Korang pernah dengar tak "Fertigasi"?Bukan gergasi la.Tapi fertigasi.Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar.Sebenarnya fertigasi merupakan satu teknik penaman yang digunakan dalam pertanian pada masa kini.Kaedah ini amat popular sekarang dan banyak dipraktikan oleh petani-petani moden.
Korang ingat tak suatu ketika dulu,orang duk sibuk pasal tanam sayur "Hidroponik".Masa tu boleh dikatakan semua rumah tak kira rumah teres ker,rumah pangsa ker (rumah flet),rumah rumah kos rendah ker ada bekas hidroponik.Masing-masing sibuk tanam sayur seperti sawi, salad beberapa jenis tanaman lain .Lokasi yang biasa menjadi sasaran adalah kat belakang dan tepi rumah.Konsep penanaman yang tidak perlu menggunakan tanah tapi hanya menggunakan bekas yang mengandungi air telah menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Tapi entah dimana silapnya,akhirnya fenomena kegilaan penduduk bumi terhadap hidroponik akhirnya berakhir.Bekas-bekas yang dulunya berisi dengan tanaman kini bertukar menjadi ladang menternak jentik-jentik yang seterusnya bertukar menjadi nyamuk Aedes.Nyamuk-nyamuk ini kemudianya meyerang penduduk bumi sehingga menyebabkan deman denggi!OK Stop!Apa yang aku merepek ni ntahlah.Siap nyamuk aedes bagai.Padahal nak citer pasal Fertigasi.
Hari berganti hari...
Minggu berganti minggu...
Bulan berganti bulan...
Tahun berganti tahun...
Setelah sekian lama kepupusan
hidroponik.Sekarang muncul pulak fertigasi yang juga telah mencetuskan kegilaan
dikalangan penduduk bumi khususnya petani moden.
Sebenarnya fertigasi ni tergolong dalam kumpulan hidroponik jugak iaitu penanaman tanpa tanah.Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan.
Kebiasaanya tanaman yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi adalah dari jenis tanaman bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi.Ini bukan bermaksud korang takleh tanam tanaman lain.Korang bebas nak tanam apa pun.Cuma tanaman yang aku sebut tadi merupakan tanaman pilihan utama bila menggunakan keadah fertigasi ni.
Ada beberapa sebab kenapa penanaman kaedah fertigasi menjadi pilihan petani masa kini.Antaranya:
- Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
- Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
- Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
- Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
- Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
- Kualiti hasil yang lebih baik.
- Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
- Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
- Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
- Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
Aku sendiri sempat mengikuti kursus fertigasi selama 2 hari yang dianjurkan oleh GM Peladang.GM Peladang merupakan salah satu syarikat yang mempelopori pertanian kaedah fertigasi dan mempunyai beberapa ladang yang menggunakan kaedah ini.
Sepanjang 2 hari berkursus,aku telah diajar secara teori dan praktikal macam mane nak mengusahakan pertanian kaedah fertigasi.Pada sebelah pagi aku dan peserta lain telah diajar secara teori ilmu-ilmu berkaitan fertigasi.Apa yang kami belajar secara teori disebelah pagi akan dipraktikkan secara praktikal di ladang pada sebelah petangnya.
Walaupun kursus hanya 2 hari,aku rasa ianya sudah cukup bagus sebagai permulaan untuk mengenali dunia fertigasi.Jangan terkejut aku cakap,dengan kursus 2 hari ni,korang sudah mampu mengusahakan tanaman fertigasi sendiri sebenarnya.Rajin atau malas jer.Tapi buat masa ni aku sendiri belum persediaan nak mengusahakannya(ceh,cakap bergegar.diri sendiri pun malas).Mungkin suatu hari nanti,bila dah resign keje aku akan usahakan ladang fertigasi sendiri.Insyallah.
Sumber:http://pcfarmsabah.blogspot.com/2009/01/apa-itu-fertigasi.html
No comments:
Post a Comment