Sunday, June 3, 2012

Memorial Batu Bersurat

Baru2 ni aku dan keluarga sempat menziarah Memorial Batu Bersurat yang terletak di Kampung Buluh (dimana batu ini ditemui) kira2 2km dari Bandar K.Berang.Sepanjang 30 tahun aku hidup,ni la kali pertama aku sampai di memorial ni.Itu pun cadangan emak aku selepas kami sekeluarga balik kenduri di Kampung Sekayu.Kalau tak,comfirm aku tak sampai sini. 

Pandangan dari pintu masuk

Info yang disediakan oleh Tourism Malaysia


Bercakap pasal Batu Bersurat ni,ianya adalah peninggalan sejarah yang penting kerana ia menjadi bukti kedatangan Islam di Tanah Melayu suatu ketika dulu.Mengikut sejarah, batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri
Plak  perasmian

Bentuk replika di memorial

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. 
Setiap bahagian batu ni ada tulisan jawi
(4 bahagian semuanya)

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura. 
Terjemahan di setiap bahagian batu bersurat

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu (Sumber:Wikipedia) 
Terjemahan di setiap bahagian batu bersurat
Begitulah serba sedikit sejarah tentang Batu Bersurat yang aku petik dari sumber internet (Wikipedia).Kalau aku cerita sendiri takut mengarut ntah ape2c dan lebih teruk salah fakta!So,lebih selamat aku cedok dari sumber yang diyakini benar sebenarnya. 
Terjemahan di setiap bahagian batu bersurat
Masa aku sampai di memorial agak terkejut jugak sebabnya tempat bersejarah dan salah satu tarikan pelancong ini nampak tidak terurus.Sedih lak bila tengok tempat bersejarah dalam keadaan macam ni.Mungkin pihak yang bertanggungjawab seperti Tourism Malaysia boleh mengambil tindakan sepatutnya dalam memulihara memorial ni! 

Terjemahan di setiap bahagian batu bersurat




No comments:

Post a Comment