Assalamualaikum semua..
Rajin betul update blog sari dua ni kan.Nak buat macam mane,idea tengah datang mencurah2 umpama hujan lebat turun dari langit disertai kilat,guruh dan petir.Hahaaha sembang jer lebih ni.Tapi memang sari dua ni ada jer idea untuk aku menulis.So,alang2 idea tengah ada ni,baik aku tulis semothing kat blog.Nanti bila dah takde idea ibarat tandusnya padang pasir memang susah la nak update blog.Ok,back to the future.Opsss,back to the topic.Aikkkk,dah ada topik ke?Sory2,aku belum bagi tau lagi topik apa yang nak share malam ni.
Okey,topik malam ni adalah kurus.Yup,nak kurus!Dalam erti kata lain macam mane proses nak kuruskan badan!Bagi mereka yang berbadan besar (guna bahasa yang sopan tu kalau cakap gemuk macam sensitif jer.hahaahha) macam aku ni,sudah pasti akan menyimpan hasrat,cita2,impian,angan2 dan seangkatan dengannya untuk menjadi kurus kan?Tipu la kalau ada orang badan besar tak nak kurus.Nampak sangat tipu giler ya amat.
Dalam usaha untuk menguruskan badan ini,sudah pasti pelbagai usaha dilakukan.Antaranya adalah melakukan senaman,bersukan,mengawal pemakanan dan macam2 lagi.Tapi dalam entry ni aku ingin fokus berkenaan produk2 kesihatan yang dapat membantu dalam proses menguruskan badan.
Disebabkan aku seorang yang pemalas untuk bersenam dan bernafsu makan yang boleh tahan kuatnya jadi aku mengambil keputusan untuk mencuba produk2 menguruskan badan dalam usaha untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih solid dan anggun.Stok2 boleh pakai kebaya gitu.Hahahaahaha.Berikut adalah produk2 yang pernah aku cuba;
Slim Diet 2 (SD2) |
Banyakkan produk yang aku cuba.Mesti korang bajet aku dah kelihatan anggun sekarang.Tapi aduh sayang....Aku masih lagi macam bluehypoo (maskot TM).Damn!Damn!.Dah banyak duti aku habis beli produk2 ni semua tau.Grrrrrrrrr!
Sebenarnya bukan produk2 ni tidak bagus atau menipu.DIULANG BUKAN PRODUK2 INI TIDAK BAGUS ATAU MENIPU.Setiap produk2 ni mempunyai testimoni dari pelanggan2 mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan.Korang boleh surf dalam internet kalau tak percaya.Berbalik pasal kepada kisah aku.Kenapa aku masih bersaiz maskot TM,A&W atau lebih ngeri macam Godzila.
Sebabnya mudah jer.Walaupun produk2 ini menjanjikan kesan yang sepatutnya kepada para pemakainya.Namun masih terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi berdasarkan saranan oleh pihak pengeluar.Okey,saranan yang paling basic banyak ditemui adalah berpantang dari segi pemakanan dan juga kenalah buat exercise jugak paling koman pun 30 minit setiap sessi 3 kali seminggu.Inilah punca permasalahan kenapa aku tak kurus2.Sebabnya aku still makan dengan penuh nafsu serakah dan malas nak mampus exercise.So,kalau makan produk2 ni 1 kontena MISC pun takkan kurus.Huhuhuhu..
Moral dari cerita yang penuh tragis ini adalah patuhi setiap arahan yang disarankan oleh pengeluar produk bagi mendapatkan kesan sepatutnya.Disamping itu,pemakanan kena la jaga jugak.Exercise pun kene rajin.Kalau malas buat semua ni jadilah macam aku mengharapkan keajaiban dengan hanya mengambil produk2 ni.Ehhhh,sedar diri pun.Huhuhuhu.
P/S:Sepanjang aku mengambil produk2 ni adalah perubahan yang berlaku sebenarnya.Berat aku turun 5KG-10KG.Tapi bersifat sementara jela sebabnya aku tak tahan berpantang lama2 seperti dinasihatkan oleh pengeluar produk2 ni.Hangat2 tahi ayam jer aku ni.Huhuhuhuhu.
No comments:
Post a Comment