Pic:Google
Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar ….. Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd...Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT dengan limpah kurniaNya aku berkesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 26 Oktober 2012 (Jumaat) bersamaan 10 Zulhijjah 1433H.
Pic:Google
Alhamdulillah dengan izinNya,kesihatan aku berada ditahap yang memberansangkan jika dibandingkan tahun lepas.Sekarang aku sudah mampu mengukir senyuman,bergumbira dan ceria dalam menjalani kehidupan.Namun disebalik kenikmatan yang dikurniakan,aku tidak lupa dengan tanggungajawab kepada Maha Pencipta.Amalan-amalan seharian yang aku amalkan sepanjang dua tahun kebelangkaan ni terus dipraktikkan.Aku harap ianya terus menjadi amalan selama-lamanya.
Okey..Berbalik kepada kisah Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali Raya Qurban atau lebih dikenali dengan panggilan Raya Haji,aku dan keluarga menyambut hari kebesaran dengan sederhana sahaja.Tiada ibadah korban dibuat oleh keluarga aku sejak beberapa tahun ni.Selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid,aku dan keluarga menziarah pusara arwah to'ki (datuk) di tanah perkuburan masjid.
Kemudian aku sekeluarga telah dipelawa oleh emak kawan aku (emak yang) untuk bersarapan dirumahnya.Menu pagi ni adalah "Nasi Teboli".Memang terbaik.Terima kasih tuan rumah.Perjalanan diteruskan ke kampung halaman di Kampung Bukit Merbau,Selising,Pasir Putih,Kelantan.Tahun ni aku sekeluargabalik beraya di Kelantan memandangkan pakcik aku buat korban kat sini.
Alhamdulilah,setelah menempuh perjalanan 2 1/2jam aku sekeluarga selamat sampai di kampung halaman.Suasana disini agak meriah dengan kehadiran sedara mara yang balik bercuti.Riuh rendah dengan suara sepupu-sepupu yang masih kecil.Aktiviti hari ni sekadar melepak layan kerenah budak-budak,makan,minum.sembang dan pergi ke majlis kesyukuran jiran sebelah rumah.Nama pun Raya Haji.So aktiviti banyak tertumpu dirumah tidak seperti Raya Puasa masing-masing bergerak pergi beraya.
Lepas solat isya,selesai main mercun, aku sekeluarga bertolak balik semula ke Kuala Terengganu.Syok juga bila sesekali berkumpul sanak saudara ni.Dapat mengeratkan hubungan silaturahim yang agak renggang disebabkan jarang berjumpa kerana masing sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.Jadi bila hari kebesaran macam ni la peluang untuk berkumpul kerana masing-masing akan balik bercuti.
Lafaz Takbir Raya:
a. Takbir umum:
Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar ….. Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd.
b. Bacaan lengkap:
Allaahu akbaru kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa,… wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa. Laa – ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal – kaafiruun. Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah. Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd
No comments:
Post a Comment