Sunday, October 21, 2012

Realiti & Fantasi

Walaupun aku ni dulu merupakan pelajar dalam bidang perfileman,kadang-kadang aku masih jugak tertipu dengan keseronokan kehidupan rekaan yang ditonjolkan dalam drama atau filem.Bila tengok bagaimana bestnya life yang dilalui watak-watak tu membuatkan aku rasa bestnya kalau aku dapat hidup macam watak-watak ni.Hidup yang penuh keceriaan dan kegembiraan.Kalau ada masalah pun kejap jer.Lepas tu mesti boleh settle dan akhirnya happy ending.Perghhhh..bestnya kalau aku dapat hidup macam tu..

Hoiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!Sila bangun dan sedarkan diri anda.Itu semua lakonan semata-mata.Hakikatnya dalam dunia ni mana ada kehidupan sebijik macam dalam drama atau filem tu.Takde nya sama 100%!Macam orang selalu cakap.Hidup ni macam roda.Kejap kita kat atas.Kejap kita kat bawah.Itu realitinya.So,terimalah hakikatnya.

Walaupun kehidupan watak-watak tu adalah rekaan semata-mata,sesekali best jugak mengelamun dan berkhayal dengan kehidupan dongeng tu.Sekurang-kurangnya dapatlah aku hilangkan stress dalam kepala ni.

Apapun aku tetap bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui sekarang ni.Walaupun tak seindah kehidupan dalam drama atau filem,tapi aku berpijak didunia yang nyata.Dunia realiti.Bukan didunia fantasi yang direka oleh pengarah-pengarah drama atau filem untuk menarik perhatian audion (penonton) untuk menonton agar mereka boleh untung.

Ada sesetengah orang sanggup hidup dalam kehipokritan (ada ke dalam kamus ayat macam ni) semata-mata untuk tunjuk pada orang luar yang hidup dia la paling "best"sekali!Ermmmm..Lantak korang la.Asal aku berpijak dibumi yang nyata sudah.








No comments:

Post a Comment