KAEDAH YANG PERLU DILAKUKAN SEWAKTU HENDAK TIDUR (mengikut tertib cadangan):
1. Berwudhuk (termasuklah bersugi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur)
2. Sapu tempat pembaringan dengan tangan, kain ataupun apa-apa yang
sesuai sambil membaca Bismillah.
3. (Setelah duduk di katil/ tempat tidur) Ucapkan dua kalimah syahadah
4. Berselawat ke atas Nabi
5. Membaca “A’uzhubillah...”, Al-Fatihah dan Ayat Kursi
6. Tadah tangan seperti berdoa. Tiup kedua-duanya. (Cara meniup yang
dianjurkan- Hembus perlahan-lahan sehingga habis satu nafas)
7. Baca 3 Qul mengikut tertib (yang dahulu didahulukan).
8. Sapukan tapak tangan ke kepala, muka dan seluruh tubuh. (Langkah 5
hingga 7 elok diulang 3 kali)
9. Tidur dengan berbaring menghadap ke sebelah kanan.
RASIONAL AMALAN INI (antaranya):
1. Dapat pahala.
2. Disukai Allah dan Rasul.
3. Anggota badan bersih.
4. Mengelakkan/ mengurangkan gangguan jin dan sihir.
5. Melancarkan pergerakan jantung dan sistem badan seluruhnya kerana
jantung di sebelah kiri dalam dada tidak terhimpit.
6. Kuasa dalaman yang ada pada tapak tangan dapat dialirkan ke seluruh
tubuh.
7. Sebagai langkah berjaga-jaga dengan memeriksa tempat pembaringan dan
seluruh tubuh kalau-kalau ada sesuatu seperti serangga, benda tajam,
kekotoran dan sebagainya.
8. Menambahkan kecintaan kepada Rasulullah kerana mempraktikkan
sunnahnya.
9. Membuatkan Iblis, syaitan, jin-jin jahat dan tukang-tukang sihir (semuanya
musuh-musuh Allah) kecewa.
10. Mengelakkan daripada tertindih jin yang mungkin sedang beristirehat di
atas tempat pembaringan kita.
No comments:
Post a Comment