Yeay..Cuti sekolah datang lagi.Bestnyer dapat cuti lama.Eh,apa kaitan lak cuti sekolah dengan aku?Macam la aku ni sekolah lagi.Padahal dah tua bangka.Kate orang dah masuk masa kecederaan dah (gara2 masih bujag sedangkan umur dah 30).Tapi takpelah,aku nak jugak tumpang gembira untuk budak sekolah dan cikgu sekolah.Lagi satu bila cuti sekolah ni,nak pegi keje pagi2 takdelah tension sangat sebab jalan dah tak buzy.
|
Yeaaa.Cuti2 (Pic:Google) |
|
Jarang dapat tengok jalan lengang (Pic:Google) |
Kalau musim persekolahan keadaan jalanraya agak buzy dengan aktiviti seperti ibubapa hantar anak sekolah.Budak2 sekolah melintas jalan secara grouping pagi2 hari.Bas sekolah ke hulu ke hilir mengalahkan MPV Polis membuat rondaan cegah jenayah.Itu belum kira driver bas buat corner baring time nak u-turn dan macam2 la.Tapi bila dah cuti sekolah,lega la sikit.
|
MPV PDRM (Pic:Google) |
|
Geng bas sekolah.hahaah (Pic:Google) |
Salah satu aktivti yang tak dapat dipisahkan apabila tiba musim cuti sekolah adalah membayar “surat saman”.Hahaha.Dalam erti kata lain memenuhi undangan majlis perkahwinan.Betul la kan bayar saman?Sebab biasanya lepas kenduri kita kena beri sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada tuan rumah.Dulu RM5 jer.Sekarang dah up jadi RM10 seorang.Sebenarnya tiada kadar harga tertentu dalam pemberian sumbangan ini.Nilai sumbangan berubah mengikut peredaran masa pada pendapat aku.Dulu mungkin RM5 sebab kos barangan murah.Sekarang kebanyakkan harga barang dah naik,so nilai sumbangan pun naik la.Teori aku jer ni.Tak tau la betul ke tak.
|
Surat Saman (Pic:Google) |
|
Duit2..(Pic:Google) |
Hari sabtu hari tu (26 Mei 2012) aku dah family bertolak ke Jeli,Kelantan setelah mendapat “surat saman” dari sepupu ayah aku.Alhamdulillah setelah mengharungi perjalanan lebih kurang 3 jam,aku sekeluarga sampai dirumah pengantin.Bila dah nama majlis perkahwinan ni,macam biasalah suasananya.Ada khemah untuk tetamu,khemah untuk rombongan pengantin,pelamin,para tetamu datang dan pergi,lagu2 pengantin baru kedengaran sebab ada DJ dan so on la.
|
Kenduri kawen pakai DJ macam memang gempaq habisss
(Pic:Google) |
Tapi ada satu benda yang aku nak share dengan korang.Satu benda yang bagi aku dah lama tak tengok.Masa kecik2 dulu selalu la tengok.Tapi sekarang ni dah susah nak tengok benda macam ni.Dan aku yakin memang “rare”lah.Biasanya bila kita pegi kenduri tetamu akan dihidangkan makanan ala buffet.Tapi kenduri umah sepupu ayah aku ni diorang tak pakai cara buffet tau.Diorang pkai cara lama iaitu “hidang”.
|
Petugas bahagian dapur |
|
Hidangan |
Cara hidang semua nasi dan lauk pauk akan diletakkan didalam satu dulang sebelum ianya dihidangkan kepada tetamu yang hadir.Biasanya satu hidangan adalah untuk empat orang tetamu.Apabila tetamu selsesai menjamu selera,petugas akan “clear”kan hidangan tu dan akan digantikan dengan hidangan baru untuk tetamu seterusnya menjamu seleras.Proses ini akan berterusan hingga habis majlis.
|
Jarang kenduri makanan hidang macam ni sekarang |
|
Nasi untuk 4 orang |
Pada tahun 90-an dulu cara hidang masih banyak diamalkan di kenduri kendara.Tapi lama kelamaan cara ini tidak diguna pakai lagi kerana semua penduduk bumi mula beralih arah kepada cara yang lebih muden iaitu buffet.Sebenarnya kaedah hidang ni ada kelemahannya jugak.Cara ni perlukan ramai petugas untuk sediakan hidangan kepada tetamu.Dan petugas2 ini perlu “cargas” dan pantas dalam menjalankan tugas.Kalau jenis lembap atau “slow motion” memang naya la tetamu kene tunggu.
|
Beberapa hidangan di hidang atas meja panjang |
|
Perarakan pengantin disambut dengan 3 das tembakan |
Apepun bagi aku cara ini amat unik dan tak boleh dibiarkan pupus macam tu jer.Seboleh-bolehya cara ini perlu dikekalkan supaya generasi muda dapat tengok keunikan budaya ni.Eh,budaya ke ni?Aku pun tak sure nak mengkategori cara ni sebagai apa.Heheehehe.Harap korang semua faham la maksud aku ye.
|
Ni la pengantin.Masih belasan tahun kalu tak silap |
So,tu je lah yang dapat aku kongsi kali ni.Nanti billa idea aku dah bercambah macam “cambah”(tauge) aku wat entry baru,okey.
No comments:
Post a Comment