Gambar:Buku Keluaran Darussyifa |
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yangboleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
BACAAN
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia YangHidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidakmengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan dibumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakangmereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allahmelainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit danbumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan AllahMaha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekelilingmengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah(mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalamatau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnyakamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yanglurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagiMaha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yangbapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu merekalalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah)terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8)Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tanganmereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) DanKami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surahAl-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Bacakombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratmendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubudengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.
CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiupsehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat inikemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehinggahabis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dantahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
5.0 AYAT PENGERAK
BACAAN
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi jugadilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, ataubermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaanyang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaanyang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini,berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancarbaru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
P/S: Lain-lain doa untuk merawat pelbagai penyakit boleh didapati didalam buku keluaran Darussyifa (Gambar).Buku ini diboleh dibeli di Pusat Rawatan Darussyifa diseluruh negara.
No comments:
Post a Comment