Monday, November 14, 2011

Taman Monumen Taman Tamadun Islam


Foto:Pintu Masuk Utama Taman Tamadun Islam


Assalamualaikum..Entry kali ni,aku nak bercerita tentang tempat kerja lama aku iaitu Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man,Losong Panglima Perang,Kuala Terengganu. 

Pembinaan Taman Tamadun Islam diatas tanah seluar 33 hektar ini telah menelan belanja RM249.3 juta.TTI telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Febuari 2008.

Salah satu tarikan utama yang terdapat di TTI adalah Taman Monumen yang menempatkan 22 buah monumen masjid,makam dan istana dari 21 buah negara.

Dibawah ini,aku sertakan gambar dan keterangan ringkas berkaitan monumen2 tersebut.
Foto:Monumen Masjid Negara (Malaysia)

Masjid Negara telah dibina pada tahun 1965 bagi memperingati perjuangan dan jasa2 Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu YAB Tunku ABdul Rahman Putra Al-Haj dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada jajahan British.Bangunan yang dibina selepas merdeka  ini mempunyai ciri2 yang menunjukkan kemajuan dan kebebasan.Ciri2 ini ditonjolkan melalui rekabentuk dan bahan2 binaan yang digunakan.Ciri2 menraik masjid ini adalah kubahnya yang diperbuat dari konkrit berbentuk payung terbuka danmenara yang berbentuk payung tertutup.Payung merupakan simbolik kepada perlindungan dan kebebasan.Masjid ini mampu memuatkan 15000 jemaat pada satu2 masa.

Foto:Monumen Masjid Kudus Minar,Jawa Tengah (Indonesia)


Masjid ini telah dibina pada tahun 1549 Masihi oleh seorang guru terkenal bernama Sunan Kudus.Ia terletak di daerah Kudus,Wilayah Semerang,Jawa Tengah,Indonesia.Rekabentuk bercirikan campuran antara Hindu dan Jawa.Ciri2 yang menarik pada masjid ini ialahpaa menara yyang diperbuat daripada batu2 gunung berapi.Menara berbentuk seperti candi yang biasa terdapat di kawasan kuil Hindu.

Foto:Monumen Masjid Pattani (Thailand)

Masjid ini dibina pada tahun 1954 Masihi semasa pemerintahn Field Marshal Sarit dan mengambil masa 9 tahun untukdisiapkan.Ia terletak di Wilayah Muang di Pattani berhampiran jalan utama antara Yarang dan Pattani.Masjid ini merupakan masjid terbesar dan tercantik di Thailand dan menajdi pusat utama kepada penduduk Islam di Thailand.

Foto:Monumen Masjid Omar Ali Saifuddin,Kampung Air (Brunei)

Masjid ini dibina pada tahun 1958 masihi berhampiran Sungai Brunei.Ia telah dinamakan sempena nama Sultan Brunei yang ke-28.Masjid ini telah dibina menggunakan bahan2 binaan terbaik di dunia sepeti marmar dari Itali,granit dari China dan lampu hiasan dan cermin bercorak dari England.Kubah utamanya dipercayai dipercayai diperbuat daripada emas tulen.Ia menjadikan masjid ini antara yang tercantik di dunia.

Foto:Taj Mahal,Agra,India


Taj Mahal merupakan sebuah istana dan makam yang dibina bagi  mengenang kisah cinta abadi diantara Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.Ia mula dibina pada tahun 1631 Masihi dan mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan.Ciri2 pentig yang dapat dilihat disini ialaha keunikan senibina,bahan2 binaan yang unik,batu2 berharga yang dipasang untuki mencantikan  kemasannya serta keindahan taman yang dibina dihadapan bangunan tersebut.
Foto:Monumen Masjid Badshahi,Lahore (Pakistan)



Masjid ini telah dibina pada tahun 1673 Masihi oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir semasa zaman kegemilangan kerajaan Mongol.Ciri2 utama yabg membentuk masjid ini ialah pintu masa yang dibina mengikut cara Mongol,minaret bersegi lapan dan laman dalaman yang luas.Masjid ini merupakan yang terbesar pada zaman tersebut.Masjid ini mampu memuatkan 65,000 jemaah pada satu2 masa.
Foto:Monumen Kubah As-Sakrah (Palestin)



Bangunan Kubah As-Sakhrah (Dome Of The Rock) telah dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram Al-Sharif  bagi melindungi batu terapung yang menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum Mikraj ke langit.Ciri2 penting yang dapat dilihat pada bangunan ini adalah replika batu terapung itu sendiri serta kesenian kerja2 jubin dan kaligrafi daru Surah Yassin dan Surah Al-Israq.
Foto:Monumen Masjid Besar Samarra (Iraq)



Masjid ini telah dibina pada tahun 842 Masihi semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyyah.Ia dibina di Kota Samarra yang merupakan salah satu dari empat kota suci Iraq dan dinaggap kota lama yang terbesar di dunia.Semasa kurun ke-9 masjid ini merupakan masjid terbesar didunia yang boleh menempatkan sehingga 80,000 jemaah pada satu masa2.Replika yang dibina di TTI ini adalah menara berpusing Menara Malwira yang terletak dibahagian utara Masjid Besar Samarra.
Foto:Monumen Masjid Lutfallah,Isfahan (Iran)



Masjid ini mula dibina pada tahun 1602 Masihi semasa pemerintahan Dinasti Safavid.Nama masjid ini diambil sempena nama seorang tokoh agama terkenal pada zaman itu iaitu Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili.Keistimewaan masjis ini adalah penggunaan jubin biru yang memenuhi kawasan pintu masuk ke masjid.Ini menjadikan ianya contoh terbaik senibina Islam.
Foto:Makam Abu Nasr,Balkh (Afganistan)


Makam yang terletak di tengah2 Balkh Central Park ini dibina bagi mengabdikan jasa2 kketua dan tokoh agama tereknal Herat Afghanistan iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.Ciri2 menarik makam ini adalah dua tiang berpusing dihadapanya serta dinding,kubah,menara dan kaligrafi yang diperbuat dari mozek biru.Ciri2 ini memberi gambaran kepada genarasi bahawa kerja2 yang unik dan bernilai ini telah berjaya dihasilkan oleh orang Islam di zaman lampau.
Foto:Monumen Masjidil Haram,Mekah (Arab Saudi)



Sebagaimana yang diketahui ramai,sejarah Masjidil Haram terutamanya Kaabah telah bermula dari zaman Nabi Ibrahim AS lagi.Walaubagaimanapun pembinaan bangunan masjid itu sendirihanya bermula pada zaman Khalifah Omar Al-Khattab RA iaitu sekitar tahun 639 Masihi.Sebahagian besar bangunan asal masjid dibuat menggunakan batu biru yang boleh didapti di bukit2 di sekeliling Lemab hHijaz.Sejak dari zaman tersebut bangunan masjid telah ditambah sedikit demi sedikit sehingga bentuknya yang dapat kita lihat pada hari ini.
Foto: Monumen Kota Aleppo (Syria)



Kota Aleppo adalah sebuah kota yang dibina umat Islam dahulu di atas sebuah bukit di Syria.Penemuan yang telah dibuat dikawasan kota ini telah membuktikan ianya telah diguna pada kurun ke-10 sebelum Masihi.Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam lampauu yang berjaya membina kota yang sebegitu kukuh dan indah di atas sebuah bukit.
Foto:Monumen Masjid Mohammad Ali (Mesir)



Masjid Mohammad Ali terletak di Wilayah Al-Qalaa di Kaherah,Mesir.Ia direkabentuk oleh arkitek Greek yang bernama Yussuf Bushnaq.Rekabentuknya berdasarkan ciri2 yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) Turki.Ia mula dibina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265 Masihi.Ia dinamakan sempena nama pemerintah yang memerintah Mesir selama 45 tahun.
Foto:Monumen Masjid Nabawi (Madinah)



Sebagaimana yang diketahui umum,Masjid Nabawi dibina di atas tapak rumah Nabi Muhmammad SAW yang pertama selepas berhijrah ke Madinah.Ia merupakan masjid pertama dibina selepas penghijrahan.Dalam masa yang singkat kawasan masjid dan sekitarnya menajdi pusat pemerintahan dan perniagaan bagi Madinah dan dunia Islam keseluruhannya.
Foto:Monumen Masjid Suleyman (Turki)



Masjid ini direkabentuk berdasarkan ciri2 yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) di Turki.Ia juga direkabantuk oleh arkitek yang sama iaitu Sinan,Arkitek Agung di zaman pemerintahan Khalifah Othmaniah.Masjid ini dinamakan sedemikian berdasarkan nama Sultan Suleyman yang meemrintah Turki dari tahun 1520 Masihi hingga 1566 Masihi.
Foto:Monumen Kota Al Hambra (Sepanyol)



Kota Al Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada.Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam Sepanyol.Di antara tahun 1238-1354 Masihi,istana kerajaan Islam Sepanyol dibina di kota ini.Dengan terbinanya istana inilah menjadikan Al Hambara terkenal sehingga hari ini.Terdapat 4 pintu masuk utama ke kota ini dan terdapat beberapa dewam besar di dalam keseluruhan kota.Dinding2 dalaman dipenuhi “stucco calligraphy” kalimah2 memuji Ilahi.Terdapat juga taman2 indah yang dihiasi ciri2 alam semulajadi seperti pokok,air dan haiwan.Replika yang dibina di TTI adalah sebahagian dari Kota Al Hambra yang luas keseluruhannya terlalu besar untuk dibina disini
Foto:Monumen Masjid Besar Qairawan (Tunisia)


Masjid ini dibina oleh Uqba bin Nafi pada tahn 670 masihi.Ia merupakan pusat Islam tertua di Tunisia.Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri2 persaudaraan dan keikhlasan.Di dalam masjid yang sebegini besar semua aktiviti dan permasalahan dapat diselesaikan termasuk pemerintahn,pembelajaran dan ketenteraan.
Foto: Monumen Menara Kalyan (Uzbezkistan)


Menara ini dibina oleh Arslan Khan pada tahun 1127 Masihi.Ia dibina 2 kali kerana menara pertama telah runtuh akibat kerja2 tapak yang tidak sempurna.Menara ini merupakan contoh struktur dan binaan terbaoik pada zaman tersebut.Menara ini telah digunakan sebagai rumah api dan menara tinjau untuk mengelak serangan musuh.
Foto:Monumen Masjid Besar Agadez (Niger)


Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengah2 Negara Niger.Ia dibina dalam kurun ke-16 semasa zaman Agadez.Dari segi bahan binaan masjid ini agak unik kerana diperbuat dari kayu dan lumpur,sebagaimana bangunan tradisional Benua Afrika.Bahan binaan ini masih kekal sehingga kini.
Foto:Monumen Masjid Kul Syarif,Kazan (Russia)


Masjid ini dibina bagi mengeang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigh mempertahankan diri dari serangan “ivan The Terrible”.Walaupun telah berusaha mempertahankan mereka,Guru Kul Sharif dan kesemua anak muridnya telah dibunuh oleh “Ivan The Terrible”.Masjid ini telah dibina pada tahun 1996 setelah kejatuhan Empayer Soviet.
Foto: Monumen Masjid Xian (China)



Replika yang dibina di TTI ini merupakan menara yang terletak di tengah kawasan Masjid Besar Xian.Masjid besar Xian telah dibina oleh Laksamana Cheng Ho semasa pemerintahan Dinasti Ming di China.Rupa masjid ini seakan2 tokong Budha tetapi kedudukanya mengadap kiblat.

Foto:Tarikan Terbaru Monumen Masjid Sultan (Singapura)

Masjid Sultan terletak di Kampong Glam, Singapura. Masjid ini asalnya dibina oleh Sultan Hussain Johor. Pembinaan dijalankan antara 1824 dan 1826, dan dana yang datang dari East India Company Ia telah dibina semula oleh pemegang amanah masjid pada tahun 1924, selepas struktur asal mengalami kerosakan.

** Gambar dan maklumat berkaitan Masjid Sultan diperolehi daripada http://www.asiaexplorers.com/malaysia/sultan-mosque-tti.htm

Daripada 22 buah monumen ni,terdapat 5 monumen interaktif.Maksudnya monumen ini mempunyai ruang pameran dan bilik tayangan.Monumen2 ini adalah Masjid Negara,Taj Mahal,Kubah As-Sakhrah,Al Haram dan Al Hambra..


Di dalam Taman Monumen ini,sekiranya pengunjung malas untuk berjalan kaki megelilingi taman ini (keluasan taman kira2 800 meter),terdapat perkhidmatan pengangkutan yang boleh disewa oleh pengunjung seperti berikut:


Foto: Keretapi 
Foto:Buggy
Foto:Buggy


Foto:Buggy



Selain itu juga,terdapat permainan untuk kanak2 seperti dibawah:










**p/s: Kesemua gambar (kecuali Masjid Sultan) di dalam entry ini adalah milik persendirian aku. Manakala keterangan berkenaan monumen2 diambil daripada risalah TTI dan pengetahuan serta pengalaman ketika bertugas di Taman Tamadun Islam


Foto:Kenangan bersama rakan setugas semasa bekerja di TTI




2 comments:

  1. adoi..masih mempromosikan TTi eh..

    ReplyDelete
  2. hahahah..bukan niat nk promosi bro...sekadar berkongsi salah satu pengalaman menarik aku jer..tp klu tti nk bayor boleh jer.rezeki jgn ditolak..hihiihih

    ReplyDelete