Thursday, January 26, 2012

Rawatan Susulan...

26 Jan/1am~Alhamdulillah...baru jer selesai berubat dengan cikgu shahrol.So,esok lusa boleh la tengok ada perubahan atau tak.Harap2 ada perubahan.

Cikgu cakap tadi dia pun tak sangka aku mampu bertahan seminggu jer lepas berubat ari tu.Dia sendiri cakap kes aku ni pelik & ini kali pertama dia jupe sepanjang berbelas tahun dia berubat orang.Bila perawat ke 31 cakap macam ni,aku pun mula la rasa kurang semangat.Macam nak give up pun ada.Yelah,komen yang diberikan cikgu telah banyak aku dengar dari puluhan perawat sebelum ni.Tapi tengak la dulu macamane nanti.Klu cikgu ni pun dah abis skill,terpaksa la aku cari perawat lain lak.Huhuhuhuh..

Dah 1 tahun 3 bulan aku sakit.Lama aku sakit kali ni.Sepanjang tempoh ni,tak dinafikan kadang2 perasaan aku bercampur baur.Sedih,kecewa,putus asa dan macam2 la.Pernah aku terfikir kenapa aku diuji sebegini rupa.Tapi bila teringatkan ayat kawan aku,duan pendek masa minum di kedai lan tepi bengkel mamat ada betul gak.Si duan citer kat aku dia pernah dengar seorang ustaz cakap jangan kite mengeluh dengan dugaan/ujian yang melanda kite kerana ianya penghapus dosa.Pernahkah kite terfikir betapa banyak dosa kite pada Allah.Mungkin dosa kite pada Allah dah makan puluhan tahun.Tapi i kite baru diuji setahun lebih dah mengeluh.Allah tidak pernah mengeluh dengan dosa yang kite lakukan terhadapNya selama puluhan tahun.

Ermmmmmm..bila difikirkan ada betulnya.Sebelum ni aku dah banyak buat dosa padaNya.Mungkin dah puluhan tahun aku buat dosa.So,aku kene la terima ujian setahun lebih ni dengan hati yang redha & pasrah.Sesungguhnya,apa yang berlaku adalah peringatan dariNya supaya aku tidak lagi lalai dalam menjalani kehidupan.

Ya Allah..Engkau jadikan lah aku hambaMu yang soleh dan beriman.Yang sentiasa mentaati suruhan dan laranganMu.Engkau lindungilah aku dari gangguan syaitan.Amin...

Tak Berubah....

Hari ni (24 Jan 12) keadaan kesihatan aku masih tak menunjukkan perkembangan positif.Tapi aku makin merosot jer.Badan aku still lemah2 & sakit2.Kepala lak rase berat semacam dan hanyut macam duk atas kapal.Fikiran aku lak berserabut giler.Macam2 benda bermain di otak aku ni.Kadang2 aku rase macam nak giler dah.Sampaikan kadang2 aku terpaksa makan panadol nak hilangkan "sakit kepala" ni.

Nampaknya "penyakit" ni dah mula menyerang pemikiran aku.Keadaan ini merupakan salah satu daripada simptom mereka yang terkena sihir.Apepun aku harap keadaan ini tak berpanjangan.Insyallah.Mudah mudahan Allah melindungi aku dari gangguan jin,iblis,syaitan,hikmat orang,tuju dan sihir.Amin

Kisah Yang merubah Hidupku.........

Ramai kawan-kawan tanye aku sakit ape sebenarnya.Jadi untuk enrty kali ni,aku akan bercerita tentang penyakit yang aku alami dan macam mane kisahnya bermula.

Kejadian berlaku  pada 25 Oktober 2010 (lebih kurang pukul 8.20 malam) semasa aku sedang memandu kereta.Lokasi kejadian adalah di persimpangan lampu isyarat Kg.Bukit berhadapan SK Kg Bukit.Ketika ini,aku dalam perjalanan untuk menghantar adik perempuan aku ke tempat tuisyen di perumahan YPK Chendering.

Ketika aku menghampiri persimpangan,tiba-tiba penglihatan aku menjadi silau akibat terkena pancaran lampu dari kenderaan dari arah bertentangan.Sebelum ini,aku tidak pernah menghadapi masalah silau.Pada masa yang sama,aku memberitahu adik aku tentang masalah silau ini.Adik aku suruh membuat pemeriksaan mata bila ada kelapangan nanti.Mungkin sudah sampai masanya untuk aku memakai cermin mata pada fikiran aku.

Sebaik sahaja aku berhenti dipersimpangan,tiba-tiba kepala aku(bahagian atas sebelah kanan) terasa sakit seolah-olah ditusuk sesuatu.Selepas itu kepala aku menjadi kebas. Rasa kebas ini bergerak dari kepala ke seluruh badan hingga ke kaki. Ketika rasa kebas ini melalui bahagian dada,dengan tiba-tiba jantung aku berdenyut kencang (seolah-olah baru lepas berlari marathon).Keadaan in menyebabkan pernafasan aku menjadi kencang dan pendek sehingga sukar bernafas. Rasa kebas ini juga menyebabkan tubuh aku menjadi sejuk dan mengigil.

Dalam keadaan panik , aku terus memecut kereta ke klinik berdekatan.Ketika ini keadaan aku amat lemah,penglihatan kurang jelas dan sukar bernafas(tercungap-cungap).Aku sempat berpesan kepada adik aku supaya memakai "seatbelt" just in case takut aku hilang kawalan    .Sampai di klinik(Klinik Ehsan depan masjid terapung),keadaan aku sudah kembali pulih.Badan aku sudah tidak merasa kebas dan mengigil.Pernafasan aku pun sudah kembali normal.Cuma masa ni perut aku tetiba kembung sambil aku tak boleh nak duduk.Tekak lak terasa dahaga amat sangat.Aku pun dipanggil masuk ke bilik doktor untuk pemeriksaan. Doktor telah membuat pemeriksaan (termasuk pemeriksaan jantung melalui kaedah ECG).Hasil dari pemeriksaan doktor pengesahan aku sihat.Aku dibekalkan beberapa jenis ubat (kebanyakkan ubat berkaitan jantung) sebagai langkah berjaga-jaga.

Keadaan ini menyebabkan timbul perasaan  pelik tentang apa yang aku alami sebentar tadi.Tapi aku ada perasan satu benda semasa doktor memeriksa aku tadi.Tetiba aku terasa  panas pada bahagian dada ke atas.Seolah-olah panas cili kering.Aku dah mula syak,mesti ada benda lain ni. Aku telah meminta bantuan seorang rakan untuk membawa aku pulang ke rumah dari klinik kerana tidak lagi mampu memandu .

Keesokkan harinya, aku telah ke klinik (klinik lain) sekali lagi untuk membuat pemeriksaan. Tapi doktor yang memeriksa turut mengesahkan aku sihat. Bermula hari itu,boleh dikatakan setiap minggu aku menjalani pemeriksaan di klinik (berlainan) termasuk berjumpa pakar jantung (membuat stress test).Tapi semua hasil pemeriksaan, mengesahkan aku sihat.

Seminggu selepas kejadian, aku mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Badan aku mula berasa lemah, kepala terasa pening/hanyut (pernah suatu ketika terpaksa solat dalam keadaan duduk.sekarang dah boleh solat berdiri),kesukaran bernafas,berdebar-debar hingga sukar bernafas (doktor ada bekalkan aku ubat yang dikenali sebagai Propanolol untuk memperlahankan denyutan jantung),perut sentiasa kembung (telah beberapa dirujuk kepada klinik pakar hospital,namun tiada perubahan),takut (berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas) apabila berada ditempat orang ramai walaupun tidak sampai sepuluh orang,takut bila berseorangan (termasuk tidur dalam bilik),tidak mampu untuk memandu/menunggang kereta atau motosikal (berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas sekiranya cube berbuat demikian),kadang-kadang fikiran menjadi serabut dan celaru,sering gelisah dan tidak senang duduk,tidak dapat menumpukan perhatian,takut apabila mendengar berita kematian,tidak mampu menaiki kenderaan untuk tempoh yang lama (paling lama 1 jam) kerana berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas,pernah suatu ketika hilang selera makan hingga berat badan turun,semput dan pelbagai lagi.

Aku telah mendapatkan rawatan (alternative) daripada beberapa perawat perubatan Islam (setakat ini 31 orang semuanya) bagi mengubati penyakit yang dialami. Namun perubahan yang dialami agak perlahan/sedikit. Malah ada diantara perawat-perawat yang aku temui,buntu dengan penyakit yang aku alami kerana telah banyak kali  mereka menjalankan rawatan,tapi masih belum ada perubahan/perubahan yang berlaku amat  sedikit.Keadaan ini benar-benar menguji kesabaran mereka sebagai perawat kerana pada kebiasaannya setelah menjalani 2-3 kali rawatan,pesakit akan menunjukkan perubahan positif.Tetapi keadaan ini tidak berlaku kepada aku.

Tidak dapat dinafikan,kadang-kadang timbul kekecewaan dalam diri aku apabila melihat sesetengah perawat yang nampak bingung dengan penyakit aku ni.Namun,aku kuatkan semangat  dan cuba untuk tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan ni kerana aku yakin setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap kejadian yang berlaku.

Kebanyakkan perawat yang ditemui mengatakan aku telah disihir oleh orang yang aku kenali (lebih tepat kawan)..Mereka mengatakan punca aku disihir adalah kerana dengki dan cemburu.Tapi sejauh mana kebenarannya aku kurang pasti.Bila difikirkan balik,macam boleh dipercayai sebabnya hampir kesemua perawat yang ditemui memberikan pendapat yang sama.Aku sendiri tidak pasti siapakah dikalangan kawan-kawan yang sanggup bertindak sekejam ni.Semoga Allah membalas perbuatan mereka ini dan diberikan petunjuk agar kembali ke pangkal jalan.Insyallah..

Disamping mendapatkan rawatan moden dan alternatif,aku turut membaca Yassin dan solat hajat setiap malam,berzikir disamping mengamalkan bacaan ayat-ayat seperti 3 Kul,Ayat Kursi dan ayat-ayat yang diberikan perawat sebagainya sebagai salah satu ikhtiar.

Alhamdulillah,walaupun keadaan aku tidak sembuh sepenuhnya sekurang-kurangnya sekarang aku sudah mampu solat dalam keadaan berdiri seperti biasa,sudah ada selera makan,berani bersendirian dan kadang kala boleh duduk dikhalayak ramai walaupun untuk jangka masa singkat.Perubahan yang berlaku telah memberikan suntikan semangat untuk meneruskan kehidupan ni.

Buat masa kini,aku masih meneruskan rawatan samaada kaedah moden dan alternatif.Aku yakin dan percaya,apabila tiba masanya nanti dengan izin Allah aku akan sembuh.Insyallah.Apa yang aku perlu buat sekarang ni adalah terus berusaha,tidak berputus asa serta berdoa padaNya mudah-mudahan segala usaha aku ini membuahkan hasil.. 

Disebabkan penyakit yang dialami,"sosial life" aku berubah sama sekali.Sekarang aku tidak lagi  mampu membuat aktiviti luar seperti melepak kawan-kawan,ronda-ronda dan sebagainya.Aku terpaksa mengharapkan bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan sekiranya aku perlu kemana-mana seperti mendapatkan rawatan dan sebagainya disebabkan aku tidak lagi mampu memandu kereta atau menunggang motosikal.Setiap kali cuba untuk menunggang atau memandu,aku jadi susah nak bernafas.Seolah-olah saluran pernafasan aku ditutup.Jantung aku akan berdebar-debar.Badan menjadi lemah sangat-sangat.Berpeluh-peluh dan macam-macam lagi.Itulah yang akan berlaku setiap kali aku cuba untuk untuk menunggang atau memandu.


Keadaan ini kadang-kadang membuatkan aku terfikir bahawa aku mungkin tidak lagi dapat menunggang atau memandu seperti dulu.Memang stress bila memikirkan hal ni.Tapi,apa kan daya aku.Semua ni sudah suratan takdir dan aku harus menerima kenyataan ini dengan tenang dan tabah.Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian ni. 


Jadi kehidupan aku sekarang banyak dihabiskan masa dirumah.Jauh berbeza dengan kehidupan aku sebelum ni sentiasa aktif dan jarang berada dirumah.Sekarang aku banyak menghabiskan masa dengan melayari internet mencari maklumat-maklumat untuk mengubati penyakit aku.


Semoga apa yang aku ceritakan ini mampu menjawab persoalan korang semua.Dikesempatan ini aku memohon maaf sekiranya ada membuat salah silap.Aku jugak ingin memohon jasa baik korang semua doakan aku agar sihat seperti dulu.Terimakasih..


Sunday, January 22, 2012

Aku Diserang Kembali!!!

Setelah seminggu lebih aku menunjukkan perubahan positif seperti mampu memandu kereta & berasa cergas dari biasa,namun bermula 19hb baru ni tahap kesihatan aku mula merosot balik.Aku mula sedar tahap kesihatan mula menurun pada waktu asar semasa berada berada dipejabat.Badan aku mula rasa lemah2.Pada mulanya aku ingat ianya sekadar bersifat sementara sahaja.Tapi rasa lemah badan ini mula ketara bila waktu maghrib.

Ketika aku memandu kereta untuk mengambil adik dibandar,aku dapat rasakan memamng tahap kesihatan aku mula menurun jika dibandingkan beberapa hari sebelumnya.Jika sebelum ni,aku dapat memandu dalam keadaan yang agak baik,tapi malam tu,aku tak dapat fokus ketika memandu.Kepala aku mula rase hanyut,badan2 menjadi lemah dan setiap kali berhenti di persimpangan lampu isyarat aku akan rase "lemas".Acap kali jugak aku hampir give up nak teruskan pemanduan.Namun aku kuat semangat & gagahkan diri untuk terus memandu.

Alhamdulillah,dengan izin Allah aku berjaya sampai ke bandar.Dalam perjalanan pulang,aku terus memandu sehingga ke Mydin Mall untuk membeli barang sebelum adik aku mengambil alih tempat pemandu.Terdetik dalam hati aku,bersyukur gak dia gantikan tempat aku sebabnya aku dah mula kurang yakin dengan kemampuan untuk memandu balik kerumah.Perjalanan diteruskan sehingga kami semua sampai dirumah.

Tahap kesihatan aku terus merosot sehingga hari ini (21hb).Apa yang aku rasa sekarang ni seolah2 keadaan masa baru sakit dulu.Masyaallah.Tapi aku berharap ianya tidak berlanjutkan.Aku sudah maklumkan hal ni kepada seorang perawat yang merawat aku baru2 ni untuk tindakan selanjutnya.Perawat ini sedikit terkejut bila aku bagitau tahap kesihatan aku kembali merosot kerana sebelum ini aku menunjukkan perubahan positif.

Insyallah,jika tiada aral malam ni (22hb) perawat berkenaan akan mulakan rawatan keatas aku.Mudah mudahan usaha ini menunjukkan perubahan positif dengan izinNya.Amin.

Perubahan Positif

Sejak minggu lepas aku mula mendapatkan rawatan dengan perawat yang ke 31.Perawat yang merawat aku kali ni merupakan seorang cikgu sains.Cikgu Shahrul namanya.Seorang ustazah yang juga merupakan kenalan keluarga mencadangkan aku untuk cube berikhtiar dengan cikgu ni bagi merawat penyakit yang dialami.

Setelah diaturkan temujanji,akhirnya cikgu ini datang rumah aku untuk membuat rawatan.Cikgu ini menggunakan keadah rawatan dengan membaca ayat suci Al-Quran.Sepanjang setahun lebih aku mendapatkan rawatan dengan 30 orang perawat sebelum ni,baru malam ni aku muntah ketika mendapatkan rawatan.Satu situasi yang memang aku tak suke sejak dari kecil.Apa yang aku ingat kali terakhir aku muntah adalah zaman sekolah rendah.Tapi setelah lebih 15 tahun,akhirnya malam ni aku terpaksa melalui pengalaman ni sekali lagi.Huhuhuh.Sampai berdarah aku muntah.Sakit tekak aku memang tak tau nak cakap la..

Menurut cikgu shahrul,ketika beliau berjalankan rawatan keatas aku,dia ternampak satu mahluk yang lidahnya panjang ada didalam badan aku.Cikgu Shahrul mengesyaki ianya mungkin berpunca dari angkara khianat melalui makanan.Cikgu meneruskan rawatan bagi mengeluarkan makhluk yang menghuni badan aku ni.Selesai rawatan aku disuruh mandi limau dan sebagainya sebagai salah satu daripada proses rawatan.


Selesai rawatan,cikgu suruh aku bawak kete.Dia cakap nak test dirve.Cemas jugak aku sebab dah lama aku tak bawak kete.Alhamdulillah,dengan izin Allah cubaan pertama aku bawak kete malam ni ni berjaya.Walaupun ada sedikit gangguan,tapi aku mampu bertahan.Klu sebelum ni,duk kat seat driver pun aku dah jadi "lemas",tapi malam ni aku dah tak rase mcm tu lagi.Memang aku rase heppy sgt dengan perubahan ni.Hidupku kembali bersinarnya rrasenye.

Aku terus mendapatkan rawatan untuk beberapa kali lagi dengan cikgu.Setiap kali lepas rawatan,cikgu akan suruh aku drive kete.Alhamdulillah,semakin hari semakin banyak perubahan yang berlaku.

Akhirnya,aku dah beberapa kali berjaya drive kete sampai ke bandar.Pusing2 bandar bawak family mcm dlu2.Bestnyer rase..Mudah mudahan perubahan positif ni terus kekal dan aku kembali sembuh.Insyallah..



Wednesday, January 11, 2012

Terharu..

Terharu aku rase apabila dapat hadiah dari pasangan suamisteri Shahril (IT One) dan Rohayu (Ticketing),yang juga merupakan rakan setugas ketika aku berkhidmat di Taman Tamadun Islam (TTI) suatu ketika dulu.Tak sangka walaupun dah  2 tahun aku meninggalkan TTI,tapi masih ada rakan di TTI yang prihatin tentang keadaan aku.Terima kasih pada korang berdua susah payah memberikan hadiah ni.Aku hargai sangat usaha korang berdua.Mudah-Mudahan Allah membalas budi korang.Amin..

Radio Baru Lagikkkk...Heheheeheh

Sambungan...


Hari ni (10 Jan 2012) seperti yang dijanjikan,aku pegi jupe brother untuk ambik barang yang di order kelmarin.2 unit TYT TH-F8 dan 1 unit TYT TH-2R.Urusniaga berjalan di sebuah restoren dibelakang opis brother ni.Kebetulan pulak masa pegi jumpe brother jupe lak dengan sorang lagi brother yang aku kenal dalam FB radio amatur.Sembang2 jap dengan diorang sambil urusniaga berjalan.Selesai urusniaga,aku balik dan terus buat kajian pasal radio baru ni.Heheheehe..Ni la radio baru tu TYT TH-F8...






Bye2 Motorola MT777...

Setelah mengiklankan Motorola MT777 dalam Mudah untuk tempoh 2 minggu,akhirnya hari ni (9  Jan 2012) seorang buyer telah sms aku bgtau dia berminat nak beli radio tu.Setelah berbincang dari segi harga,persetujuan telah dicapai dan urusniaga dijalankan. Budak lelaki ni sanggup datang dari Kemaman ke Kuala Terengganu menempuh perjalanan sejauh 2 jam dengan motosikal semata-mata untuk membeli Motorola ni dari aku.Jauh tu..Kalau aku tak sanggup rasenyer.Pakai pos laju sudah..Hahaha.Mungkin budak ni nak tengok barang dengan mata kepala dia sendiri + tak nak tanggung risiko dikencing.Apepun hari ni urusniaga berjalan lancer.Bye2 Motorolaku..huhuhuh



Jual Motorola,aku usha lak radio lain dalam website.Berkenan lak aku pada radio TYT TH-F8.Aku pun mula la wat kajian skit pasal F8 ni.Selepas pendapat pandangan dari rakan FB radio amatur dan melihat komen berkaitan F8 ni,aku pun berminat nak beli.Kebetulan pulak ada kawan opis aku berminat jugak nak beli menda ni.So,aku order dari seorang kawan FB radio amatur.Esok harinya aku kena pegi jupe brother ni untuk  ambik barang..Bersambung.................



 

Sunday, January 8, 2012

Untuk renungan bersama:


video


 

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu ) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu)." 
Surah Asy-Syura Ayat 30

Saturday, January 7, 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Hari ni 1 Januari 2012.hari pertama dalam 2012.Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana masih memberikan aku kesempatan untuk menyambut ketibaan tahun baru 2012.

Begitu cepat masa berlalu..tahun demi tahun silih berganti begitu cepat sekali tanpa kite sedari.setiap tahun yg berlalu pergi meninggalkan kita sudah pasti ada kenangan manis@pahit yg dialami oleh setiap org termasuklah aku.bagi aku tahun 2011 telah mencatatkan beberapa kenangan.

Tahun 2011 telah menyaksikan bagaimana berakhirnya kisah cinta aku dengan seseorang setelah  2 tahun bercinta.2011 juga telah menyaksikan bagaimana suka duka aku menjalani kehidupan dalam "ketidakupayaan"dan bermacam2 kenangan lagi.

Kedatangan 2012 ni,aku berharap ianya memberikan lebih kegembiraan dan kebahagian untuk aku.harapan aku mudah~mudahan dengan izin Allah,tahun 2012 aku sembuh dari penyakit yg dialami hampir setahun lebih.aku juga berharap Allah berikan hidayah dan pertunjuk agar aku dapat menjadi hambaNya yg soleh dan beriman.aku juga berharap segala doa & hajat aku dimakbulkan Allah.Insyallah..

Buat korang semua,aku harap kedatangan tahun baru ni memberikan kegembiraan dan kebahagian untuk korang.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.....

**entry ni aku tulis awal tahun baru.tp baru publish dalam blog.internet kat umah problem..

Radio Amatur

Alhamdulillah..syukur pada Allah hajat aku untuk memilikki radio amatur akhirnya tercapai.15 Dis 2011,aku bersama seorang rakan telah ke Universiti Malaysia Terengganu untuk membeli radio dari seorang peniaga yang membuka gerai jualan sempena exam radio di Dewan Sultan Mizan UMT.Radio yang aku beli ni model TYT TH2R.Radio ni bersifat kompak.Saiznya lebih kecil dari kad kredit.Aku beli dengan harga RM150.Memang berbaloi pada aku kerana diluar radio ini dijual RM230~RM280 seunit.Macam biasa la bila dah ada barang baru mesti nak explore.So,balik rumah aku pun study manual radio.Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya menggunakan radio ni.



Pada awalnya aku berminat untuk membeli radio model Motorola MT777.Sebelum ni aku banyak buat research pasal radio2 yang sesuai bagi peminat baru radio amatur macam aku.Kebanyakkan daripada mereka yang berpengalaman mencadangkan model MT777.Kebetulan lak aku pun memang minat model & design motorola ni.Memang terus jatuh cinta.hahahaha.Sebelum ni aku pernah guna walkie talkie model motorola GP328 yang rupa bentuk dia hampir sama dengan MT777.

Disebabkan rasa cinta yang amat mendalam terhadap radio model motorola ni,jadi 19 Dis 2011 aku pun beli radio ni dari sebuah kedai maya yang dikenali "kedairadiochanglun".Harga pasaran radio RM380.Tapi aku beli dengan harga RM320.Tokey kedai ni cakap dia buat promosi akhir tahun..Iyolah tu.Bisnes maaa..Hahahahaha.

Walaupun sekarang aku dah ada 2 radio,tapi aku tak boleh berkomunikasi dengan pengguna radio amatur lain sebab takde lesen lagi.So buat sementara ni aku hanya "monitor"atau lebih dikenali sebagai "perbualan mereka di udara disamping mempelajari cara dan istilah@bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi.Golongan yang takde lesen mamcam aku dikenali sebagai SWAL (Short Wave Amateur Listener).Insyallah,jika aku diberikan kesihatan yang baik suatu hari nanti,aku akan mendapatkan lesen yang sah!
Foto:TYT TH-2R
Foto:Motorola MT777

Foto:Sedang beraksi