Thursday, January 26, 2012

Kisah Yang merubah Hidupku.........

Ramai kawan-kawan tanye aku sakit ape sebenarnya.Jadi untuk enrty kali ni,aku akan bercerita tentang penyakit yang aku alami dan macam mane kisahnya bermula.

Kejadian berlaku  pada 25 Oktober 2010 (lebih kurang pukul 8.20 malam) semasa aku sedang memandu kereta.Lokasi kejadian adalah di persimpangan lampu isyarat Kg.Bukit berhadapan SK Kg Bukit.Ketika ini,aku dalam perjalanan untuk menghantar adik perempuan aku ke tempat tuisyen di perumahan YPK Chendering.

Ketika aku menghampiri persimpangan,tiba-tiba penglihatan aku menjadi silau akibat terkena pancaran lampu dari kenderaan dari arah bertentangan.Sebelum ini,aku tidak pernah menghadapi masalah silau.Pada masa yang sama,aku memberitahu adik aku tentang masalah silau ini.Adik aku suruh membuat pemeriksaan mata bila ada kelapangan nanti.Mungkin sudah sampai masanya untuk aku memakai cermin mata pada fikiran aku.

Sebaik sahaja aku berhenti dipersimpangan,tiba-tiba kepala aku(bahagian atas sebelah kanan) terasa sakit seolah-olah ditusuk sesuatu.Selepas itu kepala aku menjadi kebas. Rasa kebas ini bergerak dari kepala ke seluruh badan hingga ke kaki. Ketika rasa kebas ini melalui bahagian dada,dengan tiba-tiba jantung aku berdenyut kencang (seolah-olah baru lepas berlari marathon).Keadaan in menyebabkan pernafasan aku menjadi kencang dan pendek sehingga sukar bernafas. Rasa kebas ini juga menyebabkan tubuh aku menjadi sejuk dan mengigil.

Dalam keadaan panik , aku terus memecut kereta ke klinik berdekatan.Ketika ini keadaan aku amat lemah,penglihatan kurang jelas dan sukar bernafas(tercungap-cungap).Aku sempat berpesan kepada adik aku supaya memakai "seatbelt" just in case takut aku hilang kawalan    .Sampai di klinik(Klinik Ehsan depan masjid terapung),keadaan aku sudah kembali pulih.Badan aku sudah tidak merasa kebas dan mengigil.Pernafasan aku pun sudah kembali normal.Cuma masa ni perut aku tetiba kembung sambil aku tak boleh nak duduk.Tekak lak terasa dahaga amat sangat.Aku pun dipanggil masuk ke bilik doktor untuk pemeriksaan. Doktor telah membuat pemeriksaan (termasuk pemeriksaan jantung melalui kaedah ECG).Hasil dari pemeriksaan doktor pengesahan aku sihat.Aku dibekalkan beberapa jenis ubat (kebanyakkan ubat berkaitan jantung) sebagai langkah berjaga-jaga.

Keadaan ini menyebabkan timbul perasaan  pelik tentang apa yang aku alami sebentar tadi.Tapi aku ada perasan satu benda semasa doktor memeriksa aku tadi.Tetiba aku terasa  panas pada bahagian dada ke atas.Seolah-olah panas cili kering.Aku dah mula syak,mesti ada benda lain ni. Aku telah meminta bantuan seorang rakan untuk membawa aku pulang ke rumah dari klinik kerana tidak lagi mampu memandu .

Keesokkan harinya, aku telah ke klinik (klinik lain) sekali lagi untuk membuat pemeriksaan. Tapi doktor yang memeriksa turut mengesahkan aku sihat. Bermula hari itu,boleh dikatakan setiap minggu aku menjalani pemeriksaan di klinik (berlainan) termasuk berjumpa pakar jantung (membuat stress test).Tapi semua hasil pemeriksaan, mengesahkan aku sihat.

Seminggu selepas kejadian, aku mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Badan aku mula berasa lemah, kepala terasa pening/hanyut (pernah suatu ketika terpaksa solat dalam keadaan duduk.sekarang dah boleh solat berdiri),kesukaran bernafas,berdebar-debar hingga sukar bernafas (doktor ada bekalkan aku ubat yang dikenali sebagai Propanolol untuk memperlahankan denyutan jantung),perut sentiasa kembung (telah beberapa dirujuk kepada klinik pakar hospital,namun tiada perubahan),takut (berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas) apabila berada ditempat orang ramai walaupun tidak sampai sepuluh orang,takut bila berseorangan (termasuk tidur dalam bilik),tidak mampu untuk memandu/menunggang kereta atau motosikal (berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas sekiranya cube berbuat demikian),kadang-kadang fikiran menjadi serabut dan celaru,sering gelisah dan tidak senang duduk,tidak dapat menumpukan perhatian,takut apabila mendengar berita kematian,tidak mampu menaiki kenderaan untuk tempoh yang lama (paling lama 1 jam) kerana berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas,pernah suatu ketika hilang selera makan hingga berat badan turun,semput dan pelbagai lagi.

Aku telah mendapatkan rawatan (alternative) daripada beberapa perawat perubatan Islam (setakat ini 31 orang semuanya) bagi mengubati penyakit yang dialami. Namun perubahan yang dialami agak perlahan/sedikit. Malah ada diantara perawat-perawat yang aku temui,buntu dengan penyakit yang aku alami kerana telah banyak kali  mereka menjalankan rawatan,tapi masih belum ada perubahan/perubahan yang berlaku amat  sedikit.Keadaan ini benar-benar menguji kesabaran mereka sebagai perawat kerana pada kebiasaannya setelah menjalani 2-3 kali rawatan,pesakit akan menunjukkan perubahan positif.Tetapi keadaan ini tidak berlaku kepada aku.

Tidak dapat dinafikan,kadang-kadang timbul kekecewaan dalam diri aku apabila melihat sesetengah perawat yang nampak bingung dengan penyakit aku ni.Namun,aku kuatkan semangat  dan cuba untuk tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan ni kerana aku yakin setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap kejadian yang berlaku.

Kebanyakkan perawat yang ditemui mengatakan aku telah disihir oleh orang yang aku kenali (lebih tepat kawan)..Mereka mengatakan punca aku disihir adalah kerana dengki dan cemburu.Tapi sejauh mana kebenarannya aku kurang pasti.Bila difikirkan balik,macam boleh dipercayai sebabnya hampir kesemua perawat yang ditemui memberikan pendapat yang sama.Aku sendiri tidak pasti siapakah dikalangan kawan-kawan yang sanggup bertindak sekejam ni.Semoga Allah membalas perbuatan mereka ini dan diberikan petunjuk agar kembali ke pangkal jalan.Insyallah..

Disamping mendapatkan rawatan moden dan alternatif,aku turut membaca Yassin dan solat hajat setiap malam,berzikir disamping mengamalkan bacaan ayat-ayat seperti 3 Kul,Ayat Kursi dan ayat-ayat yang diberikan perawat sebagainya sebagai salah satu ikhtiar.

Alhamdulillah,walaupun keadaan aku tidak sembuh sepenuhnya sekurang-kurangnya sekarang aku sudah mampu solat dalam keadaan berdiri seperti biasa,sudah ada selera makan,berani bersendirian dan kadang kala boleh duduk dikhalayak ramai walaupun untuk jangka masa singkat.Perubahan yang berlaku telah memberikan suntikan semangat untuk meneruskan kehidupan ni.

Buat masa kini,aku masih meneruskan rawatan samaada kaedah moden dan alternatif.Aku yakin dan percaya,apabila tiba masanya nanti dengan izin Allah aku akan sembuh.Insyallah.Apa yang aku perlu buat sekarang ni adalah terus berusaha,tidak berputus asa serta berdoa padaNya mudah-mudahan segala usaha aku ini membuahkan hasil.. 

Disebabkan penyakit yang dialami,"sosial life" aku berubah sama sekali.Sekarang aku tidak lagi  mampu membuat aktiviti luar seperti melepak kawan-kawan,ronda-ronda dan sebagainya.Aku terpaksa mengharapkan bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan sekiranya aku perlu kemana-mana seperti mendapatkan rawatan dan sebagainya disebabkan aku tidak lagi mampu memandu kereta atau menunggang motosikal.Setiap kali cuba untuk menunggang atau memandu,aku jadi susah nak bernafas.Seolah-olah saluran pernafasan aku ditutup.Jantung aku akan berdebar-debar.Badan menjadi lemah sangat-sangat.Berpeluh-peluh dan macam-macam lagi.Itulah yang akan berlaku setiap kali aku cuba untuk untuk menunggang atau memandu.


Keadaan ini kadang-kadang membuatkan aku terfikir bahawa aku mungkin tidak lagi dapat menunggang atau memandu seperti dulu.Memang stress bila memikirkan hal ni.Tapi,apa kan daya aku.Semua ni sudah suratan takdir dan aku harus menerima kenyataan ini dengan tenang dan tabah.Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian ni. 


Jadi kehidupan aku sekarang banyak dihabiskan masa dirumah.Jauh berbeza dengan kehidupan aku sebelum ni sentiasa aktif dan jarang berada dirumah.Sekarang aku banyak menghabiskan masa dengan melayari internet mencari maklumat-maklumat untuk mengubati penyakit aku.


Semoga apa yang aku ceritakan ini mampu menjawab persoalan korang semua.Dikesempatan ini aku memohon maaf sekiranya ada membuat salah silap.Aku jugak ingin memohon jasa baik korang semua doakan aku agar sihat seperti dulu.Terimakasih..


48 comments:

  1. Salam,apa yg saudara,ceritakan mirip kisah saya,saya dh alaminya sejak 3 thn lepas.insya allah,jika saudara nk kongsi,email sy di epin9726@gmail.com,atau di 012-5600166

    ReplyDelete
  2. wslm dan salam kembali..kebetulan pulak ye kisah kite sama..mungkin kite boleh berkongsi cerita selepas ni.anda boleh add saya di fb https://www.facebook.com/TRG5353.
    jangan lupe pm dulu untuk saya sbbnya skerang saya terpaksa memilih org yg ingin menjadi rakan fb.ianya setelah apa yg berlaku saya terpaksa bertindak demikian..apepun insyallah mudah-mudahan kite dapat berjumpa di lain masa.

    ReplyDelete
  3. saya baru mengalami kebas di atas kepala tadi bila bangun tidur... bile saya pegang mcm tak boleh nak rasa atas kepala... saya garu2 pun masih tak dapat nak rasa gak. adakah saya kena sihir jgak? joseph.diana21@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu saya kurang pasti kerana saya bukan perawat.tp saya nasihatkan anda mendapatkan rawatan dari doktor terlebih dahulu.kemudian jika doktor mengesahkan anda sihat mungkin anda boleh mendaptkan rawatan alternaitf.terima kasih

      Delete
  4. www.doktergaul.com/blog/pecahnya-pembuluh-darah-di-dalam-otak/1007.html#_

    Mungkinkah?syafakallah

    ReplyDelete
  5. Panic disorder..sy pun mengalaminya..dah setahun lebih..cuba dapatkan khidmat psikiatrik...insyaallah..kite mempunyai penyakit yg same..

    ReplyDelete
  6. sy sedang mengalami rs yg sama huhuhu...

    ReplyDelete
  7. Sy pun sdg mengalami masalah yg sama...mula2 kena mata jadi kabur mcm nak pitam...skrg ni bw kete dkt2 je..

    ReplyDelete
  8. Mdh2an Allah smbuhkan kita semua.

    ReplyDelete
  9. Sy pun sdg mengalami masalah yg sama...mula2 kena mata jadi kabur mcm nak pitam...skrg ni bw kete dkt2 je..

    ReplyDelete
  10. Sy pun sdg mengalami masalah yg sama...mula2 kena mata jadi kabur mcm nak pitam...skrg ni bw kete dkt2 je..

    ReplyDelete
  11. Sy jadi kes ni msa tgah solat raya tahun ni. malam raya saya x dpt tidor dengn lena, mungkin sbb sy minum nescfe. waktu pagi sy x breakfast, hnya minum air teh shj. Waktu solat sy mula prasan semua tuh. Fikiran sy mula pikir bukan, sy ingt time tu mmg ajal sy. Keaadan mkin cemas . Jntung laju, kebas seluruh badan, badan lemah,
    Masa tahiyat akhir, sy terus menyucap2, berderai air mata saya. Minta ampun smbil menanges2. Keaadan kelam kabut dlam masjid. Ada sorg mk cik ckap biar dia duduk . Mungkin ada shir, tpi sy mcm x pikirkn benda tu akan jadi dekat sy.
    dalam fikiran sy, Ya Allah Ampun kn dosa2 smbil menanges2 ketakutan.

    Lepas tu saya d kejarkn ke hospital besar bahiyah(kecemasan)

    Doktor ckap sy punya kes sbb gestrik melampau,
    sememangnya sy mmg ada gestrik pain tpi kali nj doktor sahkn sy mempunya gestrik yg melampau.

    Tpi sy masih mushkil.

    ReplyDelete
  12. Sy jadi kes ni msa tgah solat raya tahun ni. malam raya saya x dpt tidor dengn lena, mungkin sbb sy minum nescfe. waktu pagi sy x breakfast, hnya minum air teh shj. Waktu solat sy mula prasan semua tuh. Fikiran sy mula pikir bukan, sy ingt time tu mmg ajal sy. Keaadan mkin cemas . Jntung laju, kebas seluruh badan, badan lemah,
    Masa tahiyat akhir, sy terus menyucap2, berderai air mata saya. Minta ampun smbil menanges2. Keaadan kelam kabut dlam masjid. Ada sorg mk cik ckap biar dia duduk . Mungkin ada shir, tpi sy mcm x pikirkn benda tu akan jadi dekat sy.
    dalam fikiran sy, Ya Allah Ampun kn dosa2 smbil menanges2 ketakutan.

    Lepas tu saya d kejarkn ke hospital besar bahiyah(kecemasan)

    Doktor ckap sy punya kes sbb gestrik melampau,
    sememangnya sy mmg ada gestrik pain tpi kali nj doktor sahkn sy mempunya gestrik yg melampau.

    Tpi sy masih mushkil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enter your reply...kamu masih rasa benda tu? sebab sy skarg menghadapi benda yg sama

      Delete
  13. Salam cuba cek penyakit GERD dan anxiety diorder..tu la penyakit dia..sy kbe mende ni dekat 20 taun..seksaaaaa...ye simtom dia mmg mcm tu..sabar je laaaa...

    ReplyDelete
  14. azlan bakar... tak faham penyakit tu.. boleh explain?

    ReplyDelete
  15. Sya pun mengalami penyakit yg sma. .masa tu tgh ddk tgk tv,,tiba2 degupan jantung yg laju membuatkan sya rase panik. .masa tu sya peluk anak2 sya dan mengucap pjg. .dan terus ke dapur minum minum air seberapa byk. .lepas beberapa jam dr tu kepala sya kebas. .sya sudah refer penyakit sya ni pada doc pakar. .tp hasil nya doc cuma ckp awk perlu rehat yg cukup. .memandangkan anak masih kecil2 sya kuatkan semangat layan penyakit ni. .sya cuba berlagak tiada apa yg jadi . .tp hanya boleh bertahan lbh kurang 1 jam. .lepas tu jd x bermaya. .pernah sekali hantar anak sekolah nyaris2 pitam waktu drive. .hanya selawat dan zikir je mulut ni xhenti2. .tmbh2 lgi bila suami xde kat rumah g kje,,mmg perasaan jd runsing, takut ,resah, mcm2 ade kt kepala ni risau takut ape2 berlaku kt sya nnt anak2 mcm mn. .hampir setahun dh sye alami sakit ni. .mudah2 an sembuh kan penyakit ni dr kita semua. .insyallah. .hanya allah yg maha mengetahui. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis, sy mengalami sakit yg sama, myebabkn sy susah tidur dgn lena, sis pun mengalami masalah yg sama ke?

      Delete
  16. Sya pun mengalami penyakit yg sma. .masa tu tgh ddk tgk tv,,tiba2 degupan jantung yg laju membuatkan sya rase panik. .masa tu sya peluk anak2 sya dan mengucap pjg. .dan terus ke dapur minum minum air seberapa byk. .lepas beberapa jam dr tu kepala sya kebas. .sya sudah refer penyakit sya ni pada doc pakar. .tp hasil nya doc cuma ckp awk perlu rehat yg cukup. .memandangkan anak masih kecil2 sya kuatkan semangat layan penyakit ni. .sya cuba berlagak tiada apa yg jadi . .tp hanya boleh bertahan lbh kurang 1 jam. .lepas tu jd x bermaya. .pernah sekali hantar anak sekolah nyaris2 pitam waktu drive. .hanya selawat dan zikir je mulut ni xhenti2. .tmbh2 lgi bila suami xde kat rumah g kje,,mmg perasaan jd runsing, takut ,resah, mcm2 ade kt kepala ni risau takut ape2 berlaku kt sya nnt anak2 mcm mn. .hampir setahun dh sye alami sakit ni. .mudah2 an sembuh kan penyakit ni dr kita semua. .insyallah. .hanya allah yg maha mengetahui. .

    ReplyDelete
  17. Saya juga dah dekat setahun.. Dah cuba rawatan moden tp dr ckp xda apa2 darah jantung semua ok.. Cuba perubatan islam rasa mcm ok skit.. Lps tu jadi balik.. Mata kabur badan jd lemah melampau.. Mohon sapa2 tay jalan perubatan yg sesuai email ke saya hafizanabuhassan@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Bismillah....saya dah setahun mengalami sakit seperti ini....umur skg dah 30....pertama kali kena time selesai makan dan merokok diaebuah kedai....selesai jer trus rasa nak pitam,muntah,sesak nafas....pastu masuk kpj...doc kata ok....pergi rawatan urut...diorang kata sumbat...pastu dah mula main kebas bahu,sengal di dada kiri dan sesak nafas....pergi berubat di darul syifa...diorang kata xda apa...pasti teruk masuk kpj lg....setahun 4 kali masuk kpj smpai buat sleep study,eco,injo dan semua lerrr...doc kata tak da apa cuma panic attack...pastu sejak 2 3 bulan nie smpai skg panas dah mula panas dalam, urat kepala dah mcm tarik2 dan penglihatan mula kabur...saya dah mula pakai spek mata...td hantar anak sekolah tiba2 rasa pening2 nak muntah...pastu dada kebas2...cuba tenangkan diri tidur 10 minit baru oke...gi jumpa doc...dia kata xda apa....saya dah tak tau naknkata apa...tolong saya...dah lebih 30 orang ustaz dan doc saya pergi....sakig still ada lagi....bantulah saya putraying@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit kute same..sy da nk masuk 3 tahun...2tahun pertama mmg teruk smpaikan berhenti keje..mmg x boleh buat pape.hnye duk rumah je mampu itu pun perlu ada teman.kalau xde perasaan lain mcm akn kite rase..tp alhamdulillah akhir tahun 2017 sy ade terjumpa penawar gerd Anxiety dlm google.nama ubat tu gas out n lycorbic..tnpa buang masa sy wasap penjual tu dan tnye ttng ubat tu.n skrg da dkt 5 bulan sy amal ubt tu dan hasilnya skrg sakit sy yg dulu dah makin berkurang..hanya tinggal saki baki je lg.sy da mula boleh kerja,keluar jalan2 n dpt beriadah bersama keluarga.nk dibandingkan kondisi sy taun2 yg sudah hanya allah saje yg tau bertapa lrmahnye sy..sy bersyukur sngt2 apabila da dikembalikan keceriaan sy yg dulu..alhamdulillah..kalau tuan bermnt untuk dapatkan penawar tu boleh wasap sy.6t sy bg no tel yg jual ubat tu..same2 kite kongsi untuk kesihatan bersama..

      Delete
  19. Bismillah....saya dah setahun mengalami sakit seperti ini....umur skg dah 30....pertama kali kena time selesai makan dan merokok diaebuah kedai....selesai jer trus rasa nak pitam,muntah,sesak nafas....pastu masuk kpj...doc kata ok....pergi rawatan urut...diorang kata sumbat...pastu dah mula main kebas bahu,sengal di dada kiri dan sesak nafas....pergi berubat di darul syifa...diorang kata xda apa...pasti teruk masuk kpj lg....setahun 4 kali masuk kpj smpai buat sleep study,eco,injo dan semua lerrr...doc kata tak da apa cuma panic attack...pastu sejak 2 3 bulan nie smpai skg panas dah mula panas dalam, urat kepala dah mcm tarik2 dan penglihatan mula kabur...saya dah mula pakai spek mata...td hantar anak sekolah tiba2 rasa pening2 nak muntah...pastu dada kebas2...cuba tenangkan diri tidur 10 minit baru oke...gi jumpa doc...dia kata xda apa....saya dah tak tau naknkata apa...tolong saya...dah lebih 30 orang ustaz dan doc saya pergi....sakig still ada lagi....bantulah saya putraying@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kes mcm saya. Kita buat group whatsapp la.. Bincang klu boleh selesai. 0182316113 Faizo

      Delete
  20. saya pun saya terkena mcm simptom silau sampai kena vertigo rasa mcm xstabil bila berjalan da dua bulan terkena...bulan ni bari rujuk dr pakar ent

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum .ingatkan sy sorang jer ada penyakit camni ..ramai rupa2nyer .smuanya sama ngn sy ..hihi ...dlu masa first kena doc check smua,jantung ,darah ,tiroid ..tapi kputusan smua ok ..last2 dia bagi ubat stress ..adoiii ..sbnarnya mslh kita ni ,trlintas jee kt fkiran pasal nk rebah ,tiba2 jadi dgn sdri kan ..hahah..mslh sy ni ,angin gastrik,msa dlu2 suka minum kopi uncang,tp perut ksong stiap pagi ..smakin teruk la gstrik ..suka tido lewat..brjaga malam .sibuk esemen .suka main fon n laptop dlm gelap..yg kabur mata siang hari tu sbb ni lah ..kikiki ..suka fkir bukan2 ..mental x kuat ,fkiran negatif ..cuba tnggalkn smua tabiat2 tuu ..insyaallahh ada jalannya jika kita ubah..sy hmpir 2 tahun dah camni .lpas tu sy sdri prasan mana silapnya ..mmg sah lah kita sdri yg cri penyakit ..sy tglkn smua dan keadaan sy ada prubahan .hati pn rasa mcm selesa.lega ..yang penting bljar tidur awal ,bangun awal ,lpas asar jgn tido ..klau nk main fon bukak lampu dulu ,jgn dlm gelap ..game dlm fon bahaya,kita jd mcm brmimpi ..sntiasa trmenung,kemurungan ..makan stiap wktu .air putih byk2 .mkn syur2,buah2an ..sntiasa sibukkan diri dgn kerja ringan .petang2 kluarkn peluh brsih hlaman rumah ..slalu brinteraksi dgn kwan2 atau fmly .klau rsa xbleh kuar ,ajk kwan dtg rmh ..msa nafas xlega tu kita buat2 tarik nfas lega .kita pn lega ..alhmdulillah .sjak ubah apa yg patut ,ada perubahan ..maaf pnjg skit .kgsi pngalamn..huhu .sentiasa Ingat Allah ,Solat 5 wktu jgn tgl ..stiap mlm bca quran ..

    ReplyDelete
  22. Saya dah setahun hadapi.. MRI dah buat. Doctor kata normal. Ape perlu saya buat adalah tenangkn diri. Jumpa ustaz. Sbb saya rasa ni gangguang makhluk

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...hampir serupa kisah sy dan kebanyakan reviewer post ini. Sudah dekat 5 tahun sy mengalami panic attack ni..cuba sekarang ni ada pulak rasa yg lain...kebas2 kaki,tangan dan badan...mcm2 jenis ubat psikiatri doktor dah cuba dan seperti biasa doktor katakan yg ubat tidak boleh merawat penyakit ni...mohon selalu agar Allah SWT sembuhkan penyakit ni dr kita semua dan tiada komplikasi lain yg seiring dengannya.
    ~Khairul (017-4995146)

    ReplyDelete
  24. Sama, sy pun rasa benda yg sama mcm saudara.. Kembung dan angin byk dlm badan, berdebar gelisah, pening hilang imbangan, gelisah, pedih ulu hati. Dah 9 bln tapi ni ada kurang sikit, tapi masih ada..dan sakit ni mcm xleh buat keja apa, prestasi menurun. Ya allah. Sembuhkan lah kita semua..

    ReplyDelete
  25. Aminn..Assalam..saya pun sama baru lepas bersalin.. lepas tu ada satu malam t8ba2 drh tinggi naik mkn ubat terus berdegup jntung.mkin lama makin laju.dlm hatinigt nk mati mintk maaf suma..mmg tkut masa tu Allah je tau.tambah igt anak kecik..lepastu tib2 kebas satu bdn susah nafas mnggigil sekrg anak dah 3 bulan lbh tp kepala masih kebas dan skit berat..mata silau..bila jd mcm ni apa pun xboleh buat..segala tggjwb trabai rasa down..sedih kat suami dan anak terabai.. mcm2 dah pergi ustaz kata bykn berzkir dan sntiasa igt Allah..itulah bila pkir bila nak sembuh.kalau dtg kebas sgt msti nk kluar air mata sdih tkut smua ada.. saya ingt sy seorg pykit ni..lupa sy nk ckp saya buat mri buah pingg.otak.jntung smua ok.syukur pd.Allah.tp sllu bermain di pkiran sy adakah aku mti dlm tiba2 sbb kurg oksigen di kepla sebagainya...itulah mainan syaitan buat kita down.. sy bru balik dr pusas td katanya ada mslh tulg belkg xsupplyboksigen ke otak. Smgo kita semua cpt sembuh dan hidup sprti sediakala... aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcmna sis skrg dah sembuh ka..sy pn sdg alami mcm sis

      Delete
  26. same pon kena benda yg sane dah 3taun jadi mcm ni 012-6640462 utk tahu cara mengatasi nyer.free jer.anda mampu mengubahnyer.nak cite kat cini xsmepat.just baca semua review anda ..huhu

    ReplyDelete
  27. benda ni klu kite bace kat seluruh dunia kena....tapi jgn risau.bukan sakit jantung or what ever yg bahaya.just perlukan rawatan rohani dan jasmani utk mengatasi nyer.sekian

    ReplyDelete
  28. Saya pun mungkin kena umur bru 25 tahun....ni still treatment diagnost.. lepas ni appointment pinjam holter monitor 24 hour n scan buah pinggang..sekarang saya makan ubat darah tinggi 10mg...smasa saya kena satu masa tu cek tekanan darah 220/150 ...anxiety boleh menyebabkan tekanan darah naik ke?

    ReplyDelete
  29. Sama la kita..saya hadapi smua..sakit sama..cuma bezza..skg saya rasa bingung,macam alam mmpi otak tempat lain hanyut n berada di tempat lain..susah nk cakap bagi yg x kena..kawan pon tgk ingat kita mngada..tp serius..kadang rasa dah x smangat nk hidup..hanya iman je penguat utk terus melawan sakit ni..

    ReplyDelete
  30. Saya pun juga mcm ni...sebab gastrik.... gerd... penyakit modern yg mengubah life hidup seseorang... alhamdulilah kita kena byk positif drp negatif....bykkan ubah gaya hidup...

    ReplyDelete
  31. Saya ambil buscopan... N pantang makan. Nes memang tak boleh langsung.sebab nanti kembung..

    ReplyDelete
  32. Simtom yang sama. 3x kena. 1997-2015-2019
    - Badan penat atau Musclepain.
    - Rasa nak muntah
    - Angin mcm nak keluar tapi tak lepas sendawa.
    - Perut kembung
    - Rasa nak berak
    - Kebas pipi
    - kebas dada
    - Kemudian tangan kiri kanan kebas
    - last sekali kaki kebas
    Duduk atas lantai sandar dinding. Kalau tengah drive, naik motor, tengah keje & buat aktiviti yg boleh bahaya kan org lain... Sila lah duduk atas lantai dan sandar untuk elak terjatuh dan concussion. Whatsapp saya untuk info lanjut: 0196935683

    ReplyDelete
  33. Ye..hampir sama kisah kita..saya ada gerd dan anxiety

    ReplyDelete