Alhamdulilah..baru lepas berubat.Perawat yang merawat aku dikenali sebagai Pak Meor.Pak Meor ni aku andaikan perawat ke-45 sebab aku dah lupa berapa ramai perawat yang merawat aku selepas perawat yang ke-37 dulu.Pak Meor ni dikenalkan oleh pakcik aku yang sebelum ni pernah beberapa kali merawat keluarga pakcik aku.
Sepertimana yang telah dijanjikan Pak Meor datang kerumah aku.Sesi perkenalan kami berbual macam biasa.Masa berbual Pak Meor bagitau memang aku ada gangguan.Benda ni bersarang dalam badan aku dekat bahagian dada sebelah kanan.Semasa proses rawatan (urutan) sebaik saja Pak Meor sentuh bahagian anggota badan kanan aku,punya la sakit.Terutama bahagian dada kanan dan leher kanan.Sampai mengeliat aku tahan sakit dan sesekali pegang tangan Pak Meor sebab tak tahan sakit.Pak Meor bagitau,kawasan yang aku rasa sakit sangat itu adalah tempat benda tu bersarang dalam badan aku.Proses rawatan terus berlangsung lebih kurang 1 jam.Dan selama tempoh ni aku terpaksa menahan sakit.
Semasa aku berubat malam tadi,pakcik aku 1 keluarga datang rumah sebab nak tengok proses rawatan aku.Semasa proses rawatan anak pakcik aku (sepupu aku) berumur 6 tahun bagitau ada budak duduk kat dada aku.Budak tu duk gelak-gelak dan buat-buat sakit.
Selesai berubat aku saje la tanya sepupu aku,budak tu ada tak lagi.Dia cakap budak tu dah takde.Dah balik rumah dia.Aku tanya lagi kat mane rumah dia.Sepupu aku kemudian tunjuk kearah toilet rumah aku.Tapi jauh dalam tanah.Rumah budak tu kecik jer.Macam sarang semut dan ada kuda warna merah.
Aku pesan kat sepupu,klu dia nampak budak tu datang lagi suruh dia bagitau jangan kacau aku.Sepupu aku cakap lepas ni akan tikam budak tu dengan pedang kat bahagian kemaluan.Hahaha.Semua orang tergelak bila dengar dia cakap macam tu.
Berbalik pada citer Pak Meor,dia cakap aku kene banyak bersabar.Lepas ni dia akan hubungi aku untuk proses rawatan susulan pasal benda yang dia tengok ada pada aku sebelum ni takde masa proses rawatan tadi.Kemungkinan benda tu awal-awal dah selamatkan diri.Jadi rawatan seterusnya mungkin dapat membunuh benda tu.Insyallah.
Bersambung......
Assalam...tuan saya pn rasheda dr johor..
ReplyDeleteSaya terbaca kisah tuan dan mmg serupa yg saya alami skrg....boleh tak tuan kasi saya info atau cara perubatan...yg tuan sedang buat..adakah berkesan...sbb hidup saya pun skrg tunggang langgang krn penyakit saya..tpi saya cuba belajar ikhlas dsn redha serta allah tabahkan hati saya..x de apa lgi yg saya minta..jika allah blm beri saya keizinan utk saya sembuh tpi brikan saya ketabahan dan keimanan yg kuat utk saya hadapi hidup saya...klu blh saya dptkan contact no tuan...no saya 0127737928