Sunday, September 30, 2012

Petua Untuk Sentiasa Ceria dan Bahagia



1. Jangan Takut dan Khuatir - Perasaan takut dan khuatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif. Sebahagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?

2. Jangan Menyimpan Dendam - Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.


3. Fokus Pada Satu Masalah - Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu persatu. Jangan cuba untuk menyelesaikan masalah sekaligus, kerana pasti akan membuat kita semakin stress.

4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda - Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Fikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan - Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil porsi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut justru itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri dengan porsi terbesar.

Sumber:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin




Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.

Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin

Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:

1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.

2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi 
   gangguan sihir.

4. Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين)  
   yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan  
   sihir kepada penyihir”.

5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) 
    kedua, berdoa macam tadi.

6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal 
    Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 
   dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir 
   dengan niat untuk memberi pengajaran”.

7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.

8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon 
    petunjuk melalui mimpi.


InsyaAllah berhasil….

Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah …


Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Kursus Fertigasi

Korang pernah dengar tak "Fertigasi"?Bukan gergasi la.Tapi fertigasi.Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar.Sebenarnya fertigasi merupakan satu teknik penaman yang digunakan dalam pertanian pada masa kini.Kaedah ini amat popular sekarang dan banyak dipraktikan oleh petani-petani moden.

Korang ingat tak suatu ketika dulu,orang duk sibuk pasal tanam sayur "Hidroponik".Masa tu boleh dikatakan semua rumah tak kira rumah teres ker,rumah pangsa ker (rumah flet),rumah rumah kos rendah ker  ada bekas hidroponik.Masing-masing sibuk tanam sayur seperti sawi, salad beberapa jenis tanaman lain .Lokasi yang biasa menjadi sasaran adalah kat belakang dan tepi rumah.Konsep penanaman yang tidak perlu menggunakan tanah tapi hanya menggunakan bekas yang mengandungi air telah menyebabkan  kaedah ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Tapi entah dimana silapnya,akhirnya fenomena kegilaan penduduk bumi terhadap hidroponik akhirnya berakhir.Bekas-bekas yang dulunya berisi dengan tanaman kini bertukar menjadi ladang menternak jentik-jentik yang seterusnya bertukar menjadi nyamuk Aedes.Nyamuk-nyamuk ini kemudianya meyerang penduduk bumi sehingga menyebabkan deman denggi!OK Stop!Apa yang aku merepek ni ntahlah.Siap nyamuk aedes bagai.Padahal nak citer pasal Fertigasi.


Hari berganti hari...

Minggu berganti minggu...

Bulan berganti bulan...

Tahun berganti tahun...

Setelah sekian lama kepupusan hidroponik.Sekarang muncul pulak fertigasi yang juga telah mencetuskan kegilaan dikalangan penduduk bumi khususnya petani moden.

Sebenarnya fertigasi ni tergolong dalam kumpulan hidroponik jugak iaitu penanaman tanpa tanah.Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan.

Kebiasaanya tanaman yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi adalah dari jenis tanaman bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi.Ini bukan bermaksud korang takleh tanam tanaman lain.Korang bebas nak tanam apa pun.Cuma tanaman yang aku sebut tadi merupakan tanaman pilihan utama bila menggunakan keadah fertigasi ni. 


Ada beberapa sebab kenapa penanaman kaedah fertigasi menjadi pilihan petani masa kini.Antaranya:

  • Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
  • Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
  • Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
  • Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
  • Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
  • Kualiti hasil yang lebih baik.
  • Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
  • Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
  • Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
  • Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
Aku sendiri sempat mengikuti kursus fertigasi selama 2 hari yang dianjurkan oleh GM Peladang.GM Peladang merupakan salah satu syarikat yang mempelopori pertanian kaedah fertigasi dan mempunyai beberapa ladang yang menggunakan kaedah ini.

Sepanjang 2 hari berkursus,aku telah diajar secara teori dan praktikal macam mane nak mengusahakan pertanian kaedah fertigasi.Pada sebelah pagi aku dan peserta lain telah diajar secara teori ilmu-ilmu berkaitan fertigasi.Apa yang kami belajar secara teori disebelah pagi akan dipraktikkan secara praktikal di ladang pada sebelah petangnya.

Walaupun kursus hanya 2 hari,aku rasa ianya sudah cukup bagus sebagai permulaan untuk mengenali dunia fertigasi.Jangan terkejut aku cakap,dengan kursus 2 hari ni,korang sudah mampu mengusahakan tanaman fertigasi sendiri sebenarnya.Rajin atau malas jer.Tapi buat masa ni aku sendiri belum persediaan nak mengusahakannya(ceh,cakap bergegar.diri sendiri pun malas).Mungkin suatu hari nanti,bila dah resign keje aku akan usahakan ladang fertigasi sendiri.Insyallah.













































Sumber:http://pcfarmsabah.blogspot.com/2009/01/apa-itu-fertigasi.html



Saturday, September 29, 2012

Tak Larat..

Minggu ni kesihatan aku agak merosot.Tak tau la kerana aku penat bekerja atau penyakit aku menyerang kembali.Badan aku rase lemah sangat,kepala pun hanyut jer.Sesekali aku rase macam susah nak bernafas.Kadang2 rase "seriau".Kadang2 perasaan "panic attack" ada jugak datang menyerang.Dan beberapa simptom lain.

Risau jugak aku bila simptom2 ni ada.Bimbang takut aku diserang kembali.Mintak2 jauh la."Ya Allah,Engkau lindungi aku dari gangguan "jin,iblis,syaitan,hikmat orang,tuju dan sihir",amin".

Harap lepas ni aku sihat balik.Insyallah.

Sunday, September 23, 2012

Alhamdulillah

Bismillah...


Ya Allah..Aku bersyukur kepadaMu diatas kesembuhan dan kesihatan yang semakin baik.Alhamdulillah..

Tension Menguasai Diri

Bismillah...
Pic:Google
Minggu ni memang banyak menguji kesabaran aku.Macam-macam masalah timbul.Kebanyakkan masalah berkaitan kerja.Bila dah banyak masalah,mula tension dan perasaan amarah menguasai diri.Sampaikan acap kali aku memaki hamun orang minggu ni.Bertambah macam tu jer dosa aku.Kalau masalah yang berbeza aku tak heran.Ni masalah sama yang berulang.Mana tak tension.Seolah-olah masalah ni takde jalan penyelesaian.

Jalan penyelesaian ada.Cuma orang yang sepatutnya tak memainkan peranan disebabkan sikap bodoh,sombong,bangang,ego atau memang tak reti buat keje!Setakat nak bergaya dengan pangkat dan jawatan baik RESIGN jer.Janganlah kerana sikap bodoh tuan puan habis menyusahkan orang lain sebab itu adalah perbuatan paling BANGANG dan mencetus api kemarahan orang lain.

Kalau tak tahu,tak faham tanye.Jangan la berlagak pandai!Kerana sikap "KEPANDAIAN" tuan puan telah menyusahkan banyak pihak!Silalah guna otak tuan puan dalam menjalankan tugas.Jangan simpan dalam setor rumah!

Sekian,terima kaseyyyy!!

Thursday, September 20, 2012

Aku vs SteadyCam

Pergh...Giler baru aku tahu "seksa" nak mampus guna SteadyCam.Sebelum ni aku tengok orang lain guna SteadyCam rileks jer.Tak nampak pun "keseksaan" di muka diorang tu.Bila aku sendiri yang guna hari ni,baru la aku tahu "keseksaan"nya.Dahlah berat,susah nak control pulak tu.Gambar pun apa lagi jadi "berombak" la.Cancel!Tak jadi aku nak operate menda alah ni untuk program MB hari sabtu ni.

Menda ni takde masalah.Cuma aku kene banyak praktis camne nak control SteadyCam ni.Memang takleh main tangkap muat!Lagi satu stamina pun kene kuat sebab menda alah ni berat.Kalau tak fitt macam aku ni memang masalah negara la.

Lepas ni aku kene masuk GYM,joging 20-30km sehari,berdiet macam atlet sukan Olimpik sebagai persiapan untuk operate SteadyCam.Hehehe.




Terawih@Masjid Shah Alam


Pic:Google

Semasa belajar di UiTM Shah Alam,aku telah menyewa rumah teras di Seksyen 18.Rumah ni merupakan rumah sewa ketiga aku selepas aku menyewa di Aparment Perdana Seksyen 13 dan  Apartment Baiduri Seksyen 16.Dirumah ni aku tinggal bersama beberapa orang rakan iaitu Mat Jawa (Pen.Penerbit RTM),Macha (Jurukamera Production House),Pekan (Student Sains Gunaan UiTM),Adeq (Student Sains Sukan UiTM) dan Pait (Student Sains Sukan UiTM).So,bila bulan puasa kami akan berbuka dan bersahur sama-sama.Kadang-kadang beli makanan luar balik makan kat rumah.Kadang-kadang kami memasak sendiri (aku la chef dibantu budak-budak rumah yang lain).Tapi sesekali ada juga kami berbuka puasa masing-masing.Yelah,ada yang nak berbuka dengan aweks,dengan kawan,dengan skandal,dengan itu,dengan ini macam-macam la..Hahahaa.

Malamnya kami akan ke masjid untuk berterawih.Aku dan budak-budak rumah berterawih di masjid berhampiran rumah.Nama masjid dah lupe.Area rumah sewa aku ni ada 3 masjid.Semua masjid ini penuh dengan jemaah yang datang berterawih.Aku hanya sempat beberapa kali jer berterawih di masjid sebelum mengambil keputusan lepak kat rumah.Sebabnya suasana di masjid tersebut yang terlalu ramai menyebabkan aku beberapa kali sembahyang di luar ruang solat.Bila dah ramai suasana menjadi panas.Tambah pulak budak-budak bising duk bermain kat luar/belakang.Hilang kosentrasi aku (orang bujang=MALAS sebenarnya).Huhuhu.

Budak-budak rumah aku pun sama dah tak pegi terawih dimasjid dekat rumah kami.Setiap malam mereka berterawih di Masjid Shah Alam.Aku pulak duk lepak rumah jer.Perghhhhh betapa MALASnya aku waktu tu.ada satu malam tu aku duk lepak atas motor luar rumah sambil isap rokok.Budak-budak umah aku balik terawih dari masjid Shah Alam.Diorang bercerita betapa bestnya solat terawih di masjid Shah Alam.Sebelum ni diorang pernah ajak aku berterawih kat sana.Aku tak pegi pun kerana keMALASAN yang melampu dalam diri aku ni.Tapi malam tu bila dengar diorg bercerita,aku rasa nak join berterawih kat sana.



Malam esoknya aku join Pait dan Pekan pegi terawih di Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz).Jarak masjid dari umah aku ada la dalam 2km gitu.Masa on the way atas motor tu dah terasa "aura" berterawih.Bila nampak masjid yang cantik bercahaya dari jauh lagi terasa "aura"nya.Memang aku rase bersemangat giler.Sampai di masjid,aku tengok ramainya orang datang berterawih kat sini.Satu benda yang aku ingat sampai sekarang,bila tengok sorang brother RXZ bersama awek dia datang berterawih (rasenya loving couple sebabnye jarang married couple naik RXZ ke masjid pulak tu).Dalam otak aku time tu,kan best klu aku leh jadi macam brother ni.Bawak awek berjemaah kat masjid.Heheeheh.

Semasa solat,aku leh rase satu ketenangan yang dah pernah aku rase sebelum ni.Memang susah aku nak describe perasaan ni.Dengan suasana masjid cantik,karpet yang tebal dan lembut,siap ada aircond,bacaan iman yang sungguh merdu,jemaah yang ramai aku rase macam bersolat di Mekah jer.Serius tak tipu.Memang aku tak rasenye macam solat di Malaysia.Suasana yang cukup tenang bagi aku.

Sejak pada malam tu,setiap malam aku tak pernah miss datang terawih di masjid ni.Walaupun aku berbuka di fakulti (kampus puncak perdana) yang agak jauh dari masjid shah alam.Selesai berbuka aku memecut menyusuri lebuhraya macam pelesit semata-mata nak berterawih di masjid.Memang aku dah "ketagih" terawih kat situ.Susah aku nak explain kat korang apa yang aku rase.Aku cadangkan korang pergi sendiri berterawih kat  masjid Shah Alam kalau ada peluang.Mungkin lepas tu korang aku faham ape yang aku citer kat korang ni.

Kadang2 rase jugak terkilan sebab 4 tahun aku duk Shah Alam,tahun ke-4 baru aku nak bersolat terawih kat  Masjid Shah Alam .Apsal dari awal2 dulu aku tak tergerak hati nak pegi solat terawih kat situ.Rugi sangat2 rasenye.

Sekarang aku dah balik kampung.Keje pun dah kat sini.Dah susah aku nak merasa kenikmatan dan ketenangan bersolat terawih di Masjid Shah Alam tu.Yela bila dah duk jauh memang payah ler.Tapi  aku berharap sangat bila ada masa dan peluang nanti,aku dapat kembali bersolat kat sana.Insyallah..

P/S:Entry ni aku tulis masa bulan pose aritu.Lupa nak post.heheheeh

Konvoi Amal Hari Malaysia (EOCM TGK CREW)

Alhamdulilah...Dengan izin Allah semalam aku telah berpeluang menyertai program Konvoi Amal Hari Malaysia anjuran sebuah kelab kereta utara tanahair yang dikenali sebagai NUCC (Northern United Car Club).Jauh dari utara mereka ni datang untuk menjayakan program amal di  Rumah Anak Yatim Darul Falah ,Bukit Payong Marang.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kelab-kelab kereta Terengganu seperti Kelab Myvi,Kelab Waja,Kelab Satria Neo,Kelab Exora,Kelab Alza,Kelab Avanva,Kelab Viva dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi.Lebih 300 peserta dan lebih 100 buah kenderaan terlibat dalam konvoi sempena Hari Malaysia ni.


Bagi memastikan kelancaran pergerakan konvoi bermula dari Masjid Terapung telah diiringi oleh 2 orang anggota trafik dari IPD Marang dibantu beberapa orang Marshall bermotosikal.

Majlis penyerahan sumbangan dari peserta-perserta yang mewakili kelab masing-masing  kepada pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Falah berlangsung dengan jayanya.

Aku telah bernaung dibawah kelab Exora yang dikenali sebagai EOCM TGK CREW (EXORA OWNERS CLUB MALAYSIA TEAM GANU KITE).Ini merupakan kali pertama aku menyertai program bersama EOCM TGK Crew walaupun telah beberapa bulan mendaftar menjadi ahli EOCM.Disebabkan kekangan masa aku tidak berpeluang menyertai program sebelum ni.Walaupun kali pertama,alhamdulillah ahli-ahli EOCM TGK Crew menerima kehadiran orang baru macam aku dengan baik sekali.Terasa macam sudah lama kenal.Terima kasih kepada Chip EOCM TGK Crew dan semua ahli yang lain diatas layanan dan kesudian menerima kehadiran aku.Semoga kite jumpa lagi di program-program akan datang..

Pic:Keratan Akhbar Sinar Harian  17 September 2012

Pic:Keratan Akhbar Sinar Harian 19 September 2012
Pic:Keratan Akhbar Metro 17 September 2012