Berikut merupakan pertanyaan menerusi e-mail kepada Pusat Rawatan Islam Darul Azzikri pada 30 Oktober 2011 8:41am:
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin berkongsi pengalaman disamping ingin bertanyakan soalan pada Ustaz. Pada 25 Oktober 2010 yang lalu,semasa saya sedang memandu kereta.Tiba-tiba penglihatan saya menjadi silau.Kemudian kepala saya(bahagian atas sebelah kiri) terasa sakit seolah-olah ditusuk sesuatu.Selepas itu kepala saya menjadi kebas. Rasa kebas ini bergerak dari kepala ke seluruh badan hingga ke kaki. Ketika rasa kebas ini melalui bahagian dada,dengan tiba-tiba jantung saya berdenyut kencang (seolah-olah baru lepas berlari marathon).Keadaan in menyebabkan pernafasan saya menjadi kencang dan pendek sehingga sukar bernafas. Rasa kebas ini juga menyebabkan tubuh saya menjadi sejuk dan mengigil.
Dalam keadaan panic , saya terus memecut kereta ke klinik berdekatan (ketika ini keadaan saya amat lemah,penglihatan kurang jelas dan sukar bernafas). Sampai di klinik (pernafasan saya sudah pulih), doctor telah membuat pemeriksaan (termasuk pemeriksaan jantung).Hasil dari pemeriksaan doctor pengesahan saya sihat.
Keadaan ini menyebabkan rasa merasa pelik setelah apa yang saya lalui sebentar tadi. Saya telah meminta bantuan seorang rakan untuk membawa saya pulang ke rumah dari klinik kerana tidak lagi mampu memandu.
Keesokkan harinya, saya telah ke klinik (klinik lain) sekali lagi untuk membuat pemeriksaan. Tapi doctor yang memeriksa saya mengesahkan saya sihat. Bermula hari itu,boleh dikatakan setiap minggu saya menjalani pemeriksaan di klinik (berlainan) termasuk berjumpa pakar jantung.Tapi semua hasil pemeriksaan, mengesahkan saya sihat.
Seminggu selepas kejadian, saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Badan saya mula berasa lemah, kepala terasa pening/hanyut (pernah suatu ketika terpaksa solat dalam keadaan duduk.sekarang dah boleh solat berdiri),kesukaran bernafas,berdebar-debar hingga sukar bernafas (doktor ada bekalkan saya ubat yang dikenali sebagai Propanolol untuk memperlahankan denyutan jantung),perut sentiasa kembung (telahbeberapa dirujuk kepada klinik pakar hospital,namun tiada perubahan),takut (berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas) apabila berada ditempat orang ramai walaupun tidak sampai sepuluh orang,takut bila berseorangan (termasuk tidur dalam bilik),tidak mampu untuk memandu/menunggang kereta atau motosikal (berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas sekiranya cube berbuat demikian),kadang-kadang fikiran menjadi serabut dan celaru,sering gelisah dan tidak senang duduk,tidak dapat menumpukan perhatian,takut apabila mendengar berita kematian,tidak mampu menaiki kenderaan untuk tempoh yang lama (paling lama 1 jam) kerana berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas,pernah suatu ketika hilang selera makan hingga berat badan turun (sekarang dah ok) dan pelbagai lagi.
Keadaan ini berterusan sehingga sekarang.(25 Oktober 2011 genap setahun)
Saya telah mendapatkan rawatan (alternative) daripada beberapa perawat perubatan Islam (setakat ini 28 orang semuanya) bagi mengubati penyakit yang dialami. Namun perubahan yang dialami agak perlahan/sedikit. Malah ada diantara perawat-perawat yang saya temui,buntu dengan penyakit yang saya alami kerana mereka belum pernah berhadapan penyakit macam saya.
Kebanyakkan perawat yang ditemui mengatakan saya telah disihir oleh orang yang saya kenali (lebih tepat kawan sepejabat).Tapi sejauh mana kebenarannya,saya kurang pasti.
Disamping mendapatkan rawatan moden dan alternative,saya turut membaca Yassin dan solat hajat setiap malam,berzikir disamping mengamalkan bacaan ayat-ayat seperti 3 Kul,Ayat Kursi dan sebagainya sebagai salah satu ikhtiar.
Soalan saya,berdasarkankan situasi yang dialami adakah benar saya telah disihir?Apakah ayat-ayat atau amalan-amalan yang sesuai untuk saya amalkan sebagai pendinding diri dari gangguan jin,iblis,syaitan,hikmat orang,tuju dan sihir?
Harap Ustaz dapat membantu. Terima kasih.
Berikut adalah jawapan yang diterima melalui e-mail pada 30 Oktober 2011 jam 10.25 dari Pusat Rawatan Islam Darul Azzikri:
Wa'alaikumsalam Tuan,
Kalau menurut gejala-gejala seperti yg telah Tuan ceritakan, kemungkinan unsur-unsur sihir itu ada namun tidaklah dapat saya mengesahkannya tanpa melakukan proses-proses yang sepatutnya dilakukan kpd pesakit.
Namun sekiranya telah merujuk kpd perawat2 islam & alternatif serta doktor dan Tuan berkeyakinan diri terkena sihir maka jgnlah berputus asa dlm berusaha mencari kesembuhan diri. Saya juga amat menyokong penuh usaha Tuan membaca Yassin, solat hajat, zikir, ayatul kursi dan sebagainya.
Antara amalan yang boleh saya sarankan ialah beramal dgn Ayat 7 serta ta'awwudz secara istiqomah setiap selesai solat 5 waktu. Dan yg terpenting sekali adalah penyerahan diri serta iktikad kpd Allah. Jika kita membaca ayat-ayat quran spt membaca akhbar maka tiadalah hasilnya sebaliknya quran dibaca dgn lidah, akal dan hati sambil mewujudkan perasaan penyerahan dan berkeyakinan Allah mendengar baca quran, doa & zikir kita serta mengetahui niat & tujuan kita.
Mohon ampun maaf sekiranya ada mana-mana ayat saya yang menyinggung Tuan.
WAllahu A'lam.
Wassalam....
No comments:
Post a Comment