Pic:Google |
Semasa belajar di UiTM Shah Alam,aku telah menyewa rumah teras di Seksyen 18.Rumah ni merupakan rumah sewa ketiga aku selepas aku menyewa di Aparment Perdana Seksyen 13 dan Apartment Baiduri Seksyen 16.Dirumah ni aku tinggal bersama beberapa orang rakan iaitu Mat Jawa (Pen.Penerbit RTM),Macha (Jurukamera Production House),Pekan (Student Sains Gunaan UiTM),Adeq (Student Sains Sukan UiTM) dan Pait (Student Sains Sukan UiTM).So,bila bulan puasa kami akan berbuka dan bersahur sama-sama.Kadang-kadang beli makanan luar balik makan kat rumah.Kadang-kadang kami memasak sendiri (aku la chef dibantu budak-budak rumah yang lain).Tapi sesekali ada juga kami berbuka puasa masing-masing.Yelah,ada yang nak berbuka dengan aweks,dengan kawan,dengan skandal,dengan itu,dengan ini macam-macam la..Hahahaa.
Malamnya kami akan ke masjid untuk berterawih.Aku dan budak-budak rumah berterawih di masjid berhampiran rumah.Nama masjid dah lupe.Area rumah sewa aku ni ada 3 masjid.Semua masjid ini penuh dengan jemaah yang datang berterawih.Aku hanya sempat beberapa kali jer berterawih di masjid sebelum mengambil keputusan lepak kat rumah.Sebabnya suasana di masjid tersebut yang terlalu ramai menyebabkan aku beberapa kali sembahyang di luar ruang solat.Bila dah ramai suasana menjadi panas.Tambah pulak budak-budak bising duk bermain kat luar/belakang.Hilang kosentrasi aku (orang bujang=MALAS sebenarnya).Huhuhu.
Budak-budak rumah aku pun sama dah tak pegi terawih dimasjid dekat rumah kami.Setiap malam mereka berterawih di Masjid Shah Alam.Aku pulak duk lepak rumah jer.Perghhhhh betapa MALASnya aku waktu tu.ada satu malam tu aku duk lepak atas motor luar rumah sambil isap rokok.Budak-budak umah aku balik terawih dari masjid Shah Alam.Diorang bercerita betapa bestnya solat terawih di masjid Shah Alam.Sebelum ni diorang pernah ajak aku berterawih kat sana.Aku tak pegi pun kerana keMALASAN yang melampu dalam diri aku ni.Tapi malam tu bila dengar diorg bercerita,aku rasa nak join berterawih kat sana.
Malam esoknya aku join Pait dan Pekan pegi terawih di Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz).Jarak masjid dari umah aku ada la dalam 2km gitu.Masa on the way atas motor tu dah terasa "aura" berterawih.Bila nampak masjid yang cantik bercahaya dari jauh lagi terasa "aura"nya.Memang aku rase bersemangat giler.Sampai di masjid,aku tengok ramainya orang datang berterawih kat sini.Satu benda yang aku ingat sampai sekarang,bila tengok sorang brother RXZ bersama awek dia datang berterawih (rasenya loving couple sebabnye jarang married couple naik RXZ ke masjid pulak tu).Dalam otak aku time tu,kan best klu aku leh jadi macam brother ni.Bawak awek berjemaah kat masjid.Heheeheh.
Semasa solat,aku leh rase satu ketenangan yang dah pernah aku rase sebelum ni.Memang susah aku nak describe perasaan ni.Dengan suasana masjid cantik,karpet yang tebal dan lembut,siap ada aircond,bacaan iman yang sungguh merdu,jemaah yang ramai aku rase macam bersolat di Mekah jer.Serius tak tipu.Memang aku tak rasenye macam solat di Malaysia.Suasana yang cukup tenang bagi aku.
Sejak pada malam tu,setiap malam aku tak pernah miss datang terawih di masjid ni.Walaupun aku berbuka di fakulti (kampus puncak perdana) yang agak jauh dari masjid shah alam.Selesai berbuka aku memecut menyusuri lebuhraya macam pelesit semata-mata nak berterawih di masjid.Memang aku dah "ketagih" terawih kat situ.Susah aku nak explain kat korang apa yang aku rase.Aku cadangkan korang pergi sendiri berterawih kat masjid Shah Alam kalau ada peluang.Mungkin lepas tu korang aku faham ape yang aku citer kat korang ni.
Kadang2 rase jugak terkilan sebab 4 tahun aku duk Shah Alam,tahun ke-4 baru aku nak bersolat terawih kat Masjid Shah Alam .Apsal dari awal2 dulu aku tak tergerak hati nak pegi solat terawih kat situ.Rugi sangat2 rasenye.
Sekarang aku dah balik kampung.Keje pun dah kat sini.Dah susah aku nak merasa kenikmatan dan ketenangan bersolat terawih di Masjid Shah Alam tu.Yela bila dah duk jauh memang payah ler.Tapi aku berharap sangat bila ada masa dan peluang nanti,aku dapat kembali bersolat kat sana.Insyallah..
P/S:Entry ni aku tulis masa bulan pose aritu.Lupa nak post.heheheeh
Budak-budak rumah aku pun sama dah tak pegi terawih dimasjid dekat rumah kami.Setiap malam mereka berterawih di Masjid Shah Alam.Aku pulak duk lepak rumah jer.Perghhhhh betapa MALASnya aku waktu tu.ada satu malam tu aku duk lepak atas motor luar rumah sambil isap rokok.Budak-budak umah aku balik terawih dari masjid Shah Alam.Diorang bercerita betapa bestnya solat terawih di masjid Shah Alam.Sebelum ni diorang pernah ajak aku berterawih kat sana.Aku tak pegi pun kerana keMALASAN yang melampu dalam diri aku ni.Tapi malam tu bila dengar diorg bercerita,aku rasa nak join berterawih kat sana.
Semasa solat,aku leh rase satu ketenangan yang dah pernah aku rase sebelum ni.Memang susah aku nak describe perasaan ni.Dengan suasana masjid cantik,karpet yang tebal dan lembut,siap ada aircond,bacaan iman yang sungguh merdu,jemaah yang ramai aku rase macam bersolat di Mekah jer.Serius tak tipu.Memang aku tak rasenye macam solat di Malaysia.Suasana yang cukup tenang bagi aku.
Sejak pada malam tu,setiap malam aku tak pernah miss datang terawih di masjid ni.Walaupun aku berbuka di fakulti (kampus puncak perdana) yang agak jauh dari masjid shah alam.Selesai berbuka aku memecut menyusuri lebuhraya macam pelesit semata-mata nak berterawih di masjid.Memang aku dah "ketagih" terawih kat situ.Susah aku nak explain kat korang apa yang aku rase.Aku cadangkan korang pergi sendiri berterawih kat masjid Shah Alam kalau ada peluang.Mungkin lepas tu korang aku faham ape yang aku citer kat korang ni.
Kadang2 rase jugak terkilan sebab 4 tahun aku duk Shah Alam,tahun ke-4 baru aku nak bersolat terawih kat Masjid Shah Alam .Apsal dari awal2 dulu aku tak tergerak hati nak pegi solat terawih kat situ.Rugi sangat2 rasenye.
Sekarang aku dah balik kampung.Keje pun dah kat sini.Dah susah aku nak merasa kenikmatan dan ketenangan bersolat terawih di Masjid Shah Alam tu.Yela bila dah duk jauh memang payah ler.Tapi aku berharap sangat bila ada masa dan peluang nanti,aku dapat kembali bersolat kat sana.Insyallah..
P/S:Entry ni aku tulis masa bulan pose aritu.Lupa nak post.heheheeh
No comments:
Post a Comment