4 Jun 2016. Lagi 2 hari sebelum umat Islam menyambut bulan ramadhan telah berlaku kejadian mistik dirumah aku.Kejadian yang mungkin luar pemikiran normal manusia di zaman moden serba canggih sekarang ni.
Kisahnya pada malam tadi pakcik aku telah membawa 2 orang ustaz (perawat Islam) datang ke rumah aku sekitar jam 11 malam.Tujuannya adalah untuk melihat kawasan rumah dan membuat rawatan dirumah aku disebabkan keluarga aku kerap diganggu dengan benda-benda mistik yang telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.
Sebelum ini beberapa orang ustaz pernah datang dan membuat rawatan, keadaan "bertenang" itu hanya bertahan sementara sahaja. Memandangkan musuh tidak pernah berputus asa dengan membuat serangan bertalu-talu terhadap keluarga aku.Siapa musuh itu?Entahlah.Aku sendiri tak pasti sape yang begitu busuk hati sampai sanggup menggunakan ilmu hitam atau sihir sebagai senjata untuk menyerang keluarga aku.Betullah apa orang cakap.Kita baik belum tentu ada orang suka.Kita jahat lagi la orang tak suka.
Berbalik pada kisah ustaz yang datang umah aku malam tadi.Setelah mereka melihat kawasan sekitar rumah aku.Mereka bagitau aku memang ada sesuatu dirumah aku dan perlu dirawat dengan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih parah.Jadi malam tadi jugak proses rawatan dimulakan.Kedua-dua ustaz ni mula proses rawatan dengan membaca beberapa ayat suci Al-Quran untuk beberapa ketika.Selesai bacaan,ustaz mengajak aku dan beberapa orang sepupu aku yang datang sekali bersama ustaz tadi keluar pagar dihadapan rumah berhampiran meter air.
Sampai disini,ustaz sekali lagi membaca ayat suci Al-Quran sambil menyuruh aku menuang beberapa botol cuka keatas tanah berhampiran meter air.Sambil aku menuang cuka,ustaz mengorek tanah yang terkena siraman cuka tadi dengan parang.Entah macam mane tetiba kami semua terdengar bunyi besi berlaga dengan kaca.Semua dah suspen bila dengar bunyi tu.Tetiba timbul botol kaca kehitaman dipermukaan tanah yang disiram cuka.Timbul macam tu je.Size botol kaca ni lebih kurang botol gamat aku andaikan.
Keadaan mula sedikit panik.Ustaz yang tadi nampak tenang mula cemas.Dengan penuh berhati-hati ustaz mengambil botol tersebut dan letak ke dalam tempurung kelapa yang sememangnya telah disedia lebih awal bersama beberapa botol cuka tadi sebagai persediaan jika rawatan perlu dijalankan.Tempurung berisi botol misteri diletakkan dihalaman rumah sementara.
Ustaz kemudiannya membaca lagi ayat suci Al-Quran.Selesai membaca, kami semua bergerak ke pagar belakang rumah dekat dengan bilik tidur aku.Seperti dipagar depan rumah tadi,ustaz membaca ayat sambil aku menuang cuka ditepi main hole.Ustaz mengorek tanah dengan parang.Sekali lagi kami dikejutkan dengan penemuan botol kehitaman kedua.Lagi bertambah panik semua.Botol kedua ni pun diletakkan di dalam tempurung dan dibawa ke halaman rumah.Diletakkan sekali bersama dengan botol yang pertama tadi.
Setelah kedua-dua botol ini dihimpunkan.Ustaz dengan penuh berhati-hati pecahkan botol tersebut.Punya la terkejut semua bila melihat isi botol yang penuh misteri ni.Di dalamnya terdapat minyak,paku berkarat,jarum peniti,rambut,besi dan debu.Ustaz bagitau minyak tu adalah minyak orang mati kene bunuh dan debu tu adalah abu mayat.Semua isi kandungan botol ni adalah alat yang biase digunakan untuk menyihir orang.Termenung panjang semua orang bila dengar ustaz cakap macam tu.Ustaz kemudiannya mengambil botol-botol ni dalam letak didalam plastik dan bawak balik.Ustaz bagitau benda ni kena buang dalalm sungai mengalir atau dalam laut.
Akhirnya selesai la proses rawatan dirumah aku malam tadi.Dunia akhir zaman.Sihir menyihir bukan lagi satu perkara yang pelik zaman sekarang ni.Jadi nasihat aku pada semua,sentiasalah amalkan ayat-ayat pendinding sebagai langkah pencegahan dari kita terkena benda-benda macam ni.Kita tidak tahu sape yang suka dan benci kita.Ayat-ayat pendinding yang aku bagitau tadi korang boleh cari dalam google.Banyak ada kat situ.Aku pun sejak sakit dulu dah amalkan ayat-ayat pendinding sebagai langkah pencegahan.
Kat bawah ni aku kongsi beberapa keping gambar yang sempat aku ambil dalam kekalutan malam tadi.
Salam sy menghadapi masaalah yg sama... Boleh kita berkongsi pengalaman.. Hububgi atau watsap sy 016-9636288..
ReplyDeleteSalam sy menghadapi masaalah yg sama... Boleh kita berkongsi pengalaman.. Hububgi atau watsap sy 016-9636288..
ReplyDelete