Monday, November 28, 2011

Tahun Baru 1433 Hijrah


Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah..Alhamdulillah..Syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk menyambut tahun baru Islam 1433 ni.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi lebih kebahagian,kerahmatan dan keupayaan untuk menjadi hambaNya  yang soleh.Insyallah..

Macam biasa la,bila tiba tahun baru masing2 sibuk dengan azam tahun baru.Macam2 azam yang akan timbul seperti nak berhenti smoking la,nak kawen la,nak cari awek la,nak belajar rajin2 la dan macam lagi.

Bagi aku pulak,azam aku tahun ni macam yang dah tertulis kat atas awal2 tadi.Aku juga harap sempena tahun baru ni penyakit yang aku alami sekarang sembuh dan aku dapat terus beribadat padaNya dan berbakti kepada keluarga.

Sesungguhnya masih banyak "hijrah"yang perlu aku lakukan dalam hidup ni..Semoga Allah memberi kemudahan untuk aku melakukan "hijrah" dalam kehidupan aku.


Friday, November 25, 2011

Aku & Unit Event....

Semasa berkhidmat di Taman Tamadun Islam,aku telah diletakkan di Unit Event.Unit ini diletakkan dibawah bidang kuasa Jabatan Operasai TTI.Tugas Unit Event adalah merancang dan menganjurkan acara untuk TTI serta menyelaras setiap acara yang berlaku di TTI.


Disamping itu,unit ini juga akan menjalankan tugas2 berkaitan Jabatan Operasi dan tugas2 lain mengikut arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan seperti bertindak sebagai pengiring kepada VVIP yang datang melawat TTI.

Unit ini hanya memilikki 3 orang staff sahaja.Diketuai oleh Bie selaku Event Manager (CallSign:Event One) dan dibantu oleh 2 Event Executive iaitu Mesol (CallSign:Event Two) dan Ain (CallSign:Event Three).

Walaupun unit ini hanya mempunyai 3 orang staff,tetapi unit ini telah berjaya menganjurkan beberapa acara dengan jaya dari acara kecil sampailah acara besar.

Sekarang unit ini sudah tidak wujud lagi kerana 3 orang staff ni tidak lagi berkhidmat di TTI..

**CallSign: Merujuk kepada nama panggilan didalam walkie talkie.
 

Berikut adalah sebahagian gambar program yang berjaya dianjurkan dan diselaras oleh Unit Event































Monday, November 21, 2011

PERANGAI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

Foto:Sekadar Hiasan 

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Sumber:Internet

Saturday, November 19, 2011

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara



Foto:Sekadar Hiasan
Tajuk entry kali ni sedikit "panas" bagi sesetengah orang.tapi bagi aku tak salah rasenye untuk berkongsi ilmu.mana tau satu hari nanti ilmu ni boleh diguna pakai oleh mereka yang memerlukan.heheeheh.selamat mencuba.

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

Sumber:https://www.facebook.com/notes/ensaiklopedia-petua-melayu-lama/petua-untuk-isteri-sentiasa-dara/275945135774289

Tuesday, November 15, 2011

ntahlah....tak tau nk cakap ape

sebagai manusia biasa,aku tak boleh lari dari perasaan sedih dan kecewa..kdg2 aku rase sedih dgn keadaan diri aku sekarang ni.ntahlah bila nk baik dari sakit.dah setahun berlalu.tp keadaan aku tidak pulih sepenuhnya lagi.dgn keadaan mcm ni,kdg2 timbul cerita negatif dari org disekeliling yg tak faham dengan masalah yg aku hadapi.mcm kate pepatah "berat mata memandang,berat lg bahu memikul".

walaupun kdaan aku mcm  ni,aku tetap bersyukur kepada Allah dengan setiap kesembuhan yg diberikan kepada aku dan peluang untuk menikmati kehidupan sehingga hari ni.sbnrnya ada hikmah jugak aku jadi mcm ni.sbbnya aku jadi lebih mengingatiNya.skrg aku baca yassin setiap malam,buat solat hajat tiap2 malam,aku zikir tiap2 malam sampai beribu kali,aku amalkan baca doa dlm setiap benda yg dibuat dan mcm2 lagi.keadaan ini jauh berbeza dgn keadaan aku dlu.dulu mmg jarang sgt nk buat apa yg aku buat skrg ni.syukur pada Allah.

aku harap sgt sembuh dlm masa terdekat ni.dah tak sanggup rase nk menyusahkan family yg terpaksa ambik dan hantar aku pegi keje,bawak aku g berubat dan mcm2 lg.aktiviti mak ayah aku juga terbatas sebab aku sakit mcm ni..kdg2 mengalir jugak airmata aku bila fikirkan kdaan aku ni.ntahlah,susah org nk faham apa yg aku rase skrg ni.melainkan mereka duduk ditempat aku skrg .

apepun aku tak putus asa.aku akan terus berikhtiar merawat sakit ni.aku akan terus berdoa pada Allah supaya diberi ketabahan dan kesabaran tinggi dlm mghadapi dugaan ni.aku akan terus berdoa pd Allah agar diberikan kesembuhan dr sakit ni.amin

Monday, November 14, 2011

Merawat Sihir,Santau Dan Histeria


Bagi mereka diluarsana yang masih dibelenggu santau,histeria,sihir dan saka yang tak berkesudahan setelah puas berubat kesana kemari,disini saya bagi beberapa panduan berguna untuk anda merawat gangguan dirumah secara Do It Yourself (DIY)

-Sediakan 2 botol air mineral 5 liter

-2 botol madu khaula/tualang/yaman

-Buka semua penutup air mineral dan madu tadi

-Rapatkan mulut anda pada muncung botol bahan-bahan tadi dan bacakan kursi 70x

-Setelah tamat bacaan,tiup 10saat pada semua bahan tadi dan tutup semula

-Anda perlu minum air doa secawan 3x sehari selama 7 hari,air doa perlu dicampurkan 2 sudu madu.Selang masa untuk kaedah minum ialah 5jam sekali.

-Bagi kaedah mandian pula perlu 3x sehari juga selama 7 hari.Caranya sediakan sebaldi besar air paip,masukkan sekilo ais dan secawan air doa.Jirus kepala perlahan-lahan dan biarkan ia kering tanpa lap.Selang masa untuk kaedah mandian ialah 5jam sekali.

InsyaAllah gangguan jin anda akan berkurangan..

Taman Monumen Taman Tamadun Islam


Foto:Pintu Masuk Utama Taman Tamadun Islam


Assalamualaikum..Entry kali ni,aku nak bercerita tentang tempat kerja lama aku iaitu Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man,Losong Panglima Perang,Kuala Terengganu. 

Pembinaan Taman Tamadun Islam diatas tanah seluar 33 hektar ini telah menelan belanja RM249.3 juta.TTI telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Febuari 2008.

Salah satu tarikan utama yang terdapat di TTI adalah Taman Monumen yang menempatkan 22 buah monumen masjid,makam dan istana dari 21 buah negara.

Dibawah ini,aku sertakan gambar dan keterangan ringkas berkaitan monumen2 tersebut.
Foto:Monumen Masjid Negara (Malaysia)

Masjid Negara telah dibina pada tahun 1965 bagi memperingati perjuangan dan jasa2 Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu YAB Tunku ABdul Rahman Putra Al-Haj dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada jajahan British.Bangunan yang dibina selepas merdeka  ini mempunyai ciri2 yang menunjukkan kemajuan dan kebebasan.Ciri2 ini ditonjolkan melalui rekabentuk dan bahan2 binaan yang digunakan.Ciri2 menraik masjid ini adalah kubahnya yang diperbuat dari konkrit berbentuk payung terbuka danmenara yang berbentuk payung tertutup.Payung merupakan simbolik kepada perlindungan dan kebebasan.Masjid ini mampu memuatkan 15000 jemaat pada satu2 masa.

Foto:Monumen Masjid Kudus Minar,Jawa Tengah (Indonesia)


Masjid ini telah dibina pada tahun 1549 Masihi oleh seorang guru terkenal bernama Sunan Kudus.Ia terletak di daerah Kudus,Wilayah Semerang,Jawa Tengah,Indonesia.Rekabentuk bercirikan campuran antara Hindu dan Jawa.Ciri2 yang menarik pada masjid ini ialahpaa menara yyang diperbuat daripada batu2 gunung berapi.Menara berbentuk seperti candi yang biasa terdapat di kawasan kuil Hindu.

Foto:Monumen Masjid Pattani (Thailand)

Masjid ini dibina pada tahun 1954 Masihi semasa pemerintahn Field Marshal Sarit dan mengambil masa 9 tahun untukdisiapkan.Ia terletak di Wilayah Muang di Pattani berhampiran jalan utama antara Yarang dan Pattani.Masjid ini merupakan masjid terbesar dan tercantik di Thailand dan menajdi pusat utama kepada penduduk Islam di Thailand.

Foto:Monumen Masjid Omar Ali Saifuddin,Kampung Air (Brunei)

Masjid ini dibina pada tahun 1958 masihi berhampiran Sungai Brunei.Ia telah dinamakan sempena nama Sultan Brunei yang ke-28.Masjid ini telah dibina menggunakan bahan2 binaan terbaik di dunia sepeti marmar dari Itali,granit dari China dan lampu hiasan dan cermin bercorak dari England.Kubah utamanya dipercayai dipercayai diperbuat daripada emas tulen.Ia menjadikan masjid ini antara yang tercantik di dunia.

Foto:Taj Mahal,Agra,India


Taj Mahal merupakan sebuah istana dan makam yang dibina bagi  mengenang kisah cinta abadi diantara Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.Ia mula dibina pada tahun 1631 Masihi dan mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan.Ciri2 pentig yang dapat dilihat disini ialaha keunikan senibina,bahan2 binaan yang unik,batu2 berharga yang dipasang untuki mencantikan  kemasannya serta keindahan taman yang dibina dihadapan bangunan tersebut.
Foto:Monumen Masjid Badshahi,Lahore (Pakistan)



Masjid ini telah dibina pada tahun 1673 Masihi oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir semasa zaman kegemilangan kerajaan Mongol.Ciri2 utama yabg membentuk masjid ini ialah pintu masa yang dibina mengikut cara Mongol,minaret bersegi lapan dan laman dalaman yang luas.Masjid ini merupakan yang terbesar pada zaman tersebut.Masjid ini mampu memuatkan 65,000 jemaah pada satu2 masa.
Foto:Monumen Kubah As-Sakrah (Palestin)



Bangunan Kubah As-Sakhrah (Dome Of The Rock) telah dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram Al-Sharif  bagi melindungi batu terapung yang menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum Mikraj ke langit.Ciri2 penting yang dapat dilihat pada bangunan ini adalah replika batu terapung itu sendiri serta kesenian kerja2 jubin dan kaligrafi daru Surah Yassin dan Surah Al-Israq.
Foto:Monumen Masjid Besar Samarra (Iraq)



Masjid ini telah dibina pada tahun 842 Masihi semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyyah.Ia dibina di Kota Samarra yang merupakan salah satu dari empat kota suci Iraq dan dinaggap kota lama yang terbesar di dunia.Semasa kurun ke-9 masjid ini merupakan masjid terbesar didunia yang boleh menempatkan sehingga 80,000 jemaah pada satu masa2.Replika yang dibina di TTI ini adalah menara berpusing Menara Malwira yang terletak dibahagian utara Masjid Besar Samarra.
Foto:Monumen Masjid Lutfallah,Isfahan (Iran)



Masjid ini mula dibina pada tahun 1602 Masihi semasa pemerintahan Dinasti Safavid.Nama masjid ini diambil sempena nama seorang tokoh agama terkenal pada zaman itu iaitu Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili.Keistimewaan masjis ini adalah penggunaan jubin biru yang memenuhi kawasan pintu masuk ke masjid.Ini menjadikan ianya contoh terbaik senibina Islam.
Foto:Makam Abu Nasr,Balkh (Afganistan)


Makam yang terletak di tengah2 Balkh Central Park ini dibina bagi mengabdikan jasa2 kketua dan tokoh agama tereknal Herat Afghanistan iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.Ciri2 menarik makam ini adalah dua tiang berpusing dihadapanya serta dinding,kubah,menara dan kaligrafi yang diperbuat dari mozek biru.Ciri2 ini memberi gambaran kepada genarasi bahawa kerja2 yang unik dan bernilai ini telah berjaya dihasilkan oleh orang Islam di zaman lampau.
Foto:Monumen Masjidil Haram,Mekah (Arab Saudi)



Sebagaimana yang diketahui ramai,sejarah Masjidil Haram terutamanya Kaabah telah bermula dari zaman Nabi Ibrahim AS lagi.Walaubagaimanapun pembinaan bangunan masjid itu sendirihanya bermula pada zaman Khalifah Omar Al-Khattab RA iaitu sekitar tahun 639 Masihi.Sebahagian besar bangunan asal masjid dibuat menggunakan batu biru yang boleh didapti di bukit2 di sekeliling Lemab hHijaz.Sejak dari zaman tersebut bangunan masjid telah ditambah sedikit demi sedikit sehingga bentuknya yang dapat kita lihat pada hari ini.
Foto: Monumen Kota Aleppo (Syria)



Kota Aleppo adalah sebuah kota yang dibina umat Islam dahulu di atas sebuah bukit di Syria.Penemuan yang telah dibuat dikawasan kota ini telah membuktikan ianya telah diguna pada kurun ke-10 sebelum Masihi.Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam lampauu yang berjaya membina kota yang sebegitu kukuh dan indah di atas sebuah bukit.
Foto:Monumen Masjid Mohammad Ali (Mesir)



Masjid Mohammad Ali terletak di Wilayah Al-Qalaa di Kaherah,Mesir.Ia direkabentuk oleh arkitek Greek yang bernama Yussuf Bushnaq.Rekabentuknya berdasarkan ciri2 yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) Turki.Ia mula dibina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265 Masihi.Ia dinamakan sempena nama pemerintah yang memerintah Mesir selama 45 tahun.
Foto:Monumen Masjid Nabawi (Madinah)



Sebagaimana yang diketahui umum,Masjid Nabawi dibina di atas tapak rumah Nabi Muhmammad SAW yang pertama selepas berhijrah ke Madinah.Ia merupakan masjid pertama dibina selepas penghijrahan.Dalam masa yang singkat kawasan masjid dan sekitarnya menajdi pusat pemerintahan dan perniagaan bagi Madinah dan dunia Islam keseluruhannya.
Foto:Monumen Masjid Suleyman (Turki)



Masjid ini direkabentuk berdasarkan ciri2 yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) di Turki.Ia juga direkabantuk oleh arkitek yang sama iaitu Sinan,Arkitek Agung di zaman pemerintahan Khalifah Othmaniah.Masjid ini dinamakan sedemikian berdasarkan nama Sultan Suleyman yang meemrintah Turki dari tahun 1520 Masihi hingga 1566 Masihi.
Foto:Monumen Kota Al Hambra (Sepanyol)



Kota Al Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada.Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam Sepanyol.Di antara tahun 1238-1354 Masihi,istana kerajaan Islam Sepanyol dibina di kota ini.Dengan terbinanya istana inilah menjadikan Al Hambara terkenal sehingga hari ini.Terdapat 4 pintu masuk utama ke kota ini dan terdapat beberapa dewam besar di dalam keseluruhan kota.Dinding2 dalaman dipenuhi “stucco calligraphy” kalimah2 memuji Ilahi.Terdapat juga taman2 indah yang dihiasi ciri2 alam semulajadi seperti pokok,air dan haiwan.Replika yang dibina di TTI adalah sebahagian dari Kota Al Hambra yang luas keseluruhannya terlalu besar untuk dibina disini
Foto:Monumen Masjid Besar Qairawan (Tunisia)


Masjid ini dibina oleh Uqba bin Nafi pada tahn 670 masihi.Ia merupakan pusat Islam tertua di Tunisia.Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri2 persaudaraan dan keikhlasan.Di dalam masjid yang sebegini besar semua aktiviti dan permasalahan dapat diselesaikan termasuk pemerintahn,pembelajaran dan ketenteraan.
Foto: Monumen Menara Kalyan (Uzbezkistan)


Menara ini dibina oleh Arslan Khan pada tahun 1127 Masihi.Ia dibina 2 kali kerana menara pertama telah runtuh akibat kerja2 tapak yang tidak sempurna.Menara ini merupakan contoh struktur dan binaan terbaoik pada zaman tersebut.Menara ini telah digunakan sebagai rumah api dan menara tinjau untuk mengelak serangan musuh.
Foto:Monumen Masjid Besar Agadez (Niger)


Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengah2 Negara Niger.Ia dibina dalam kurun ke-16 semasa zaman Agadez.Dari segi bahan binaan masjid ini agak unik kerana diperbuat dari kayu dan lumpur,sebagaimana bangunan tradisional Benua Afrika.Bahan binaan ini masih kekal sehingga kini.
Foto:Monumen Masjid Kul Syarif,Kazan (Russia)


Masjid ini dibina bagi mengeang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigh mempertahankan diri dari serangan “ivan The Terrible”.Walaupun telah berusaha mempertahankan mereka,Guru Kul Sharif dan kesemua anak muridnya telah dibunuh oleh “Ivan The Terrible”.Masjid ini telah dibina pada tahun 1996 setelah kejatuhan Empayer Soviet.
Foto: Monumen Masjid Xian (China)



Replika yang dibina di TTI ini merupakan menara yang terletak di tengah kawasan Masjid Besar Xian.Masjid besar Xian telah dibina oleh Laksamana Cheng Ho semasa pemerintahan Dinasti Ming di China.Rupa masjid ini seakan2 tokong Budha tetapi kedudukanya mengadap kiblat.

Foto:Tarikan Terbaru Monumen Masjid Sultan (Singapura)

Masjid Sultan terletak di Kampong Glam, Singapura. Masjid ini asalnya dibina oleh Sultan Hussain Johor. Pembinaan dijalankan antara 1824 dan 1826, dan dana yang datang dari East India Company Ia telah dibina semula oleh pemegang amanah masjid pada tahun 1924, selepas struktur asal mengalami kerosakan.

** Gambar dan maklumat berkaitan Masjid Sultan diperolehi daripada http://www.asiaexplorers.com/malaysia/sultan-mosque-tti.htm

Daripada 22 buah monumen ni,terdapat 5 monumen interaktif.Maksudnya monumen ini mempunyai ruang pameran dan bilik tayangan.Monumen2 ini adalah Masjid Negara,Taj Mahal,Kubah As-Sakhrah,Al Haram dan Al Hambra..


Di dalam Taman Monumen ini,sekiranya pengunjung malas untuk berjalan kaki megelilingi taman ini (keluasan taman kira2 800 meter),terdapat perkhidmatan pengangkutan yang boleh disewa oleh pengunjung seperti berikut:


Foto: Keretapi 
Foto:Buggy
Foto:Buggy


Foto:Buggy



Selain itu juga,terdapat permainan untuk kanak2 seperti dibawah:










**p/s: Kesemua gambar (kecuali Masjid Sultan) di dalam entry ini adalah milik persendirian aku. Manakala keterangan berkenaan monumen2 diambil daripada risalah TTI dan pengetahuan serta pengalaman ketika bertugas di Taman Tamadun Islam


Foto:Kenangan bersama rakan setugas semasa bekerja di TTI