Wednesday, November 9, 2011

Aku & Opis...

Sejak sakit,aku tidak lagi mampu menjalankan tugas sebagai jurukamera seperti dulu.Jika sebelum ini,keje banyak tertumpu aktiviti luar pejabat seperti membuat rakaman bagi majlis2 yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar Terengganu,EXCO2 Kerajaan Negeri,Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Menteri2 Kabinet,SPB YDP Agong Dan Raja Permaisuri Agong serta majlis2 rasmi kerajaan.Disebabkan skop tugas sebegini,jadi aku jarang berada dipejabat.


Foto:Ketika bertugas sebagai jurukamera

Namun sekarang semuanya berubah.Aku sekarang menghabiskan sepenuh masa keje aku dipejabat.Pada awal2 aku sakit dulu,aku tidak mampu membuat satu apa kerja pun.sampai dipejabat aku hanya duduk dimeja “work station” dengan mendengar mp3 ayat ruqyah,membaca yassin,berzikir dan tido.Keadaan aku time ni memang agak teruk sebab aku badan aku memang tak larat sangat2.Aku jugak tidak makan atau minum seolah2 berpuasa lantaran tidak ada selera.Kawan2 ada juga memujuk aku untuk makan dan minum.Tapi aku terpaksa tolak pelawaan mereka.Beginilah rutin harian aku dipejabat  untuk beberapa bulan.


Memang tidak dinafikan keadaan aku sedikit sebanyak telah mengundang tanggapan negative sesetengah orang.Ini kerana pada penglihatan mereka,aku tidak menghadapi sebarang penyakit disebabkan fizikal aku tidak menunjukkan aku seperti orang yang sedang sakit.Hakikatnya,dalaman aku,hanya Allah yang tahu betapa seksanya aku menanggung kesakitan.Hari demi hari aku cuba menghadapi situasi ini dengan tenang dan tabah.Rakan2 sepajabat yang memahami keadaan aku,tidak putus2 memberi aku sokongan dan dorongan bagi menempuh kehidupan mendatang.

Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan.Dengan izin Allah,kesihatan aku sedikit pulih walaupun tidak sepenuhnya.Dipejabat aku sudah mampu untuk bergerak ke sana ke mari.Sudah mampu duduk bersembang dengan rakan2 sepejabat yang lain.Alhamdulilah syukur pada Allah.

Bagi mengurangkan tanggapan negative sesetengah orang berkaitan apa tugas aku sekarang,pihak pengurusan telah mengarah aku untuk melakukan “tugas khas”.Aku telah ditukarkan kepada “Unit Media Baru (WebTv)”.Di unit ini aku telah diamanahkan untuk menulis skrip untuk berita webtv,membuat rakaman suara (voice over) untuk berita webtv ,memuat turun berita2 kedalam webtv dan membaca berita (voice over).Semua ni satu tugas baru yang tidak pernah aku buat sebelum ini dan sangat berbeza dengan tugas aku sebagai jurukamera.Alhamdulillah,dengan tunjuk ajar dan sokongan rakan2 aku berjaya menjalankan tugas baru ini.

Foto;Perisian yang digunakan untuk membuat voice over

Foto:Kini kebanyakkan masa dihabiskan di workstation aku
Foto:Aku & workstation

Tugas ini merupakan tugas sementara aku.Insyallah jika diizinkan Allah  sembuh sepenuhnya selepas ini,aku akan kembali menggalas kamera!

Terimakasih kepada pihak pengurusan kerana masih memberi peluang untuk aku berkhidmat walaupun dalam keadaan sebegini.Tidak dilupakan juga kepada rakan2 yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada aku .


No comments:

Post a Comment