Friday, November 25, 2011

Aku & Unit Event....

Semasa berkhidmat di Taman Tamadun Islam,aku telah diletakkan di Unit Event.Unit ini diletakkan dibawah bidang kuasa Jabatan Operasai TTI.Tugas Unit Event adalah merancang dan menganjurkan acara untuk TTI serta menyelaras setiap acara yang berlaku di TTI.


Disamping itu,unit ini juga akan menjalankan tugas2 berkaitan Jabatan Operasi dan tugas2 lain mengikut arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan seperti bertindak sebagai pengiring kepada VVIP yang datang melawat TTI.

Unit ini hanya memilikki 3 orang staff sahaja.Diketuai oleh Bie selaku Event Manager (CallSign:Event One) dan dibantu oleh 2 Event Executive iaitu Mesol (CallSign:Event Two) dan Ain (CallSign:Event Three).

Walaupun unit ini hanya mempunyai 3 orang staff,tetapi unit ini telah berjaya menganjurkan beberapa acara dengan jaya dari acara kecil sampailah acara besar.

Sekarang unit ini sudah tidak wujud lagi kerana 3 orang staff ni tidak lagi berkhidmat di TTI..

**CallSign: Merujuk kepada nama panggilan didalam walkie talkie.
 

Berikut adalah sebahagian gambar program yang berjaya dianjurkan dan diselaras oleh Unit Event































No comments:

Post a Comment