Sunday, September 16, 2012

Etika Berkonvoi

Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian:


- Kereta Lead
- Marshall
- Sweeper
- Kereta Peserta

Kereta Lead
Pic:Google
1. Lead Car haruslah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi

2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak terlalu jauh

3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula

4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah

5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta

Marshall

Pic:Google
1. Sentiasa berhubung pandang dengan Kereta Lead (jika perlu)

2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead

3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain, biarkan kereta yang tidak dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi

4. Hubungi Kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan

Sweeper
Pic:Taip sweeper kat google kuar ni.huhuhuh
1. Berada di tengah-tengah semasa konvoi

2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana-mana untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan)

3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan

4. Memastikan konvoi tersusun


Kereta Peserta 
Pic:Google
1. Tidak dibenarkan memotong kecuali jika ada kecemasan
2. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat) 

3. Menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa 

4. Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan 


1. Perkara Am 
Pic:Google
Sebelum berkonvoi, buat pemeriksaan ke atas kereta anda seperti memastikan semua minyak cukup, tekanan tayar dan lain-lain dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapatlah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yang mungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2. Menyalakan lampu

Pic:Google
· Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda
· Semasa waktu malam nyalakan head light dan fog light anda
· Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama. Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan (memberhentikan / memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu adalah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3. Jangan mengikut kereta terlalu dekat

Pic:Google

Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amatlah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4. Membenarkan kenderaan lain mencelah

Pic:Google

Selalunya, peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan lain mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimanapun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut, menakut-nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan inginkan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatangkan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini. 

5. Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan

Pic:Google

Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan kemampuan kereta peserta. Tidak dinafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalu lintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang, di sisi berada dalam susunan. Jika kereta di belakang perlahan. Pastikan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh (perlahankan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

6. Berlaku Kecemasan atau Masalah

Pic:Google

Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan (atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7. Tenang
Pic:Google

Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar, tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

8. Keluar / Masuk Lebuhraya

Pic:Google
Ada yang menggunakan Touch N Go, Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini). Matikan double signal dan berikan signal perlahan-lahan masuk ke lane perlahan untuk meneruskan perjalanan.

9. Memotong
Pic:Google

Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang-undang jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.


10. Komunikasi

Pic:Google
          
Penggunaan radio iaitu walkie-talkie/mobile rig semasa konvoi adalah penting untuk memastikan setiap member berada dalam keadaan teratur dan selamat.

Semasa memandu, perbualan adalah di antara Zero Car, Marshall, Pace Car (Group Leader), Back Marker, Safety Car, Last Car atau Control mengikut mana yg telah dilantik oleh Komiti. Bagaimanapun, dlm perjalanan yg agak jauh melalui highway, member dibenarkan utk QSO pendek sahaja dari masa ke semasa, utk menghilangkan tahap ke’boring’an TETAPI bukan di dalam bandar/pekan, sebab ader maklumat/info penting yg akan disampaikan oleh marshall yg bertugas berkenaan dengan keadaan jalan atau kesesakan trafik semasa memandu.

11. Lampu Strobe & Sirens

Pic:Google


Dlm konvoi ini, sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan peralatan ini sama sekali oleh kerana kelab & individu tidak diberi kuasa/authority utk menggunakannya dari pihak berkuasa. Penggunaan peralatan ini akan membuatkan pengguna jalanraya yg lain akan panik & mengakibatkan kemalangan. Hanya lampu depan perlu dipasang semasa berada di dalam konvoi (bukannya hazard lights!!!).

12. Kelajuan

Pic:Google

Zero Car sebenarnya perlu berada dlm tempoh 20-30 saat di depan konvoi kerana peranannya adalah utk memastikan keadaan trafik berjalan lancar, & akan memberi laporan pada Control dan seterusnya kepada Marshall yg bertugas.

Zero akan perlahankan kelajuan SELEPAS tol dgn tujuan supaya group yg lain dpt memasuki semula di dlm barisan konvoi. Semua akan mencapai kelajuan konvoi yg dibenarkan setelah Last Car memberitahu kesemuanya melepasi tol. Perlu diingat, tidak perlu MEMBERHENTIKAN KENDERAAN selepas tol. Begitu juga perkara yg sama berlaku sekiranya konvoi berada di persimpangan lampu isyarat.

Bila berhampiran dengan tol atau lampu isyarat, konvoi boleh menggunakan lane yg berbeza, atas alasan untuk memendekkan masa, dan Pace Car (Group Leader) akan mengetuai semula groupnya ke dalam barisan konvoi tersebut.

13. Ketepatan masa

Pic:Google

Oleh kerana kita bergerak secara berkonvoi/berkumpulan dan masa perlu diikut seperti yg dirancang dan menunggu adalah tidak dibenarkan…….. LATE COMERS perlu mengejar konvoi atau terus menuju ke destinasi. Paling maksima yg boleh di tunggu pun adalah dalam 5-10 minit, kalau tak kita semua akan lewat & ini akan membuatkan imej/reputasi kelab terjejas, tambahan bila kelab menghadirkan diri atas jemputan pihak luar. So, please obey the rules & time!!!

Maklumat Penting:

Sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan, sesiapa pun TIDAK DIBENARKAN berhenti kecuali LAST CAR dan/atau SAFETY CAR …. ini adalah untuk keselamatan, sebab attitude dan mentality org Malaysia suka memberhentikan kereta dan menyibuk di lokasi kejadian, menyebabkan terjadinya kesesakan lalulintas & kemungkinan berlakunya kemalangan yg lain.

Konvoi yg lain sepatutnya perlu meneruskan perjalanan hingga ke destinasi terakhir. Last Car dan/atau Safety Car akan berada di lokasi kejadian & akan memberi laporan kepada Control berkenaan dgn situasi tersebut dari masa ke semasa sehinggalah kes selesai dan kembali menyertai konvoi, sekiranya perlu.

Jadi, minta kerjasama dari semua utk mematuhi arahan-arahan di atas supaya perjalanan konvoi pergi dan balik adalah selamat. Terima kasih.








2 comments:

  1. oooo...xpenah tau lak ade etika time konvoi ni..biase main potong2 aje mana yg lambat...nk tunggu yg belakang jgn harap..kite jumpe di rnr mana2

    ReplyDelete
  2. heehe.setahu saya mmg ada etika mas berkonvoi.tp sejauh mana ianya dipraktikkan saya kurag pasti.tapi pengalaman saya berkonvoi mmg mcm ni la lebih kurang etika nya..

    ReplyDelete