Tuesday, September 27, 2011
Telefon Bimbit Pertama..
Philip Spark..tu la nset pertama yang aku kenal dan diguna pakai dalam family aku.sebelum ni belum ada ahli keluarga aku yang pakai nset.setakat tengok org pakai jer..tahun 1998 sape yang ada nset boleh dianggap hebat la kot.sbb time tu nset jarang2 org pakai.yela harga sebijik nset time bapak nyer mahal...bukan semua orang mampu nk beli menatang ni.heheheeh. bapak aku beli nset ni pun time pasal keadaan yg boleh dikatakan terdesak.klu x,mmg x beli lah..mahal woooo...
tahun 1998 telah tercipta satu sejarah dalam hidup aku.sejarah yg mungkin boleh dianggap sejarah pahit.pada tahun tu aku dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu (skrg dikenali sbg Hospital Sultanah Nurzahirah) setelah tercedera ketika menjalani latihan silat untuk menyertai pertandingan silat olahraga. kecederaan pada mulanya aku anggap tidak serius menjadi semakin serius. disebabkan kecederaan ini,aku tidak dapat berjalan kerana kaki sebelah kanan aku membengkak giler sehingga kuku jari kaki menjadi biru yang menandakan kaki aku sudah kehilangan fungsi.
dipendekkan buat pertama kali aku masuk hospital dan pertama menjalani pembedahan. of coz la bila dah buat operation aku kene ditahan di wad (Wad 2 EF) supaya senang doktor memantau perkembangan aku.dalam seminggu jugak aku duduk wad. memandangkan parents aku bekerja, tinggallah aku di hospital seorang diri. kerana situasi inilah bapak aku beli nset Philip Spark supaya mudah untuk aku contact diorg klu perlukan ape2 dan untuk memudahkan diorg contact aku di hospital. pada waktu tu,dengan adanya nset ni memang banyak membantu aku. disebabkan kecederaan yg dialami,aku byk menghabiskan masa di katil hospital kerana kesukaran bergerak.tak perlu lah aku beratur di public phone di pintu masuk wad.begitulah kisahnya nset pertama yang aku kenal dan guna.hahahahaaha.skrg nset tu masih dalam simpanan lagi.tapi dah rosak lah..simpan kenangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment