Sunday, September 25, 2011

11 bulan

Hari ni genap 11 bulan aku sakit.pejam celik dah hampir setahun keadaan aku macam ni.huhuhhuhuh..tp syukur pada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk menikmati hidup hidup ini.baru-baru sakit dulu aku seperti putus asa nak hidup. yela time tu memang badan aku tak larat sangat.nk berdiri tak larat.duduk tak larat. apa yang mampu aku buat time hanyalah baring dikerusi panjang. selera makan pun takde. pagi-pagi bangun tido,aku hanya makan biskut sekeping dan minum air milo. itu pun paksa diri. disebabkan cara pemakanan aku macam ni,berat badan aku menyusut. keadaan ini buat aku jadi bertambah risau. tapi aku pasrah. ]

hari demi  hari aku menjalani kehidupan dengan perasaan yang sedih,risau dan sebagainya.otak aku ligat memikirkan apa kesudahan nasib aku. aku tak putus-putus berikhtiar samaada rawatan moden atau tradisonal demi mengubati penyakit aku ini. klinik dan hospital menjadi destainasi yang wajib aku kunjungi. tapi kadang-kadang aku rasa kecewa gak pasal doktor takleh detect penyakit aku.setiap kali menjalani pemeriksaan,doktor akan bgitau yang aku takde penyakit.semua normal. padahal aku ni macam-macam rasa.huhuhuh.

tak cukup dengan rawatan moden,aku pegi dapatkan rawatan tradisional. berdasarkan kajian aku melalui internat dan hasil pertanyaan dari rakan-rakan,aku berjumpa dengan beberapa orang ustaz. kebanyakkan ustaz yang aku jupe bgtau yang penyakit aku ni adalah akibat perbuatan sihir. ada orang dengki dengan aku ikut ustaz cakap. so, aku pun menjalani rawatan dengan penuh semangat agar cepat sembuh. tapi aku tak lepas dari perasaan kecewa sepeti mana aku mendapatkan rawatan moden sebelum ni. ada sesetengah ustaz pening merawat penyakit aku ni. mereka kata belum pernah jumpe pesakit aku ni. sihir yang ada pada aku terlalu kuat bagi mereka..keadaan ini menimbulkan kesukaran bagi mereka untuk merawat aku. malah ada ustaz yang angkat "bendera putih". kecewa..kecewa...

sokongan yang aku terima dari ahli keluarga dan rakan-rakan telah memberi semangat untuk aku bangkit dari perasaan kecewa ini. aku terus berikhtiar dengan ustaz-ustaz yang lain. seorang demi  seorang ustaz aku jumpa untuk merawat penyakit aku ni..sedar tak sedar rupa-rupanya sudah 27 orang ustaz aku jupe dalam tempoh 11 bulan ni. Alhamdulillah,walaupun aku belum lagi sihat sepenuhnya,tp sekurang-kurangnya ada perubahan pada diri aku walaupun agak slow..ok la dari takde perubahan. aku akan teruskan berikhtiar merawat penyakit aku ni hingga pulih sepenuhnya..

dalam usaha aku berikhtiar mendapat rawatan moden mahupun tradisonal demi mengubati penyakit aku ni,aku tak pernah lupe berdoa pd yang maha Esa...Sesungguhnya Dia la penawar bagi segala penyakit. Setiap hari berdoa pada Allah agar diberikan kesembuhan dari penyakit ini.. Setiap aku malam aku baca Yassin.setiap malam aku tunaikan solat hajat. setiap malam aku lakukan zikir.benda-benda ni jarang aku buat masa sihat dulu. ada hikmah disebalik sakit aku ini. sekarang aku lebih dekat dengan Allah..syukur pdMu Ya Allah...

Harapan aku,semoga aku sembuh dri penyakit ini secepat mungkin. agar aku dapat terus berbakti pada keluarga dan terus beribadat pada Allah dengan lebih baik selepas ini.insyallah..

2 comments:

  1. Sabarlah yea wahai kawanku...semoga awk akan sembuh spt sediakala..jgn tinggal solat yea, sbb itulah benteng kita utk pertahankan iman...sy simpati ngan awk sbb sy pun penah alami apa yg awk alami...

    ReplyDelete