Assalamualaikum..
Dah lama aku tak update pasal tahap kesihatan aku kan.So,entry kali ni aku nak berkongsi pasal perkembangan terkini kesihatan aku.
Macam guru besar lak |
Alhamdulillah..Aku bersyukur sangat2 pada Allah kerana dengan izinNya tahap kesihatan aku semakin menunjukkan perkembangan positif.Happy?Of coz la aku happy.Setelah setahun setengah menderita dan 35 orang perawat aku berikhtiar,akhirnya aku hampir sembuh.Syukur Ya Allah.
Dah macam sindrow down aku tengok.he3 |
Aku hampir putus asa sebelum ni.Aku pernah terfikir yang aku takkan lagi boleh bawak kete atau moto selepas ni.Tapi dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa,sekarang ni aku dah boleh bawak kete dan moto macam dulu.Walaupun tak secekap dulu,atleast aku dapat bawak jugak daripada tak dapat bawak langsung masa sakit teruk dulu.
Lori OB |
Dari segi kerja pulak,aku sekarang dah slow2 follow krew OB keluar buat coverage program.Opppssss,mungkin ada yang tak tau OB tu apa kan? OB ni adalah singkatan kepada Outdoor Broadcasting.Dalam bahasa yang lebih mudah,krew siaran luar.Macam krew2 stesen tv lain seperti RTM,TV3 dan lain2.Biasa korang semua dapat tengok krew OB ni time ada acara sukan seperti perlawanan bola,konsert,majlis pelancaran yang penting2,forum seperti Forum Perdana Ehwal Islam dan sebagainya la.Ada faham?.Heheheh.Okey,sambung balik citer tadi.So setakat ni,adalah beberapa program aku sempat joint.Allahamdulilah sangat2 sebab aku dah boleh buat keje macam dulu walaupun tak sehebat dulu.Dulu hebat ker????Hampeh...Hahaahaha.
Krew2 OB sedang menjamu selera |
Tapi baru ni masa wat coverage program kat luar bersama krew OB,team mate aku cakap aku masih lagi hebat seperti dulu walaupun dah lama tak pegang kamera.Bangga soit.Bukan aku angkat bangkul sendiri ,okey.Serius kawan aku cakap macam tu.Tak caye,tanyelah kawan aku tu.Kahkahlah..
Giler gemuk! |
Makin terserlah kegemukkan..huhuhuh |
Apepun aku amat2 bersyukur dengan perkembangan positif ni.Aku rase mungkin tahap kesihatan aku berada pada tahap 80% kot.Tinggal lagi 20%,insyallah akan mungkin akan sihat sepenuhnya.
Nak pitam rase tahan berat kamera2 ni.. |
Aku yang pendek ke kamera ni yang tinggi sangat? |
Sebagai tanda syukur,baru2 ni aku sekeluarga adalah buat sedikit majlis kesyukuran dan solat hajat di surau berhampiran umah tok.Majlis kecil-kecilan jer.Tetamu hanya ahli jemaah surau dan kaum keluarga terdekat.Tapi insyallah,nanti kalau aku sihat sepenuhnya akan diadakan majlis kesyukuran yang sedikit besar la.Aku target majlis ni nak dibuat dirumah aku sendiri.Jemput jemaah surau,masjid,kaum keluarga dan kawan2 yang banyak tolong aku dari segi sokongan moral dan fizikal.Insyallah.
Rasenye tu sajer cerita yang dapat aku kongsi setakat ni.Nex time aku berkongsi citer lain pulak ye.By the way jangan lupe doakan kesihatan aku okey.Harap2 aku dapat kembali sihat sepenuhnya macam dulu..
No comments:
Post a Comment