Friday, June 29, 2012

Petua Menjadi Tetamu Di Rumah Orang


Assalamualaikum.Korang tau tak apabila kita bertandang ke orang sebagai tetamu,ada petua-petua yang boleh kita praktik kan.Mesti ada antara korang ni tak tau kan ape petua-petua tu.Ceh bajet macam aku tau.Padahal aku snediri pun baru tahu pasal petua-petua ni.Heheheeheh.

Okey,entry kali ni aku share info pasal  Petua Menjadi Tetamu Di Rumah Orang! So,lepas ni bila korang pergi jalan-jalan rumah orang tu cubalah praktik petua-petua ni yea.Selamat mencuba.


Pic:Google


1. Anda hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika anda tidak mahu makan, sebelum tuan rumah bersusah-payah menyediakan makanan untuk anda.


2. Jangan sekali-kali meminta sesuatu dari tuan rumah, kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan akan memalukan tuan rumah.


3. Anda hendaklah menghindarkan diri daripada mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan anda diperlukan.


4. Apabila anda meminta sesuatu, hendaklah dengan cara bersopan dan jangan terlalu mendesak.


5. Semasa menikmati hidangan, anda harus meninggalkan sedikit makanan di dalam bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak mencukupi.

Tuesday, June 26, 2012

Awak........

Awak...

Sebetulnya saya amat kecewa dengan awak.Bagi saya awak telah mempersia-siakan segala kepercayaan,kasih sayang dan cinta yang telah saya berikan kepada kepada awak selama ni.
Pic:Google

Awak dah jauh berubah.Awak bukan lagi seorang yang saya kenal dulu.Kawan-kawan pun cakap perkara yang sama.Awak pernah menidakkan kenyataan saya dan kawan-kawan akan perubahan yang berlaku.Tapi ianya tidak mampu mengubah pendapat dan persepsi saya terhadap awak.Pengalaman telah banyak mengajar saya.Jadi saya tahu apabila seseorang itu sayang dan cintakan pasangannya atau apabila seseorang sudah tidak lagi  sayang dan cintakan pasangannya.


Pic:Google


Memandang keadaan kita sudah tidak seperti dahulu,jadi jalan terbaik untuk kita adalah berpisah.Bukan satu perkara yang mudah untuk saya memutuskan perhubungan kita setelah apa yang telah kita lalui bersama sebelum ini.Untuk membuat keputusan yang berat ini,saya telah beberapa menunaikan solat hajat dan istikarah memohon bantuan dari Allah.Dan akhirnya saya telah membuat keputusan tersebut.
Pic:Google

Saya yakin ini adalah jawapan yang awak tunggu sekian lama kan.So,awak dah dapat "kebebasan" yang awak inginkan.Semoga awak bahagia dengan kehidupan awak.
Pic:Google

Mungkin untuk tempoh tertentu saya tidak dapat menerima awak sebagai kawan biasa.Sebabnya saya terlalu kecewa dengan apa yang berlaku.Mungkin bagi awak apa yang berlaku adalah perkara kecil.Tapi tidak bagi saya.Awak mungkin terlalu mentah untuk memahami situasi ini.


Apa pun awak teruskanlah kehidupan awak dan saya akan teruskan kehidupan saya...
Pic:Google


Sunday, June 24, 2012

Amalan Pembuka Rezeki

Assalamualaikum dan salam 1 Malyasia..

Duk2 belek muka buku tadi jumpe doa ni.Zazzzzzz..aku dengan "cargas" copy & paste kat belog aku.Just to share with you all la..so,selamat beramal la ye.Bye.

Friday, June 22, 2012

Rawatan Islam Bagi Yang Sakit Kepala (Migrain)

Assalamualaikum...

Mane yang ada migrain tu leh la try.Tak salah cube.kite hanya berikhtiar.Sesungguhnya Allah Maha Pemyembuh.

Sunday, June 17, 2012

BISMILLAH 5~Penyembuh Pelbagai Penyakit



BISMILLAH 5~Penyembuh Pelbagai Penyakit...

Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Cara Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. 

Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh...

Wednesday, June 13, 2012

Aku & SD2

Sebelum ni tak kurang dari 8 tin rasenya aku minum SD2.First time aku minum tahun 2007/2008.Tin pertama ni memang aku nampak la perubahanya.Tak sampai sebulan berat aku turun 5kg.Seluar pun dah longgar.Perghhhh,hepy jgn cakap la time tu.

Tapi bila dah abis tin pertama tu,aku dah tak minum SD2.Aku pun dah lupa apsal aku discontinue.Dalam tahun 2010 aku start minum balik SD2.Tapi kali aku kecewa sangat2.Sebabnya dah bertin2 minum berat aku sikit pun tak turun.Sampaikan bulan puasa pun tak turun gak!Deng!

Aku pun hairan apsal dulu molek jer turun.Kali ni lak fail.Padahal makan minum memang la aku jaga walaupun tak 100%.Setiap hari menu aku hanya sup sayur@sup daging/ayam dan tomyam.Time puasa sahur aku minum SD2+ kurma jer 2 bijik..Tak turun2 gak.Pendek citer bila dah bertin2 aku minum tak berkesan,aku pun stop.
Design & formua baru

Baru2 ni aku tengok dalam FB,SD2 dah berwajah baru dengan formula tambahan.Berlambak2 iklan pasal SD2 yang baru ni atau nama baru dia Alpha Lipid Slim Diet 2 (ALSD2).Macam2 testimoni dr mereka berjaya.Maka dengan ini aku pun terpengaruh (mengalahkan pengaruh rakan sebaya) dengan iklan2 tu semua.

So,aku decide nak cuba ALSD2 ni.Mane tau kot kali ni beri kesan kan.Tengoklah camne nanti kesannya.Harap2 menjadi la.Kalau tak memang kecewa tahap gaban la aku.Huhuhhu.Yelah,harga bukan murah ye tuan2 dan puan2. 180 hinggit setin.Aku try buat yang terbaekkkk kali ni.Aku akan cuba mengawal nafsu makan yang penuh serakah ni.Cayok3..Tunggu la perubahannya dipawagam2 berhampiran tempat anda.Hahaahah

P/S:Kesan bila guna produk ni tak sama setiap orang.Depend on metobolisme orang tu.Ada yang cepat,ada yang lambat.Faktor pemakanan beri kesan gak.

Tuesday, June 5, 2012

Biodata Ringkas Al-Quran


Assalamualaikum...

Entry kali ni aku share info berkenaan biodata ringkas tentang kitab suci kita iaitu Al-Quran.Semoga info ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.Insyallah...


Sunday, June 3, 2012

Memorial Batu Bersurat

Baru2 ni aku dan keluarga sempat menziarah Memorial Batu Bersurat yang terletak di Kampung Buluh (dimana batu ini ditemui) kira2 2km dari Bandar K.Berang.Sepanjang 30 tahun aku hidup,ni la kali pertama aku sampai di memorial ni.Itu pun cadangan emak aku selepas kami sekeluarga balik kenduri di Kampung Sekayu.Kalau tak,comfirm aku tak sampai sini. 

Pandangan dari pintu masuk

Info yang disediakan oleh Tourism Malaysia


Bercakap pasal Batu Bersurat ni,ianya adalah peninggalan sejarah yang penting kerana ia menjadi bukti kedatangan Islam di Tanah Melayu suatu ketika dulu.Mengikut sejarah, batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri
Plak  perasmian

Bentuk replika di memorial

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. 
Setiap bahagian batu ni ada tulisan jawi
(4 bahagian semuanya)

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura. 
Terjemahan di setiap bahagian batu bersurat

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu (Sumber:Wikipedia) 
Terjemahan di setiap bahagian batu bersurat
Begitulah serba sedikit sejarah tentang Batu Bersurat yang aku petik dari sumber internet (Wikipedia).Kalau aku cerita sendiri takut mengarut ntah ape2c dan lebih teruk salah fakta!So,lebih selamat aku cedok dari sumber yang diyakini benar sebenarnya. 
Terjemahan di setiap bahagian batu bersurat
Masa aku sampai di memorial agak terkejut jugak sebabnya tempat bersejarah dan salah satu tarikan pelancong ini nampak tidak terurus.Sedih lak bila tengok tempat bersejarah dalam keadaan macam ni.Mungkin pihak yang bertanggungjawab seperti Tourism Malaysia boleh mengambil tindakan sepatutnya dalam memulihara memorial ni! 

Terjemahan di setiap bahagian batu bersurat




Friday, June 1, 2012

Tradisi Lama Muncul Kembali

Yeay..Cuti sekolah datang lagi.Bestnyer dapat cuti lama.Eh,apa kaitan lak cuti sekolah dengan aku?Macam la aku ni sekolah lagi.Padahal dah tua bangka.Kate orang dah masuk masa kecederaan dah (gara2 masih bujag sedangkan umur dah 30).Tapi takpelah,aku  nak jugak tumpang gembira untuk budak sekolah dan cikgu sekolah.Lagi satu bila cuti sekolah ni,nak pegi keje pagi2 takdelah tension sangat sebab jalan dah tak buzy.
Yeaaa.Cuti2 (Pic:Google)

Jarang dapat tengok jalan lengang (Pic:Google)

Kalau musim persekolahan keadaan jalanraya agak buzy dengan aktiviti seperti ibubapa hantar anak sekolah.Budak2 sekolah melintas jalan secara grouping pagi2 hari.Bas sekolah ke hulu ke hilir mengalahkan MPV Polis membuat rondaan cegah jenayah.Itu belum kira driver bas buat corner baring time nak u-turn dan macam2 la.Tapi bila dah cuti sekolah,lega la sikit.
MPV PDRM (Pic:Google)

Geng bas sekolah.hahaah (Pic:Google)

Salah satu aktivti yang tak dapat dipisahkan apabila tiba musim cuti sekolah adalah membayar “surat saman”.Hahaha.Dalam erti kata lain memenuhi undangan majlis perkahwinan.Betul la kan bayar saman?Sebab biasanya lepas kenduri kita kena beri sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada tuan rumah.Dulu RM5 jer.Sekarang dah up jadi RM10 seorang.Sebenarnya tiada kadar harga tertentu dalam pemberian sumbangan ini.Nilai sumbangan berubah mengikut peredaran masa pada pendapat aku.Dulu mungkin RM5 sebab kos barangan murah.Sekarang kebanyakkan harga barang dah naik,so nilai sumbangan pun naik la.Teori aku jer ni.Tak tau la betul ke tak.
Surat Saman (Pic:Google)

Duit2..(Pic:Google)
Hari sabtu hari tu (26 Mei 2012) aku dah family bertolak ke Jeli,Kelantan setelah mendapat “surat saman” dari sepupu ayah aku.Alhamdulillah setelah mengharungi perjalanan lebih kurang 3 jam,aku sekeluarga sampai dirumah pengantin.Bila dah nama majlis perkahwinan ni,macam biasalah suasananya.Ada khemah untuk tetamu,khemah untuk rombongan pengantin,pelamin,para tetamu datang dan pergi,lagu2 pengantin baru kedengaran sebab ada DJ dan so on la.
Kenduri kawen pakai DJ macam memang gempaq habisss
(Pic:Google)
Tapi ada satu benda yang aku nak share dengan korang.Satu benda yang bagi aku dah lama tak tengok.Masa kecik2 dulu selalu la tengok.Tapi sekarang ni dah susah nak tengok benda macam ni.Dan aku yakin memang “rare”lah.Biasanya bila kita pegi kenduri tetamu akan dihidangkan makanan ala buffet.Tapi kenduri umah sepupu ayah aku ni diorang tak pakai cara buffet tau.Diorang pkai cara lama iaitu “hidang”.
Petugas bahagian dapur

Hidangan

Cara hidang semua nasi dan lauk pauk akan diletakkan didalam satu dulang sebelum ianya dihidangkan kepada tetamu yang hadir.Biasanya satu hidangan adalah untuk empat orang tetamu.Apabila tetamu selsesai menjamu selera,petugas akan “clear”kan hidangan tu dan akan digantikan dengan hidangan baru untuk tetamu seterusnya menjamu seleras.Proses ini akan berterusan hingga habis majlis.
Jarang kenduri makanan hidang macam ni sekarang

Nasi untuk 4 orang

Pada tahun 90-an dulu cara hidang masih banyak diamalkan di kenduri kendara.Tapi lama kelamaan  cara ini tidak diguna pakai lagi kerana semua penduduk bumi mula beralih arah kepada cara yang lebih muden iaitu buffet.Sebenarnya kaedah hidang ni ada kelemahannya jugak.Cara ni perlukan ramai petugas untuk sediakan hidangan kepada tetamu.Dan petugas2 ini perlu “cargas” dan pantas dalam menjalankan tugas.Kalau jenis lembap atau “slow motion” memang naya la tetamu kene tunggu.
Beberapa hidangan di hidang atas meja panjang

Perarakan pengantin disambut dengan 3 das tembakan

Apepun bagi aku cara ini amat unik dan tak boleh dibiarkan pupus macam tu jer.Seboleh-bolehya cara ini perlu dikekalkan supaya generasi muda dapat tengok keunikan budaya ni.Eh,budaya ke ni?Aku pun tak sure nak mengkategori cara ni sebagai apa.Heheehehe.Harap korang semua faham la maksud aku ye.
Ni la pengantin.Masih belasan tahun kalu tak silap

So,tu je lah yang dapat aku kongsi kali ni.Nanti billa idea aku dah bercambah macam “cambah”(tauge) aku wat entry baru,okey.