Assalamualaikum...
Hari ni aku nk berkongsi cerita macamane blog ni boleh wujud.Sebenarnya aku ni bukanlah seorang yang pandai sangat dalam bidang IT.Setakat yang basic2 tu aku reti la.hahaaha..Blog ni wujud disebabkan keadaan aku sekarang,Yup,keadaan aku yang menderita pemyakit misteri telah mewujudkan blog ni.
Disebabkan penyakit yang dialami,aku tidak lagi mampu bersosial seperti dulu.Aku tidak lagi mampu keluar lepak bersama2 kawan seperjuang.Kalau dulu,setiap malam aku keluar lepak kat kedai dengan kawan2. Pukul 1@2 pagi baru balik rumah.Sekarang semuanya tinggal kenangan.
Keadaan sekarang menyebabkan aku banyak menghabiskan masa dirumah.Kalau dulu boleh kira berapa jam sangat aku duk rumah.huhuhhuhuh.Jadi bila duk dirumah tak banyak aktiviti yang boleh aku buat selain dari menonton tv,membaca buku dan layan mukabuku (FaceBook).Lama2 aku jadi bosan bila buat semua ni.Jadi aku cuba cari aktiviti lain bagi menghilangkan rasa boring aku ni.
Ntah macamane,suatu hari tu aku boleh terfikir nak tulis blog.Perkara yang belum pernah aku buat sebelum ni.Dengan pengetahuan IT yang cetek ni,aku cuba belajar macamane nak tulis blog. Acap kali jugak aku buat "kajian" pasal blog ni.Alhamdulillah,dengan izin Allah aku berjaya menulis blog seperti sekarang.
Walaupun blog aku ni boleh dikatakan basic jer,takde la sehebat blog2 orang lain.Tapi aku bangga dengan pencapaian aku.Yela,bagi orang yang cetek IT macam aku,pencapaian sebegini kira hebat dah.
Jadi bila dah ada blog ni,macam2 aku tulis.Apa yang penting dalam blog ni,aku cuba berkongsi pengalaman yang pernah lalui disamping berkongsi info2 seperi penyakit yang aku alami,info pasal Pusat Rawatan Islam dan macam2 lagi la.Segala yang aku tulis dalam blog ini berdasarkan pengalaman sendiri,pengalaman rakan2 dan juga artikel2 yang ditemui berdasarkan carian internet dimana setiap artikel telah dinyatakan sumber@pemiliknya.
Aku harap info2 yang berguna dalam blog ini dapat memberi manafaat pada korang semua terutama meraka yang mengalami nasib seperti aku.Mana yang baik boleh dijadikan pengajaran,manakala yang buruk dijadikan sempadan.
Insyallah...Aku akan cuba update blog ini dengan pelbagai coretan dan info berguna dimasa akan datang disamping belajar macamane nak "membijakkan" lagi blog aku ni.
Begitu la al-kisahnya macamane blog ni boleh wujud.
Dengan keadaan sekarang,kebanyakkan masa aku habiskan dengan bersosial di alam maya disamping menunaikan tanggungjawab kepadaNya...
No comments:
Post a Comment