Assalamualaikum...
Aku selalu terfikir apsal nasib aku tak macam kawan2 yang lain?Maksud aku nasib di sini merujuk kepada kerjaya.Aku tengok kawan2 yang lain semua kerja best2 dan stabil.Ada kawan aku yang jadi jurutera.Ada kawan aku yang jadi bomba.Ada yang jadi pegawai polis.Ada yang jadi cikgu.Ada yang jadi kerani.Ada yang jadi macam2 la.Apa yang penting kerja diorang stabil dan menjamin masa depan yang lebih cerah cemerlang,gemilang dan terbilang.**Sempat promote slogan kerajaan di situ.heheheeh.
Jika dibandingkan dengan keadaan aku,agak kelam kabut jugak la.Memang tak dinafikan aku mempunyai banyak pengalaman kerja (walaupun kerja tak lama di sesuatu tempat).Aku masih belum mengecapi kerjaya yang aku nak iaitu satu kerjaya yang sesuai dengan kelulusan,stabil dan menjamin masa depan.
Manusia mane dalam planet BUMI ni yang tak nak kerjaya sesuai dengan pendidikan atau pengalaman atau kemahiran yang mereka ada.Kalau ada manusia yang tak nak,meh sini aku karate-do kepala lutut dia!Semua orang nak kerjaya baikkan?Sama la jugak aku ni.
Kadang aku boleh duk termenung memikirkan apa yang tak kene dengan diri aku sampai tak dapat lagi mengecapi kerjaya impian.Dulu aku ingat bila dah belajar tinggi2,ada degree bagai dapatlah kerja yang best2.Tapi hampeh!
Kerjaya aku sekarang ni sebagai JURUKAMERA disebuah jabatan kerajaan memang merupakan satu kerjaya yang aku minat.Itu tidak dapat dinafikan lagi.Sebabnya kerja sekarang ni sama bidang dengan apa yang aku study kat UiTM Di Hatiku suatu ketika dulu.
Cuma apa yang tak best kerja sekarang ni adalah jawatan aku jawatan SPM jer.(Gred B17).Tambah pulak taraf jawatan aku sekarang ni kontrak (bila2 masa boleh terminate).Tambah satu lagi masalah jabatan yang aku berkhidmat sekarang ni adalah jabatan berkaitan politik(kalau kalah kerajaan sekarang ni,opis aku tutup, semua staff takde keje.yahoooooo.sob..sob).Korang nampak tak rantaian permasalahan disitu?Pening kepala bila memikirkan hal ni.Iyelah zaman sekarang bukan senang nak carik kerja,beb.Nak mintak jadik tukang sapu pun susah woooo (pengalaman sendiri).Umur aku sekarang dah 30 tahun,tapi kerjaya still kelam kabut lagi.Deng!Deng!.Parents aku pun dah risau dengan keadaan aku ni,walaupun mereka tidak menyatakan perasaan gundah gulana mereka tu.Tapi aku tau la mereka risau.
By the way korang semua jangan salah faham ye.Aku bukan bermaksud tidak bersyukur dengan kerjaya aku ada sekarang ni.Cuma macam aku cakap kat atas tadi la,kerjaya sekarang tidak begitu stabil dan menjamin masa depan bagi aku.Yelah,suatu hari nanti aku akan berkahwin.Aku akan mula menanggung perbelanjaan untuk bini,anak,keluarga dan sebagainya.Tapi kalau kerjaya tidak stabil macam mane aku nak handle semua2 ni?Aduhhhhh,sakit kepala beb pikir hal ni!
Menang la ada orang yang kerja macam aku molek2 ada berkahwin dan beranak pinak dan bahagia dengan kehidupan mereka.Tapi kalau boleh sebelum aku mendirikan rumah dan tangga,aku nak ada kerjaya best dulu.Mesti ada orang akan cakap,kalau nak tunggu kerja best dulu,tak kahwin la jawabnya AWANG weh.(*Awang merupakan bahasa TERENGGANU yang merujuk kepada nama panggilan bagi anak lelaki dalam sebuah keluarga).Pendapat dan pandangan setiap individu berbeza.Jadi terpulanglah pada individu tersebut untuk merancang masa depannya.
Bukan aku tak pernah mintak kerja yang setaraf dengan kelulusan yang aku ada.Tapi masih belum ada rezeki aku lagi.Aku perlu berusaha dengan lebih “giatmara” untuk memastikan misi aku berjaya.Korang tau tak apa misi aku?Alaaaaa,takkan tau kot.Penat aku bercerita kat atas tadi.Huhuhuhuh.Misi aku adalah nak dapatkan kerjaya yang sesuai,stabil dan menjamin masa depan la.
Walaupun aku nampak macam merungut kat atas tadi,tapi yang sebenarnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.Sebabnya aku tau kat luar sana masih berjuta2 lemon graduan universiti belum dapat kerja dan menjadi usahawan anggur yang berjaya.Aku masih dikira beruntung tau walaupun kerja standard SPM jer.Cuma tulah harapan aku dimasa akan datang,Allah murah rezeki aku dan aku dapat pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.Insyallah.
Kita harus ingat setiap rezeki makhluk di planet BUMI ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T.Cuma lambat atau cepat jer untuk kita menikmati rezeki yang telah disediakan Allah untuk kita.Kalau rezeki kita masih belum sampai,banyak berdoa pada Allah dan bersabar.Kalau rezeki kita dah sampai, jangan la pulak kita lupa bersyukur kepada Allah.
Oklah aku stop kat sini dulu.Sebelum tu,aku nak ajak korang renung2 firma Allah S.W.T;
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَ
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).
p/s:aku rase macam banyak jer ayat berulang dalam entry ni..huhuhuhu
No comments:
Post a Comment