Monday, December 30, 2013

Majlis Bubur Asyura Exotec

31 Nov 2013 baru ni Exotec (Exorian Terengganu Club) telah mengadakan Majlis Bubur Asyura yang dijalankan di rumah setiusaha kelab (ibupejabat exotec) di taman perumahan belakang Giant Gong Badak.

Lebih 25 orang ahli Exotec bergotong royong dari proses  menyediakan bahan-bahan sehinggalah  mengacau 1 kawah dan 2 periuk besar asyura.Proses yang bermula pada pkul 9.00pagi berakhir pada pukul 3.30 petang.

Bubur-bubur asyura ini kemudian diagihkan kepada orang ramai di sekitar Dataran Batu Buruk yang mana ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Exotec kepada orang ramai.

Kira-kira pukul 7.00 malam semua proses agihan bubur asyura selesai.

Sesungguhnya aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin dikalangan diantara ahli Exotec disamping dapat mempromosikan Exotec kepada orang awam.