Thursday, September 20, 2012

Konvoi Amal Hari Malaysia (EOCM TGK CREW)

Alhamdulilah...Dengan izin Allah semalam aku telah berpeluang menyertai program Konvoi Amal Hari Malaysia anjuran sebuah kelab kereta utara tanahair yang dikenali sebagai NUCC (Northern United Car Club).Jauh dari utara mereka ni datang untuk menjayakan program amal di  Rumah Anak Yatim Darul Falah ,Bukit Payong Marang.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kelab-kelab kereta Terengganu seperti Kelab Myvi,Kelab Waja,Kelab Satria Neo,Kelab Exora,Kelab Alza,Kelab Avanva,Kelab Viva dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi.Lebih 300 peserta dan lebih 100 buah kenderaan terlibat dalam konvoi sempena Hari Malaysia ni.


Bagi memastikan kelancaran pergerakan konvoi bermula dari Masjid Terapung telah diiringi oleh 2 orang anggota trafik dari IPD Marang dibantu beberapa orang Marshall bermotosikal.

Majlis penyerahan sumbangan dari peserta-perserta yang mewakili kelab masing-masing  kepada pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Falah berlangsung dengan jayanya.

Aku telah bernaung dibawah kelab Exora yang dikenali sebagai EOCM TGK CREW (EXORA OWNERS CLUB MALAYSIA TEAM GANU KITE).Ini merupakan kali pertama aku menyertai program bersama EOCM TGK Crew walaupun telah beberapa bulan mendaftar menjadi ahli EOCM.Disebabkan kekangan masa aku tidak berpeluang menyertai program sebelum ni.Walaupun kali pertama,alhamdulillah ahli-ahli EOCM TGK Crew menerima kehadiran orang baru macam aku dengan baik sekali.Terasa macam sudah lama kenal.Terima kasih kepada Chip EOCM TGK Crew dan semua ahli yang lain diatas layanan dan kesudian menerima kehadiran aku.Semoga kite jumpa lagi di program-program akan datang..

Pic:Keratan Akhbar Sinar Harian  17 September 2012

Pic:Keratan Akhbar Sinar Harian 19 September 2012
Pic:Keratan Akhbar Metro 17 September 2012



























No comments:

Post a Comment