Assalamualaikum.Korang tau tak apabila kita bertandang ke orang sebagai tetamu,ada petua-petua yang boleh kita praktik kan.Mesti ada antara korang ni tak tau kan ape petua-petua tu.Ceh bajet macam aku tau.Padahal aku snediri pun baru tahu pasal petua-petua ni.Heheheeheh.
Okey,entry kali ni aku share info pasal Petua Menjadi Tetamu Di Rumah Orang! So,lepas ni bila korang pergi jalan-jalan rumah orang tu cubalah praktik petua-petua ni yea.Selamat mencuba.
Pic:Google |
1. Anda hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika anda tidak mahu makan, sebelum tuan rumah bersusah-payah menyediakan makanan untuk anda.
2. Jangan sekali-kali meminta sesuatu dari tuan rumah, kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan akan memalukan tuan rumah.
3. Anda hendaklah menghindarkan diri daripada mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan anda diperlukan.
4. Apabila anda meminta sesuatu, hendaklah dengan cara bersopan dan jangan terlalu mendesak.
5. Semasa menikmati hidangan, anda harus meninggalkan sedikit makanan di dalam bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak mencukupi.
Sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
No comments:
Post a Comment