Alhamdulillah..syukur pada Allah S.W.T kerana dengan izinNya aku berjaya menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Pada awalnya aku kurang yakin aku dapat menunaikan puasa dengan penuh seperti tahun-tahun sebelumnya disebabkan penyakit yang aku alami ni. Sepanjang sebulan puasa,aku sentiasa standby ubat (propranolol) dalam poket seluar.just in case jantung aku berdenyut kencang. Tapi alhamdulilah, aku tak perlu makan ubat itu sepanjang bulan puasa hari tu. Syukur lah aku dapat puasa penuh jugak tahun ni.Klu tak,mesti aku frust sbb sejak dari kecik aku tak pernah tinggal puasa kecuali masa darjah 2,aku tinggal satu hari.nk dijadikan cerita hari tu,cikgu kelas aku bagi duit suruh beli makanan. Aku yang lurus bendul ni pulak terus pergi ke kantin beli makanan. Maka tak puasa la aku pada hari tu..hampehh. Itulah kali terakhir aku tinggal puasa.
Syukur aku pada Allah dalam keadaan tahap kesihatan aku yang tidak segagah dulu,aku diberi kekuatan menunaikan solat terawih pada ramadhan kali ini. Alhamdulillah,aku dapat menunaikan solat terawih sepenuhnya sepanjang bulan ramadhan. Cuma adalah hari-hari tertentu penyakit aku menyerang ketika solat yang hampir membuatkan aku nyaris nak "stop" jer solat. Tapi aku kuatkan semangat dan cuba lawan penyakit aku,akhirnya berjaya gak abiskan solat terawih tersebut.
Raya??
Raya kali ni sedikit suram bagi aku. Iyelah dengan keadaan aku macam ni banyak menda yang tak dapat aku buat seperti tahun-tahun sebelum ni.Klu dlu, aku la orang yang paling sibuk membuat persiapan bila menjelang hari raya. Dulu,aku la yang pergi carik kueh raya, air "gas", isi kueh dalam bekas,kemas rumah, kemas surau dan macam-macam lagi. Sekarang aku tak mampu buat lagi. Disebabkan penyakit ni,aku tidak mampu memandu kereta atau menunggang motosikal seperti dulu. Sekarang klu aku nak kemana- mana kene mintak tolong orang.klu kat umah family aku yang tolong. Kat opis aku mintak tolong kawan-kawan.
Raya aku duk lepak rumah je . Nak pergi beraya pun tak boleh. Memang sedih giler rase. Kadang-kadang aku ikut family pergi beraya rumah sedara-mara yang dekat-dekat. Selain dari tu,aku banyak lepak kat rumah jer.
Sebenarnya, aku memang takde mood nak raya kali ni. minggu terakhir puasa aku masa tak beli apa-apa macam tahun sebelumnya. Baju Melayu dan baju raya pun aku tak beli time tu. Dalam kepala serius takde mood nak raya. 2 hari sebelum raya, kawan opis aku pujuk aku beli baju raya. Beberapa hari sebelm tu dia memang dah ajak. Tapi aku cakap kat dia aku tak mau shopping sebab aku takde mood nak raya. Bila acap kali dia ajak aku pegi shopping,akhirnya hari tu aku pun pergi la.Semuanya kerana kawan aku tu. So, 2 hari nak raya,aku pun pergi la shopping dengan kawan aku tu.. Beli la aku sehelai seluar dan 3 helai t-shirt. Tapi hari raya tak pakai pun. Baju Melayu pakai yang tahun lepas punye. Baju tema opis masa bertugas hari raya tahun lepas.nasib baik muat lagi.Yela setakat duk kat umah,aku pakai kain pelikat atau seluar track jer..huhhuhuhu.Apepun terimakasih gak kat kawan aku sebab tak pernah putus asa pujuk aku pegi shopping raya..
Itulah kisah ramadhan & raya aku tahun ni. Dah takde idea nak tulis.Nanti klu dapat ilham lagi,aku berkarya kembali.bye.
No comments:
Post a Comment