Thursday, October 11, 2012

Special Entry: Wangian Raja Ga & Wan Teck

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Okey,entry kali ni aku buat khas untuk kawan opis aku,Wan Tek dan Raja Ga.Kesian jugak tengok diorang siang tadi mintak tolong aku tulis entry untuk diorang.Diorang berdua ni sebenarnya jual produk wangian untuk kereta,rumah dan personal.Salah satu strategi marketing diorang suruh promote dalam blog aku.

Ceh,motiffff suruh promote dalam ni.Diorang bajet blog aku ni ramai follower ker?Ada 11 orang jer la.Huhuhuh.Blog aku bukan hebat macam blog honeykoyuki (Fatin Liyana) atau inibelogaku (Hanis Zalikha).Blog-blog memamg ramai giler follower.Klu promote,insyalllah akan ramai yang beli.Ni promote kat blog aku yang ntah ada orang baca tak tahu.

Tapi no hal la.Demi tak nak mengecewakan permintaan dan harapan kawan-kawan aku promote kat dalam ni.Okey,wangian yang diorang jual memang wangi.Dah minyak wangi memanglah wangi kan?Klu tak wangi takde lah orang panggil minyak wangi.Heheheeh.Stop!Kembali ke pangkal jalan.Serius wangian yang diorang jual ni memang wangi giler.Tadi aku beli 1 letak kat meja.Satu opis bau wangi.Memang segar baunya.Wangian ni bukan jenis yang campur2 macam wangian tiruan cap ayam tu.Ni dia punya isi memang pati.Pekat.Sekali sentuh memang kuat giler baunye.Apa yang penting harga yang murah iaitu RM10 sahaja (SEPULUH RINGGIT SAHAJA).Murahkan?Bagi aku kira berbaloi la beli sebab barang memang berkualiti.Mana nak dapat beb barang bagus dengan harga murah.Payah lol..

Kat bawah ni adalah produk-produk yang diorang jual.Tengoklah yea.Klu berminat leh la PM kat FB aku atau email di trg5353@yahoo.com.
Yang jenis aromaterapi.korang kena bakar "kon2" ni baru kuar bau.
Setiap "kon" mampu bertahan 1/2jam
Wangian untuk perempuan.Lelaki pun leh pakai klu jenis tak malu.hahaah
Yang ni untuk lelaki

Yang ni wangian untuk rumah@kereta.Bau dia memang wangi giler.
Yang ni la aku letak kat meja opis.



Sebenarnya banyak lagi produk lain.Tapi yang tengah "hot" 4 item ni la.So,cepat-cepat beli.Jangan lepas peluang untuk dapat barang ter"hot" di abab ni.Hehehe.Insyallah aku yakin korang takkan menyesal klu beli.Selamat mencuba.


Terbaekkkk abg mat kite.beli 2 botol terus



Bagus untuk ketenangan jiwa yang kacau bilau.hehehe

Tuesday, October 9, 2012

ADAB-ADAB TIDUR MENGIKUT SUNNAH

KAEDAH YANG PERLU DILAKUKAN SEWAKTU HENDAK TIDUR (mengikut tertib cadangan):

1. Berwudhuk (termasuklah bersugi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur)

2. Sapu tempat pembaringan dengan tangan, kain ataupun apa-apa yang  
    sesuai sambil membaca Bismillah.

3. (Setelah duduk di katil/ tempat tidur) Ucapkan dua kalimah syahadah

4. Berselawat ke atas Nabi

5. Membaca “A’uzhubillah...”, Al-Fatihah dan Ayat Kursi

6. Tadah tangan seperti berdoa. Tiup kedua-duanya. (Cara meniup yang  
    dianjurkan- Hembus perlahan-lahan sehingga habis satu nafas)

7. Baca 3 Qul mengikut tertib (yang dahulu didahulukan).

8. Sapukan tapak tangan ke kepala, muka dan seluruh tubuh. (Langkah 5 
    hingga 7 elok diulang 3 kali)

9. Tidur dengan berbaring menghadap ke sebelah kanan.

RASIONAL AMALAN INI (antaranya):

1. Dapat pahala.

2. Disukai Allah dan Rasul.

3. Anggota badan bersih.

4. Mengelakkan/ mengurangkan gangguan jin dan sihir.

5. Melancarkan pergerakan jantung dan sistem badan seluruhnya kerana 
    jantung di sebelah kiri dalam dada tidak terhimpit.

6. Kuasa dalaman yang ada pada tapak tangan dapat dialirkan ke seluruh  
    tubuh.

7. Sebagai langkah berjaga-jaga dengan memeriksa tempat pembaringan dan 
    seluruh tubuh kalau-kalau ada sesuatu seperti serangga, benda tajam, 
    kekotoran dan sebagainya.

8. Menambahkan kecintaan kepada Rasulullah kerana mempraktikkan 
    sunnahnya.

9. Membuatkan Iblis, syaitan, jin-jin jahat dan tukang-tukang sihir (semuanya   
    musuh-musuh Allah) kecewa.

10. Mengelakkan daripada tertindih jin yang mungkin sedang beristirehat di 
     atas tempat pembaringan kita.

PANDUAN AM MARSHALL & PERSEDIAAN SEBELUM BERKONVOI

Sedikit Panduan untuk semua ahli sebagai pengetahuan/makluman umum.


Panduan dan Etika Konvoi 

MARSHAL berkereta di bahagikan kepada sepuluh (10) bahagian: 

1. ZERO Marshal 
2. CONTROL Marshal 
3. KONVOI Marshal 
4. SWEEPER / HOT CAR Marshal 
5. TEAM LEADER Marshal 
6. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal 
7. Kereta Peserta 
8. BACK MARKER Marshal 
9. MEDIK Marshal 
10. MEKANIK Marshal 

ZERO MARSHAL

ZERO bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. ZERO juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan CONTROL, BM, SP, & HC untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. ZERO mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada CONTROL, BM, SP dan HC untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. ZERO mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada CONTROL, SP, & HC untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong ZERO kecuali diberi arahan sebaliknye. 

CONTROL MARSHAL

CONTROL adalah penolong kepada ZERO. CONTROL mestilah mengagihkan semua arahan kepada TL. Jika ZERO tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, CONTROL mestilah mengambil alih tugas ZERO seperti yang diarahkan oleh ZERO. CONTROL mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua TL untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga. 

KONVOI MARSHAL

Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu). Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yang tidak berada di dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan. 

SWEEPER @ HOT CAR MARSHAL

SP/HC – Bilangan kenderaan SP/HC bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari ZERO dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. SP/HC akan sentiasa memberikan pertolongan kepada ZERO dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada ZERO bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya SP/HC dibenarkan untuk berada dihadapan ZERO jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah menberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka. 

TL dipertugaskan untuk memastikan semua ahli konvoi yang dipertanggungjawabkan menerima arahan. TL hanya menerima arahan cari CONTROL. 

ATL dipertanggungjawabkan untuk membantu TL dalam menguruskan ahli masing-masing. ATL hanya menerima arahan dari TL. Dalam keadaan yang tidak dijangka, jika TL tidak dapat menjalankan tanggunjawab, ATL akan mengambil alih tugas TL. 

KERETA PESERTA

Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan. 
Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat) 
Menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa 
Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan. 
Flash kan lampu jika ada kecemasan. 

BACK MARKER MARSHAL

BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi kecuali SP atau HC. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada ZERO pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecehan dalam barisan konvoi. 

Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari TL/ATL. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, CONTROL akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari ZERO. 

Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada ZERO, CONTROL, BM & SP/HC dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi. 

Sewaktu Perlepasan

Semua kenderaan mestilah dalam keadaan berdaftar, rekod bersih dan mempunyai permit yang sah sebelum berlepas. Pastikan kenderaan anda mempunyai minyak yang penuh, periksa minyak enjin dan air radiator sebelum bermula dan pastikan ianye boleh menamatkan perjalanan konvoi. Pastikan datang awal sebelum waktu pelepasan. Ini akan memberikan pihak urusan masa untuk memberi penerangan ringkas sekali tanpa mengulanginye untuk ahli yang dating lewat. Sila pastikan yang ada melapik perut anda sebelum dating ke tempat pelepasan untuk mengelakkan rasa lapar dan kurang tenaga. 

Semasa Konvoi 

Kepada semua kenderaan konvoi biasa, apabila berada dalam konvoi, hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya. Jikalau tersekat di lampu merah, jangan risau, ada SP/HC akan menemani ada untuk berkumpul semula dalam barisan konvoi dihadapan. Apabila konvoi mendekati lampu merah, sila penuhkan lorong-lorong yang sedia ada. Ini adalah bagi memastikan yang semua orang boleh melepasi lampu merah. Cara ini boleh juga digunakan semasa mendekati Plaza Tol. Jika kenderaan awam hendak memintas anda, sila berikan laluan kepada mereka kerana mereka mungkin hendak cepat akan tetapi anda tidak, jadi biarkan mereka. Sila berikan isyarat lampu kepada kenderaan di hadapan anda yang ada kenderaan awam hendak memintas kenderaan konvoi. Jangan sesekali berada dalam keadaan bumper ke bumper bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini kecuali berdekatan dengan persimpangan. Peringatan jangan sesekali mancelah komunikasi konvoi kerana ini akan menbuatkan konvoi berada dalam keadaan kelam-kabut. 

Jika hendak membuat perhentian sementara (mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan), anda hendaklah memberitahu kepada TL/ATL dahulu. Jangan keluar dari barisan konvoi sesuka hati kerana barisan konvoi lain akan mengikuti anda! Tunggu untuk TL/ATL untuk memberikan lampu hijau untuk pergi. ZERO will instruct SP/HC untuk menolong anda keluar dari barisan konvoi. Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda berada dalam barisan yang sepatutnye dari mula hingga akhir. Sentiasa ingat kenderaan yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Sentiasa bersabar. Disiplinkan diri anda semasa berada dalam posisi masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki posisi barisan anda selepas traffic light dan tol tetapi jangan tergesa-gesa kerana ada banayak masa untuk anda berbaris semula di posisi anda. 

Peraturan² Di Jalanraya 

Barisan konvoi mestilah tidak mendominasi jalan raya. Jika ada yang hendak memintas sila beri kerjasama dan lepaskan mereka memintas. 
Jika konvoi berhenti pastikan yang semua kenderaan berada di bahu jalan dan bukan di atas jalan raya. 

Memintas/Memotong Kenderaan 

Hanya dibenarkan apabila diarahkan. 

Memecut 

Sentiasa berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik. 
Kenderaan Ketua haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana, setiap pemandu haruslah bertanggungjawab memastikan yang kenderaan dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi. 

Tip untuk ZERO dan CONTROL 

Adakan meeting untuk menerangkan laluan dan destinasi kepada semua pemandu. 

Sila sediakan arahan atau map kepada setiap pemandu sebelum mulakan perjalanan. 

Jika konvoi mempunyai barisan kenderaan yang banyak, adalah digalakkan untuk memecahkan konvoi dalam beberapa kumpulan dengan di ketuai oleh TL/ATL. 

Jika boleh dapatkan senarai infomasi setiap kenderaan dengan pemandu dan pemunpangnye sekali. 

Pemeriksaan kenderaan secara terperinci

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa harus kita buat pemeriksaan terperinci terhadap kenderaan kita. Pemeriksaan ini amatlah penting demi keselamatan pemandu dan kestabilan kenderaan. Ini kerana jika berlaku kecelakaan disebabkan kecuaian pemeriksaan kenderaan sewaktu menjalankan konvoi, ia amatlah merbahaya kepada ahli kumpulan konvoi yang lain. Oleh kerena itu pemeriksaan terperinci amatlah penting dan dipandang serius. Mungkin kalau kita ada pun kenderaan mekanik kecemasan, bukan semua alat ganti yang mereka simpan dalam simpanan mereka. 

Ianye amatlah bagus kalau anda membuat pemeriksaan sendiri atau menghantar kenderaan anda ke Pusat Servis untuk tujuan pemeriksaan dan membaiki bahagian-bahagian yang perlu dia baiki. 

Contohnye seperti: 

1. Minyak enjin (Engine Oil) 
2. Penapis minyak (Oil Filter) 
3. Air bateri (Battery Fluid) 
4. Radiator, cecair kolan dan hos (Radiator, Hose and Coolant) 
5. Cecair Brek (Break Fluid) 
6. Pelapik brek (Break Pad) 
7. Pum Brek (Break Pump) 
8. Disk brek (Disc Break) 
9. Pum clutch (Clutch Pump) 
10. Cecair Clutch (Clutch Fluid) 
11. Cecair Power Streering (Power Steering Fluid) 
12. Pum dan tali power steering (Power steering pump and belt) 
13. Penghawa dingin (Air-Condition) 
14. Air cuci cermin (Windows Washer Fluid) 
15. Tayar (Tyre) 
16. Tekanan Tayar (Tyre Pressure) 
17. Tayar Sokongan (Spare Tyre) 
18. Lampu Suluhan dan Lampu Hadapan (Front Spot and Headlamp) 
19. Lampu Belakang (Rear lamp) 
20. Peti Kecemasan (First Aid Kit) 
21. Peralatan piawaian (Standard Tool Kit) 
22. Peralatan Sokongan (Standard Jack) 
23. Bilah pengelap (Wiper Blade) 



UNTUK MARSHALL:

1.Apakah peranan paling utama setiap marshall?

-Ketahanan mental dan fizikal
-Menjaga keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalan raya yg lain.. kedua2nya mesti dititik beratkan.
-Kelengkapan diri (Ilmu, Pakaian dan lain2..)
-Mentaklimatkan peserta dan Marshall yg dilantik (bg ketua Marshall..)

2.Marshall terdiri kepada berapa?

- Leader
- Runner
- Sweeper

* Runner plak ade 2..

- satu menjaga barisan
- satu lagi bersama leader untuk membuka jalan jika diarahkan leader..

3.Apakah yg boleh dan tidak boleh dilakukan oleh marshall ketika didalam berkonvoi?

*Boleh..
-Mengarahkan peserta konvoi agar tidak terputus dari line konvoi..
-Menghalang kenderaan lain dari memasuki line konvoi
(sekiranya beliau berdegil, izinkan beliau mendahului konvoi.)
- Lebih kurang macam pengawas kat sekolah..

*Tak boleh..
-Melanggar lampu isyarat sesuka hati kecuali mempunyai sebab2 kukuh atau tertentu..
-Menghalang @ mengganggu pengguna jalan raya yg lain..
-Berkelakuan ghairah ketika menunggang..
-Angkuh.. mementingkan diri..
-Memotong kenderaan lain sesuka hati..

4.Apakah tujuan marshall diwujudkan?
-Melancarkan perjalanan konvoi (Lebih bagus jika dibantu Polis Eskot)

5.Apakah peranan Marshall terhadap ahli konvoi dan sebaliknya?
*Peranan Marshall terhadap ahli konvoi
-Menjaga konvoi dan memastikan peserta tidak berkelakuan luar jangkaan..
*Peranan peserta terhadap Marshall
*Mematuhi syarat2 yg telah ditetapkan dan arahan yg dikeluarkan oleh marshall.

7.Apakah tindak balas ahli2 konvoi apabila ketua konvoi memberi isyarat?
-Menyampaikan isyarat sehingga pengetahuan peserta terakhir dengan jelas..

Input untuk peserta

1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa jaga jarak antara kenderaan yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong.

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Marshall yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk menghalau kenderaan lain. (Tetapi tidak kerap / selalu)

9. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat(merah atau berhenti). Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat.

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya memandu dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkankenderaan anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan pemandu lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan kenderaan beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai.

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan secukupnya dari aspek keselamatan.

DAN MACAM-MACAM LAGI.
SEMUGA INI AKAN DAPAT DIJADIKAN PANDUAN AWAL SERTA PERSEDIAAN UNTUK APA-APA AKTIVITI BERKONVOI.

SELAMAT BERKONVOI!!!

Sumber: Copy & paste dari Forum KPMM (Komuniti Pemilik MPV Malaysia)

Monday, October 8, 2012

Kekasih Gelapku



Ungu - Kekasih Gelapku Lirik



Ku mencintaimu, lebih dari apapun

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu

Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ooh...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..



Aku yakin korang mesti tahu lirik lagu kat atas ni kan?Lagu ni sangat popular beberapa tahun dulu.Kat radio 1 hari ntah berapa puluh kali leh dengar DJ pasang lagu ni.Anak2 muda siang malam duk nyanyi lagu ni.Ada jugak yang guna lagu ni sebagai ring tone nset.Maklumlah lagu tengah top.Klu tak layan rase ketinggalan pulak.


Aku sendiri pun tak terlepas dari dilanda gelombang tsunami lagu ni dulu.Zaman2 "gelapku" dulu.Aku suka layan lagu ni sebab liriknya macam ada la kene mengena skit dengan life aku."Kekasih Gelapku",korang faham tak apa yang dimaksudkan dengan tajuk lagu ni?Aku ni bukan la pandai dalam bab2 lagu ni.Tapi bila selalu sangat layan lama2 aku dah berjaya mencipta satu teori pasal tajuk lagu ni.Tak tau la teori aku ni betul ke tak.Sekadar teori aku jer ni.

Pic:Google

Bagi aku,"Kekasih Gelapku" merujuk kepada satu pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta.Namun disebalik kisah cinta mereka ni sebenarnya mereka sudah milik pasangan masing2.Mereka tahu kisah cinta mereka tidak akan kekal selama-lamanya kerana pengakhirannya mereka akan kembali bersama pasangan masing2.Begitulah lebih kurang aku dapat describe pasal tajuk lagu ni.Aku tak sure korang faham ke tak apa yang cuba aku bagitau ni.Harap korang faham la ye.Atau korang cube layan videoklip lagu ni dengan penuh perasaan dan penghayatan.Rasenya mungkin korang akan faham la apa yang aku citer tadi.
Pic:Google
Apa kaitan lagu ni dengan life aku?Dulu masa zaman kegelapan aku pun pernah terjebak dalam kisah cinta macam ni.Bukan dengan seorang.Tapi dengan beberapa orang perempuan.Aku sendiri pun tak tau macamane aku leh terlibat dalam permasalah ni.Korang jangan cop aku playboy or buaya didarat sebab aku yakin dan pasti aku bukan spesis macam tu.Dan menda ni berlaku tanpa dirancang dan aku tak pernah terfikir pun nak buat macam tu.Serius!
Pic:Google
Meh aku cerita secara ringkas.Dulu aku ada beberapa kawan perempuan yang sangat baik dengan aku.Mereka ni masing2 sudah ada pakwe.Mereka menjalani kisah cinta bersama pakwe masing2 macam loving couple lain.Tapi,bila mereka tak bersama pakwe mereka banyak menghabiskan masa dengan aku.Bermanja2 dengan aku.Keluar minum@makan dengan aku.Ada diantara mereka ni pernah peluk dan cium aku.Kadang2 merajuk dan cemburu macam kami loving couple.Dalam satu hari salah seorang dari mereka ni akan menghabiskan masa dengan aku.Baik siang atau malam.Esoknya dengan orang lain pulak.Macam tu la hari2.
Pic:Google
Sometime aku dan mereka semua spend time together2.Lepak2,makan2,minum2 (minum minuman halal ye) dan sembang2 kosong.Pernah jugak jadi mereka cemburu antara satu sama lain bila ada diantara mereka lebih2 bermanja dengan aku.Mula la ada yang merajuk sampai menangis bagai.Jenuh aku nak pujuk.Klu orang luar tengok mesti ingat loving couple.Dan pernah terjadi jiran2 dan kawan2 ingat mereka2 ni aweks aku.
Pic:Google

Memang tak nafi lama2 wujud rasa kasih dan sayang diantara kami.Tapi masing2 sedia maklum yang kami tak mungkin akan dapat bersama selamanya.Tak mungkin salah seorang dari kami akan berkahwin sesama sendiri.Itu pasti.Dipendekan cerita tamat pengajian,kami masing2 bawa haluan hidup masing dan berakhirlah kisah kami semua.
Pic:Google
Tamat sudah cerita aku.Sama tak kisah aku dengan tajuk lagu?Ada la skit2 kan.Korang tak yah nak berkasih gelap ni.Buat karen jer.Klu betul nak berkasih carilah kekasih cerah.Maksud aku kekasih sejati yang mampu memberikan kebahagian hingga ke jinjang pelamin dan selama-lamanya.Bukan kebahagian sekerat jalan.Lepas tu masing2 pendam rasa.
Pic:Google

Macam tu lah kisah aku ketika zaman "kegelapan" dulu.Dulu la.Sekarang tak lagi.Aku dah kembali ke pangkal jalan.Semua tu aku dah buang jauh2.Biarlah ia kekal sebagai kenangan jer.
Pic;Google
Aku nak pesan janganlah korang follow lifestyle zaman "kegelapan" aku dulu.Sebab semua tu indah khabar dari rupa.Betul best hidup dikelilingi perempuan.Tapi ingatlah semua tu DOSA.Aku bersyukur pada Allah masih diberi kesempatan kembali ke pangkal jalan dan diberi perlindungan dari tersesat jauh dengan keseronokkan duniawi.

Yang baik jadikan tauladan.Yang buruk jadikan sempadan.

Aku mintak maaf jika ada yang kurang senang atau tersinggung dengan entry aku kali ni.

Sunday, October 7, 2012

Perawat Ke-36

Alhamdulillah..Dengan izin Allah,baru-baru ni aku telah mendapatkan rawatan dengan seorang perawat di area Kelab Golf Tok Jembal,K.Terengganu.Nama perawat ni En.Zaimi.Kalau nak tahu En.Zaimi ni merupakan perawat ke 36 yang aku jumpe sepanjang hampir 2 tahun aku sakit (25.10.2012-genap 2 tahun).Aku tahu pasal En.Zaimi pun dari mak sedara aku.Dia pernah mendapatkan rawatan dengan En.Zaimi sebelum ni.Berubat anak dia (sepupu aku).

So,seperti yang telah dipersetujui,aku pegi ke rumah En.Zaimi.Proses rawatan dilakukan dengan bacaan ayat suci Al-Quran kemudian ditiup pada tubuh aku dan barang-barang yang aku bawak seperti 
garam kasar,lada hitam,limau nipis,limau purut dan air mineral.

En.Zaimi turut mengesahkan memang aku mengalami gangguan seperti mana  cakap perawat-perawat sebelum ini.Tapi buat masa sekarang,En.Zaimi tak dapat mengesahkan punca gangguan ni berlaku samada dari sihir atau tak disebabkan kesihatan beliau tidak mengizinkan.

Aku berharap usaha aku berikthiar dengan perawat ke 36 ini akan menunjukkan kesan positif dengan izin Allah.Insyallah.Amin.

Monday, October 1, 2012

Kaedah Merawat Bayi Menangis Tanpa Henti


1) Baca tepi telinga bayi kuat-kuat 2 ayat terakhir qursy "walaya'uduhu hifzuhuma wahuwal aliyyul adzim" sebanyak 33x dan tiup 10 saat pada seluruh muka dan ubun-ubunnya.


2)AZAN dengan kuat sebanyak 3x.

3)Baca yasin ayat 9 7x lalu tiup pada tapak tangan kanan lalu sapu seluruh mata bayi niat "supaya ditutupkan penglihatannya kepada alam jin".

InsyaAllah sembuh dan berhenti menangis...

Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Musuh Kembali Menyerang??

Kesihatan aku masih belum pulih.Badan aku masih lemah.Jiwa aku masih berserabut.Adakah aku diserang kembali?Adakah musuh aku kembali bertindak setelah melihatkan aku semakin cergas dan mampu melaksanakan tugas akhir2 ni?

Adakah "pertahanan" aku sudah bolos kerana kealpaan aku?Kerana aku tak follow up rawatan?Arghhhhhhh.Ini takleh jadi.Aku kene bangkit lawan semua ni.Aku kene dirikan balik "pertahanan" diri aku dengan kalimah-kalimah suci Allah SWT.Mudah-mudahan dengan izinNya aku mampu berhadapi serangan dari musuh aku.Insyallah.

Oiiii musuhku!Betul kau boleh serang aku dengan ilmu hitam kau tu.Kau boleh seksa aku dengan serangan kau tu.Tapi kau jangan lupa ALLAH MAHA BESAR.Dia berkuasa atas segalanya.Bertaubatlah kau sebelum terlambat.Insaflah kau sebelum dijatuhkan bala.Setiap perbuatan akan di balas oleh Allah SWT.Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!