Tuesday, October 9, 2012

PANDUAN AM MARSHALL & PERSEDIAAN SEBELUM BERKONVOI

Sedikit Panduan untuk semua ahli sebagai pengetahuan/makluman umum.


Panduan dan Etika Konvoi 

MARSHAL berkereta di bahagikan kepada sepuluh (10) bahagian: 

1. ZERO Marshal 
2. CONTROL Marshal 
3. KONVOI Marshal 
4. SWEEPER / HOT CAR Marshal 
5. TEAM LEADER Marshal 
6. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal 
7. Kereta Peserta 
8. BACK MARKER Marshal 
9. MEDIK Marshal 
10. MEKANIK Marshal 

ZERO MARSHAL

ZERO bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. ZERO juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan CONTROL, BM, SP, & HC untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. ZERO mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada CONTROL, BM, SP dan HC untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. ZERO mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada CONTROL, SP, & HC untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong ZERO kecuali diberi arahan sebaliknye. 

CONTROL MARSHAL

CONTROL adalah penolong kepada ZERO. CONTROL mestilah mengagihkan semua arahan kepada TL. Jika ZERO tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, CONTROL mestilah mengambil alih tugas ZERO seperti yang diarahkan oleh ZERO. CONTROL mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua TL untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga. 

KONVOI MARSHAL

Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu). Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yang tidak berada di dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan. 

SWEEPER @ HOT CAR MARSHAL

SP/HC – Bilangan kenderaan SP/HC bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari ZERO dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. SP/HC akan sentiasa memberikan pertolongan kepada ZERO dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada ZERO bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya SP/HC dibenarkan untuk berada dihadapan ZERO jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah menberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka. 

TL dipertugaskan untuk memastikan semua ahli konvoi yang dipertanggungjawabkan menerima arahan. TL hanya menerima arahan cari CONTROL. 

ATL dipertanggungjawabkan untuk membantu TL dalam menguruskan ahli masing-masing. ATL hanya menerima arahan dari TL. Dalam keadaan yang tidak dijangka, jika TL tidak dapat menjalankan tanggunjawab, ATL akan mengambil alih tugas TL. 

KERETA PESERTA

Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan. 
Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat) 
Menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa 
Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan. 
Flash kan lampu jika ada kecemasan. 

BACK MARKER MARSHAL

BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi kecuali SP atau HC. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada ZERO pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecehan dalam barisan konvoi. 

Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari TL/ATL. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, CONTROL akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari ZERO. 

Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada ZERO, CONTROL, BM & SP/HC dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi. 

Sewaktu Perlepasan

Semua kenderaan mestilah dalam keadaan berdaftar, rekod bersih dan mempunyai permit yang sah sebelum berlepas. Pastikan kenderaan anda mempunyai minyak yang penuh, periksa minyak enjin dan air radiator sebelum bermula dan pastikan ianye boleh menamatkan perjalanan konvoi. Pastikan datang awal sebelum waktu pelepasan. Ini akan memberikan pihak urusan masa untuk memberi penerangan ringkas sekali tanpa mengulanginye untuk ahli yang dating lewat. Sila pastikan yang ada melapik perut anda sebelum dating ke tempat pelepasan untuk mengelakkan rasa lapar dan kurang tenaga. 

Semasa Konvoi 

Kepada semua kenderaan konvoi biasa, apabila berada dalam konvoi, hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya. Jikalau tersekat di lampu merah, jangan risau, ada SP/HC akan menemani ada untuk berkumpul semula dalam barisan konvoi dihadapan. Apabila konvoi mendekati lampu merah, sila penuhkan lorong-lorong yang sedia ada. Ini adalah bagi memastikan yang semua orang boleh melepasi lampu merah. Cara ini boleh juga digunakan semasa mendekati Plaza Tol. Jika kenderaan awam hendak memintas anda, sila berikan laluan kepada mereka kerana mereka mungkin hendak cepat akan tetapi anda tidak, jadi biarkan mereka. Sila berikan isyarat lampu kepada kenderaan di hadapan anda yang ada kenderaan awam hendak memintas kenderaan konvoi. Jangan sesekali berada dalam keadaan bumper ke bumper bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini kecuali berdekatan dengan persimpangan. Peringatan jangan sesekali mancelah komunikasi konvoi kerana ini akan menbuatkan konvoi berada dalam keadaan kelam-kabut. 

Jika hendak membuat perhentian sementara (mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan), anda hendaklah memberitahu kepada TL/ATL dahulu. Jangan keluar dari barisan konvoi sesuka hati kerana barisan konvoi lain akan mengikuti anda! Tunggu untuk TL/ATL untuk memberikan lampu hijau untuk pergi. ZERO will instruct SP/HC untuk menolong anda keluar dari barisan konvoi. Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda berada dalam barisan yang sepatutnye dari mula hingga akhir. Sentiasa ingat kenderaan yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Sentiasa bersabar. Disiplinkan diri anda semasa berada dalam posisi masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki posisi barisan anda selepas traffic light dan tol tetapi jangan tergesa-gesa kerana ada banayak masa untuk anda berbaris semula di posisi anda. 

Peraturan² Di Jalanraya 

Barisan konvoi mestilah tidak mendominasi jalan raya. Jika ada yang hendak memintas sila beri kerjasama dan lepaskan mereka memintas. 
Jika konvoi berhenti pastikan yang semua kenderaan berada di bahu jalan dan bukan di atas jalan raya. 

Memintas/Memotong Kenderaan 

Hanya dibenarkan apabila diarahkan. 

Memecut 

Sentiasa berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik. 
Kenderaan Ketua haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana, setiap pemandu haruslah bertanggungjawab memastikan yang kenderaan dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi. 

Tip untuk ZERO dan CONTROL 

Adakan meeting untuk menerangkan laluan dan destinasi kepada semua pemandu. 

Sila sediakan arahan atau map kepada setiap pemandu sebelum mulakan perjalanan. 

Jika konvoi mempunyai barisan kenderaan yang banyak, adalah digalakkan untuk memecahkan konvoi dalam beberapa kumpulan dengan di ketuai oleh TL/ATL. 

Jika boleh dapatkan senarai infomasi setiap kenderaan dengan pemandu dan pemunpangnye sekali. 

Pemeriksaan kenderaan secara terperinci

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa harus kita buat pemeriksaan terperinci terhadap kenderaan kita. Pemeriksaan ini amatlah penting demi keselamatan pemandu dan kestabilan kenderaan. Ini kerana jika berlaku kecelakaan disebabkan kecuaian pemeriksaan kenderaan sewaktu menjalankan konvoi, ia amatlah merbahaya kepada ahli kumpulan konvoi yang lain. Oleh kerena itu pemeriksaan terperinci amatlah penting dan dipandang serius. Mungkin kalau kita ada pun kenderaan mekanik kecemasan, bukan semua alat ganti yang mereka simpan dalam simpanan mereka. 

Ianye amatlah bagus kalau anda membuat pemeriksaan sendiri atau menghantar kenderaan anda ke Pusat Servis untuk tujuan pemeriksaan dan membaiki bahagian-bahagian yang perlu dia baiki. 

Contohnye seperti: 

1. Minyak enjin (Engine Oil) 
2. Penapis minyak (Oil Filter) 
3. Air bateri (Battery Fluid) 
4. Radiator, cecair kolan dan hos (Radiator, Hose and Coolant) 
5. Cecair Brek (Break Fluid) 
6. Pelapik brek (Break Pad) 
7. Pum Brek (Break Pump) 
8. Disk brek (Disc Break) 
9. Pum clutch (Clutch Pump) 
10. Cecair Clutch (Clutch Fluid) 
11. Cecair Power Streering (Power Steering Fluid) 
12. Pum dan tali power steering (Power steering pump and belt) 
13. Penghawa dingin (Air-Condition) 
14. Air cuci cermin (Windows Washer Fluid) 
15. Tayar (Tyre) 
16. Tekanan Tayar (Tyre Pressure) 
17. Tayar Sokongan (Spare Tyre) 
18. Lampu Suluhan dan Lampu Hadapan (Front Spot and Headlamp) 
19. Lampu Belakang (Rear lamp) 
20. Peti Kecemasan (First Aid Kit) 
21. Peralatan piawaian (Standard Tool Kit) 
22. Peralatan Sokongan (Standard Jack) 
23. Bilah pengelap (Wiper Blade) 



UNTUK MARSHALL:

1.Apakah peranan paling utama setiap marshall?

-Ketahanan mental dan fizikal
-Menjaga keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalan raya yg lain.. kedua2nya mesti dititik beratkan.
-Kelengkapan diri (Ilmu, Pakaian dan lain2..)
-Mentaklimatkan peserta dan Marshall yg dilantik (bg ketua Marshall..)

2.Marshall terdiri kepada berapa?

- Leader
- Runner
- Sweeper

* Runner plak ade 2..

- satu menjaga barisan
- satu lagi bersama leader untuk membuka jalan jika diarahkan leader..

3.Apakah yg boleh dan tidak boleh dilakukan oleh marshall ketika didalam berkonvoi?

*Boleh..
-Mengarahkan peserta konvoi agar tidak terputus dari line konvoi..
-Menghalang kenderaan lain dari memasuki line konvoi
(sekiranya beliau berdegil, izinkan beliau mendahului konvoi.)
- Lebih kurang macam pengawas kat sekolah..

*Tak boleh..
-Melanggar lampu isyarat sesuka hati kecuali mempunyai sebab2 kukuh atau tertentu..
-Menghalang @ mengganggu pengguna jalan raya yg lain..
-Berkelakuan ghairah ketika menunggang..
-Angkuh.. mementingkan diri..
-Memotong kenderaan lain sesuka hati..

4.Apakah tujuan marshall diwujudkan?
-Melancarkan perjalanan konvoi (Lebih bagus jika dibantu Polis Eskot)

5.Apakah peranan Marshall terhadap ahli konvoi dan sebaliknya?
*Peranan Marshall terhadap ahli konvoi
-Menjaga konvoi dan memastikan peserta tidak berkelakuan luar jangkaan..
*Peranan peserta terhadap Marshall
*Mematuhi syarat2 yg telah ditetapkan dan arahan yg dikeluarkan oleh marshall.

7.Apakah tindak balas ahli2 konvoi apabila ketua konvoi memberi isyarat?
-Menyampaikan isyarat sehingga pengetahuan peserta terakhir dengan jelas..

Input untuk peserta

1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa jaga jarak antara kenderaan yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong.

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Marshall yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk menghalau kenderaan lain. (Tetapi tidak kerap / selalu)

9. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat(merah atau berhenti). Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat.

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya memandu dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkankenderaan anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan pemandu lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan kenderaan beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai.

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan secukupnya dari aspek keselamatan.

DAN MACAM-MACAM LAGI.
SEMUGA INI AKAN DAPAT DIJADIKAN PANDUAN AWAL SERTA PERSEDIAAN UNTUK APA-APA AKTIVITI BERKONVOI.

SELAMAT BERKONVOI!!!

Sumber: Copy & paste dari Forum KPMM (Komuniti Pemilik MPV Malaysia)

No comments:

Post a Comment