat Rawatan Uswatun Hasanah: 
Alamat : No. 7, Tingkat 1, Jalan S2-D38, Sublot 8, Lot 13594, Jalan Semarak, Petrajaya, 93050, Kuching, Sarawak.
Tel: Ustaz Ismail - 0134876166 | 01132363113

PUSAT RAWATAN ISLAM EHSAN AT THOBIBI
Alamat : LOT KEDAI, 23 BAWAH, JALAN SENA INDAH, TAMAN SENA INDAH, 01000 KANGAR PERLIS
Belakang agro bazar rakyat FAMA
Tel: 0195190089 



PRAWIS
Alamat : 2-11, Jalan Rawang Mutiara 3,
Rawang Mutiara Business Centre 2,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 011 2303 2804
       014 561 5147

Alamat: Cawangan PerakKampung Baru Hilir Air Kuning,
31920 Kampar, Perak
Tel: 017 654 2349 (Mohd Bahari)



Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda;

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Maka apabila bertepatan antara ubat dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah.”[ H.R. Muslim dan Imam Ahmad ]


P/S: Sekiranya terdapat perawat-perawat yang ingin maklumat mereka dikeluarkan dari senarai diatas sila maklumkan.Senarai ini dibuat dengan niat membantu mereka yang memerlukan.

Penulis TIDAK bertanggungjawab diatas sebarang perkara yang berlaku hasil daripada maklumat yang dikongsi ini.

Sumber: Maklumat-maklumat diatas diperolehi daripada carian internet dan juga pengalaman sendiri.

Semakin Positif

Salam semua..

Dah lama aku tak update perkembangan terkini kesihatan aku.So kali ni aku nak share perkembangan terkini aku.


Alhamdulilah dengan izin Allah kesihatan aku jauh bertambah baik dari sebelum ni.Sekarang aku dah mampu bertugas seperti biase.Kalau dulu aku hanya bertugas dalam negeri.Tapi sekarang aku dah berani bertugas luar dari Terengganu.Aku pernah bertugas di Perlis dan Kuala Lumpur sebelum ni.



Mula-mula di arahkan untuk bertugas luar dari Terengganu memang macam-macam bermain difikiran aku.Itu la.Ini la.Macam tu la.Macam ni la.Anxiety pun mula membuat kunjungan hormat sekali sekala.Sampaikan tak tido malam aku dibuatnya.Tapi aku cuba lawan perasaan tu.Aku setkan fikiran semuanya akan selamat.Alhamdulilah semuanya berjaya aku lalui.



Aku andaikan tahap kesihatan aku sekarang berada di tahap 90% kot.Tak berani nak letak 100% sebab sekali-sekala aku masih lagi di serang.Kadang-kadang aku jupe juga perawat Islam bagi tujuan refresh.Yela penyakit macam ni kalau dibiar lama sangat akan terasa kelainannya.Silap-silap boleh menjadi serius balik.



Mungkin ada yang bertanya macam mane aku pulih sampai tahap ni.First nak bagitau yang aku tak pernah dapatkan rawatan secara khusus  di hospital atau klinik berkaitan penyakit yang dialami.Aku banyak mendapatkan rawatan secara rawatan Islam dari perawat-perawat disekitar Terengganu.Selain dari tu,setiap malam aku tunaikan solat sunat hajat,baca yasin, berzikir dan mengamalkan doa-doa tertentu.Aku juga ada mengamalkan pemakanan supliment sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat penyakit yang dialami.

Alhamdulilah setelah agak lama mengamalkan semua perkara ni perubahan positif berlaku kepada aku.Memang kene istiqomah la amalkan semua ni.Aku amalkan semua dalam tempoh 4 tahun.Usaha itu tangga kejayaan macam cikgu pesan zaman sekolah dulu.

Nasihat aku korang yang mengalami nasib macam aku jangan la cepat putus asa.Semangat kene kuat lawan semua ni.Banyakkan berdoa dan beribadat pada Allah.Minta dipermudahkan urusan  merawat penyakit kita ni.Insyallah sampai masanya nanti Allah akan berikan kesembuhan pada kita.Sesungguhnya Dia Maha Penyayang.

Ingatlah DUIT! (Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal)..







Perawat Ke-45

Alhamdulilah..baru lepas berubat.Perawat yang merawat aku dikenali sebagai Pak Meor.Pak Meor ni aku andaikan perawat ke-45 sebab aku dah lupa berapa ramai perawat yang merawat aku selepas perawat yang ke-37 dulu.Pak Meor ni dikenalkan oleh pakcik aku yang sebelum ni pernah beberapa kali merawat keluarga pakcik aku.

Sepertimana yang telah dijanjikan Pak Meor datang kerumah aku.Sesi perkenalan kami berbual macam biasa.Masa berbual Pak Meor bagitau memang aku ada gangguan.Benda ni bersarang dalam badan aku dekat bahagian dada sebelah kanan.Semasa proses rawatan (urutan) sebaik saja Pak Meor sentuh bahagian anggota badan kanan aku,punya la sakit.Terutama bahagian dada kanan dan leher kanan.Sampai mengeliat aku tahan sakit dan sesekali pegang tangan Pak Meor sebab tak tahan sakit.Pak Meor bagitau,kawasan yang aku rasa sakit sangat itu adalah tempat benda tu bersarang dalam badan aku.Proses rawatan terus berlangsung lebih kurang 1 jam.Dan selama tempoh ni aku terpaksa menahan sakit.

Semasa aku berubat malam tadi,pakcik aku 1 keluarga datang rumah sebab nak tengok proses rawatan aku.Semasa proses rawatan anak pakcik aku (sepupu aku) berumur 6 tahun bagitau ada budak duduk kat dada aku.Budak tu duk gelak-gelak dan buat-buat sakit.

Selesai berubat aku saje la tanya sepupu aku,budak tu ada tak lagi.Dia cakap budak tu dah takde.Dah balik rumah dia.Aku tanya lagi kat mane rumah dia.Sepupu aku kemudian tunjuk kearah toilet rumah aku.Tapi jauh dalam tanah.Rumah budak tu kecik jer.Macam sarang semut dan ada kuda warna merah.

Aku pesan kat sepupu,klu dia nampak budak tu datang lagi suruh dia bagitau jangan kacau aku.Sepupu aku cakap lepas ni akan tikam budak tu dengan pedang kat bahagian kemaluan.Hahaha.Semua orang tergelak bila dengar dia cakap macam tu.

Berbalik pada citer Pak Meor,dia cakap aku kene banyak bersabar.Lepas ni dia akan hubungi aku untuk proses rawatan susulan pasal benda yang dia tengok ada pada aku sebelum ni takde masa proses rawatan tadi.Kemungkinan benda tu awal-awal dah selamatkan diri.Jadi rawatan seterusnya mungkin dapat membunuh benda tu.Insyallah.

Bersambung......

Thursday, August 14, 2014

Gara2 Ilmu Hitam..

Sekadar berkongsi cerita.pakcik aku dah lebih sebulan tak sihat.dalam 2 minggu ni duk terlantar ats katil sbb tak larat.selera makan kurang.malam2 takleh tido.perut jadi sakit.kepala jadi sakit.deman pulak.

Sebelum ni pakcik aku beberapa kali pegi dapatkan rawatan diklinik swasta.namun takde perubahan sangat.dia masih rase tak sihat.doc pernah beberapa kali bagi iv disebabkan pakcik aku kurang selera makan.

nak dijadikan cerita,pakcik aku pengsan dilobi hospital masa nak mendapatkan rawatan.jadi terpaksa la di warded.seminggu di hospital berbagai ujian dijalankan doc untuk mengesan penyakit pakcik aku ni.tapi semua keputusan ujian negatif.tiada sebarang penyakit.setelah seminggu terlantar dihospital,pakcik aku dibenarkan balik.tapi masih tetap sama.

Oleh sebab itu pihak keluarga berikhtiar dengan cara rawatan islam.setelah beberapa hari berubat seorang perawat berjaya menemui 2 biji botol berisis minyak,paku,jarum dan rambut yg ditanam di kawasan rumah pakcik aku.dah jelas sakit pakcik aku angkara sihir.





Botol ni telah dimusnah oleh perawat.penemuan ini bukanlah penghujung.pakcik aku masih menerima rawatan susulan sehingga betul2 sihat.

Proses rawatan akan memakan masa.lebih2 lg melibatkan ilmu hitam macam ni.apepun semuanya ketentuan Allah S.W.T.tiada perkara yang berlaku tanpa iziNya.mudah-mudahan pakcik aku kembali sembuh selepas ni.amin

Iman masjid pun kene sihir.apatah lg kite orang biase.semoga dijauhkan dari segala malapetaka..


Monday, June 30, 2014

Ayat Al Quran Untuk Memuntahkan Penyakit

Berikut adalah ayat Al Quran (Al Anbiya 83) bagi tujuan memuntahkan penyakit yang mungkin ada dalam diri kita.Selamat mencuba.

Cara2nya:

1) Letakkan tangan kanan didada kiri.
2) Tarik nafas sekali.
3) Baca doa berikut:



4) Pejam mata,tarik nafas dan niat seperti berikut:


5) Tarik nafas sekali.Selesai

Sumber:Fb Ustaz Sharhan Safie