Foto:Sekadar Hiasan |
Dalam entry kali ini,aku ingin bercerita soal jodoh.Bagi sesetengah orang, mereka cukup risau apabila masih belum mendapat jodoh sedangkan usia semakin meningkat.Apabila usia meningkat kepada 25 tahun kebanyakkan ibubapa akan mula risau apabila anak mereka baik lelaki atau perempuan belum lagi mendirikan rumah tangga.Apabila keadaan ini berlaku ibubapa seolah-olah memaksa anak-anak mereka agar cepat mencari jodoh dan mendirikan rumahtangga.Biasanya dalam soal jodoh ini bukan setakat ibubapa yang sibuk bertanya,malah saudara-mara,jiran tetangga,orang kampung juga akan bertanya.Pendek cerita boleh kecoh jugak la satu kampung pasal jodoh ni.
Bagi mereka yang mungkin boleh dipanggil “si pencari jodoh” seperti aku ni,keadaan akan menjadi lebih kritikal apabila sanak-saudara,jiran tetangga atau penduduk kampung berkumpul dalam satu2 majlis keraian.Dimana akan bertalu2 lah soalan “bila nak kawen,usia dah meningkat” diajukan kepada golongan seperti aku.Situasi seperti ni sedikit sebanyak boleh mendatangkan tekanan perasaan pada mereka yang tidak “kuat”.
Tapi semua ini lumrah kehidupan akan dilalui oleh setiap orang.Dalam menjalani kehidupan,kita akan sering berhadapan dengan pelbagai persoalan dari orang disekeliling kita.Sebagai contoh,bila usia kite melepasi 25 tahun,orang akan bertanya bila nak kawen.Bila kite dah bertunang orang akan bertanya bila nak kawen?.Bila dah kawen,orang akan bertanya bila nak timbang cahayamata?Bila dah ada anak sorang,orang akan bertanya bila nak tambah anak?.Bila anak besar,orang akan bertanya bila nak dapat menantu?Lepas itu orang akan bertanya bila nak dapat cucu?Pendek cerita kita akan sentiasa dihujani pelbagai persoalan sepanjang menjalani kehidupan.Jadi perlu bagi kita menghadapi setiap persoalan dan situasi ini dengan tenang,jangan sampai ianya menjadi satu bebanan seperti tekanan perasaan bagi kita.
Berbalik kepada soal belum mendapat jodoh walaupun usia semakin meningkat,bagi aku soal ini bukanlah satu masalah yang besar.Ini kerana jodoh itu akan datang dengan sendiri bila sudah sampai waktunya.Seperti sabda Rasullullah S.A.W
“Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Jadi bagi aku,semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Jadi banyakkan bersabar.
Firman Allah dalam,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (Surah AI-Baqarah:45)
Jangan pula kite mempersoalkan kenapa Allah memberikan ujian atau dugaan sebegini kepada kite kerana kita harus ingat firman Allah;
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…..” (Surah Al-Baqarah:286)
Foto:Sekadar Hiasan |
Bagi mereka yang senasib dengan aku,di sini aku ingin berkongsi satu doa yang mungkin boleh kita praktikan sebagai salah satu ikhtiar. Yang selebihnya kite serahlah pada Allah.Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
DOA DIPERCEPATKAN JODOH.
Ertinya:
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).
Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.
Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.
Disini aku nak share jugak Doa Pendekat Jodoh;
Sebagai hambaNya yang lemah,seharusnya kita menadah tangan memohon doa pada Allah kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Mintalah pertolongan padaNya.
Firman Allah,
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186)
Foto:Sekadar Hiasan |
“terimbas pula sebuah cerita kisah gadis Bani Ma’zhum yang sehingga kini aku jadikan sebagai iktibar. Bagaimana kerisauan gadis ini yang begitu tinggi tentang jodohnya sedangkan jodoh belum tiba juga untuknya. Pelbagai ikhtiar yang telah dibuat untuk bertemu jodoh dan akhirnya dia bertemu jodoh juga dengan seorang pemuda yang tampan… tetapi kenikmatan yang dia kecapi hanyalah seketika saja, umpama bermimpi disiang hari apabila suaminya telah meninggalkan dia tanpa alasan dan kesan selepas menggunakan sebahagian harta Rithah… lelaki itu, cuma berkehendakkan harta yang melimpah ruah bukan kerana keikhlasan…Dan tinggallah Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. kemudian ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya.. gadis Bani Ma’zhum ini ialah Rithah Al-Hamqa…”
Foto:Sekadar Hiasan |
http://nursyirah.wordpress.com/2008/01/27/jodoh-oh-jodoh/
Buku Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din,Darussyifa
Buku Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din,Darussyifa
No comments:
Post a Comment