Saturday, September 15, 2012

Akhirnya Penantian Berakhir

Bismillah..

Alhamdulillah..Hari ni aku telah selamat menerima 2 benda yang aku duk tunggu2 selama ni.Kerana benda ni,aku jadi tak keruan macam couple duk hangat bercinta.Tido tak lena,makan tak lalu,mandi tak basah.Siang malam duk pikir pasal benda ni jer.Otak pun 24 jam duk pikir pasal benda ni.Memang kuat penangan benda ni.Haru biru hidup.

Ni la benda yang aku sebut tu...

Pic:Kad Anggota RCJ

Pic:Lesen (AA) Radio Amatur

Hehehe..Citer macam tragis giler.Pada hal tak ape pun.Standard drama melayu la.hahaha.

Okey,tu jer aku nak kongsi malam ni :P

Friday, September 14, 2012

Menepati Janji:Aku dan PTPTN


JANJI DITEPATI!Bila aku tulis macam ni mesti ramai yang ingat pasal slogan Hari Kemerdekaan Ke-55 Negara kita.Slogan Janji Ditepati yang telah menjadi kontroversi bila dikatakan menjadi trade mark sebuah parti politik dinegara ini.Ada orang yang tak kisah dengan slogan ni.Ada yang membantah giler babeng dan ada yang sokong 800%.
Aku pulak pada awalnya memang "dok dang mikir" (bahasa teganu) kenapa slogan macam ni diguna pakai sebagai slogan Hari Kemerdekaan Negara.Memang terang-terang nampak kecederungan kearah politik.Kenapa Hari Kemerdekaan harus dipolitikkan pada fikiran aku??Tapi selepas aku buat kajian secara lebih mendalam  sehingga ke teras bumi,maka dengan ini aku dah boleh terima kenyataan.Jika difikirkan secara positif memang ada logik jugak slogan ni.Nah,mesti ada orang akan cakap aku ni "barua kerajaan,anjing kerajaan,pro kerajaan,orang kerajaan" sebab sokong kerajaan.
Yesza,aku memang penyokong kerajaan kerana kerajaan pemerintah sekarang ni la yang banyak membantu aku dan rakyat Malaysia sejak dari kecik sampai besar panjang sekarang ni dengan menyediakan kemudahan asas,kemudahan infrastruktur dan pelbagai lagi kemudahan lain.Nak harap "pihak" yang satu lagi tu memang "gelap gambo la.Padan sembang jer pah ceroh.dari dulu pah lening" (bahasa teganu).
 

Okey,kembali ke pangkal jalan.Sebenarnya entry ni bukan aku nak citer politik.Aku nak citer pasal aku yang telah "Menepati Janji".Lebih kurang jer bunyi kan.Hahahaah.

Alhamdulillah.Dengan iziNya pada tanggal 7 September 2012 aku telah "Menepati Janji" dengan melunaskan segala hutang dengan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).Setelah beberapa tahun bergelar penghutang dengan pelbagai dugaan dan cabaran seperti diberi beberapa surat cinta dari pihak peguam,dipanggil ke mahkamah (macam buat kesalahan dibawah Akta 39B pulak rasenye),diblack list dan dihalang keluar negara.
Akhirnya semuanya telah berakhir!Ceh macam terseksa giler bunyi nyer kan.Padahal takde apa pun.Citer jer lebey.Standard la bila dah kita berhutang dengan orang wajib la bayar.

Aku bukanlah penghutang yang ada track record bagus dengan PTPTN.Sebelum ni pun sekadar bayar RM50 jer sebulan.Itu pun banyak miss bayar sampai makan tahun.Tapi dah kene blacklist dan takleh keluar negara (cadang ada rezeki nak buat umrah/haji) memang kelam kabut jugak jadinya.So,bila duk bermesyuarat exco bersama ahli keluarga,keputusan diambil untuk setlekan semua.Dengan izin Allah semuanya jadi kenyataan.


Untuk setlekan loan ni,aku dan family bergerak ke Pejabat PTPTN Kuantan pada hari Jumaat 7 September 2012 yang juga hari lahir aku.Alhamdulillah,aku sampai dalam pukul 12.15 tengahari di PTPTN Kuantan.Aku berjumpa dengan staff PTPTN untuk bertanya baki pinjaman sebenarnya yang perlu aku bayar.Setelah diberi penerangan,baki yang ada RM10,000 +++ (aku dah lupa berapa jumlahnya).Tapi staff kat situ bagi tau yang dia perlu buat pengesahan baki pinjaman dengan Ibu Pejabat PTPTN Kuala Lumpur (HQ) sebelum urusan pembayaran boleh dibuat.

So,tunggu punya tunggu takde respon dari HQ.Aku tengok jam baru pukul 12.30 tengahari.Takkan staf HQ dah rehat.Setahu aku waktu rehat hari Jumaat start pukul 12.45 tengahari sampai 2.30 petang.Ni pukul 12.30 tengahari dah hilang semua.Aku nak setle secepat mungkin sebab nak gerak balik Terengganu balik.Malam tu aku kene bertugas di Program YAB Menteri Besar Terengganu.

Staff kat situ bagitau aku yang dia still tak dapat respon dari HQ dan suruh aku datang balik lepas solat Jumaat.Ok fine.Selepas solat Jumaat,aku terus ke PTPTN sekali lagi.Aku tak singgah makan tengahari dulu sebab nak setle hal ni cepat.Sampai kat PTPTN dalam puluk 2.30 petang staff kat situ bagitau masih takde respon dari HQ.Takpelah aku sabar menunggu.Tunggu punya tunggu,customer keluar masuk silih berganti,4 jenis surat khabar kat situ semua habis aku baca tapi masih takde perkembangan.Tengok jam dah pkul 3 petang.Kesabaran mula terhakis.Takkan pukul 3 petang staff HQ tak masuk keje lagi!!
Aku masih menunggu dengan tahap kesabaran yang semakin terhakis.Abang security guard yang tengok keadaan aku yang dah tension cuba menenangkan keadaan.Dia bagitau aku urusan pengesahan baki memang makan masa sikit.Yela bang.Ni bukan lama sikit.Tapi dah lama banyak!Dah boleh jadi tekanan mental dah ni.

Hampir pukul 4 petang baru baru la staff kat situ panggil aku ke kaunter.Setelah dibuat pengesahan dengan HQ jumlah yang perlu aku bayar naik jadi RM11,539.Aik macam leh naik pulak ni aku tanya staff tu.Dia cakap jumlah tadi tak masuk lagi kos guaman dan tax ape lagi ntah sebab dah lebih dari jadual pembayaran.Sepatutnya aku kene setle tahun 2011.Kos tu belum lagi masuk kos yang aku kene bayar kat peguam sebab hantar suarat cinta kat aku sebelum ni.Lepas aku puashati dengan penerangan yang diberikan urusan pembayaran pun dibuat dan semuanya selesai.

Bila difikirkan balik angin juga aku sebab terpaksa membuang masa yang agak lama kat situ.Nak bagi duit pun terpaksa tunggu lama.Kalau tak bayar cepat jer diaorang hantar surat lawyer.Citt!Tak heran la ramai yang complain dengan mutu perkhidmatan PTPTN selama ni.Memang agak "slow" dalam bahasa sopan atau bahasa kasarnya "lembap".Kalau telefon hotline PTPTN comfirm kene acap kali baru la leh bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan.Itu pun kalau bernasib baik dapat bercakap la.Jenuh la tunggu dengar mesin akan cakap "sila tunggu sebentar.talian akan disambung kepada pegawai bertugas" diselang seli dengan lagu PTPTN.Sekali dua takpelah.Ni sampai 10 kali apejadahnya.Aku pernah kene.10 minit duk dengar mesin ulang dialog tadi dan lagu PTPTN.Last-last sekali talian putus macam tu jer.BUDUS!!!

Sabar..Sabar..Tetiba jadi emo + bengang dengan kejadian berlaku.

Disebabkan urusan pembayaran selesai lambat,so aku pun cancel nak pegi keje malam tu.
Apepun terima kasih kepada PTPTN kerana sudi membantu aku masa kat UiTM dulu.Kalau PTPTN tak tolong beri pinjaman dulu.Mungkin aku mengalami masalah kewangan waktu tu.Yela,aku bukan orang kaya ada berjuta-juta lemon duit dalam bank.Walaupun sekadar pinjaman,sekurang-kurangnya ringan la beban aku sikit.Terima kasih PTPTN.
Tak sia-sia kerajaan mewujudkan PTPTN.Dapatlah jugak anak-anak muda terutama anak Melayu sambung belajar ke IPTA/IPTS.Nak harapkan duit simpanan berapa la sangat yang ada kan.Kos sambung belajar boleh tahan jugak tinggi.Ada PTPTN ni lepas la "bernyawa"sikit.

 

Cuma satu la,harap PTPTN dapat memperbaiki mutu perkhidmatan.Biarlah lebih "cekap dan cergas" dalam penyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.Kalau duk main slow/lembap masalah jugak.Orang nak bayar hutang boleh jadi putus angin kalau terpaksa tunggu lama kerana masalah yang remeh-temeh.
Okey aku stop kat sini.Oooooo,satu lagi aku nak pesan.Yang mana ada buat pinjaman dengan PTPTN tu sila bayar walaupun RM50 sebulan.Janganlah buat keras tak nak bayar kononnya duit pinjaman tu duit rakyat.Cuba fikir macam orang educated sikit.Korang tu graduan.Kalau fikir macam budak tadika baik korang tak payah pegi IPTA/IPTS!Buang masa jer.So,sila bayar.Tepatilah Janji seperti yang korang setuju masa sain surat perjanjian PTPTN dulu.Bye
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. 

Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat

Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya. 


Moral of the story,aku telah "Menepati Janji".Anda Bila Lagi?

Friday, September 7, 2012

Selamat Hari Lahir Ke-30


Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...Happy Birthday To You
Pic:Google

Hari ni 7 September 2012 genaplah umur aku 30 tahun.Yesza,30 tahun suda.Macam kawan aku cakap "Welcome To 3 Series Club".Hahaahaha. Ada orang bila bergelar 3 series ni jadi takut,gelabah tak tentu pasal sebab rasa dah terlalu tua.Umur baru 30 tahun,tapi dia punya gelabah macam umur cecah 80/90 tahun.Aku tak kisah semua tu.Bagi aku semua tu sekadar angka.Setiap tahun umur kita akan meningkat.So,redha jer dengan peningkatan usia yang berlaku.
Alhamdulillah,syukur pada Allah dengan limpah kurnia dan nikmatnya,aku masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan sehingga sekarang.Sebagai tanda syukur,bangun dari tido (kebetulan malam ni aku tido awal,lepas isyak) aku tunaikan solat sunat syukur dan solat sunat tahjud.Lepas selesai solat aku pun duk la mengadap laptop cari idea tulis entry ni.Nak tido mata dah cerah sebab kene air tadi.So,sementara tu aku tulis entry ni dulu sampai mengantuk.NEXT!
Pic:Google
Besday aku kali ni jatuh pada hari Jumaat.Penghulu segala hari.Hari yang penuh keberkatan dan kelebihan sebgaimana sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
Begitu banyaknya Rasulullah memperkatakan kelebihan hari jumaat ni.Semoga hidup aku diberkati,insyallah.NEXT!
Pic:Google
Kali ni tahun ke-2 aku sambut hari lahir tanpa insan yang bergelar aweks.Sebabnya aku dah "ceraikan" awek aku tahun lepas (4 Mei 2011) kerana aku merasakan dia sudah tak dapat memberikan komitmen kepada aku dan sudah jauh berubah.Daripada aku sakit hati,baik aku lepaskan dia pergi.Ceh,kalau takde aweks pun bukan la sampai tahap aku takleh sambut hari kelahiran aku ni kan.Aku masih ada family yang selalu support aku baik masa susah mahupun senang.Alhamdulilah.Terima kasih Abah,Emak dan adik-adikku.
Pic:Google
Dah masuk 30 tahun aku ni.Sepanjang tempoh ni apakah pencapaian yang boleh aku banggakan erk?Rasanya takde apa yang boleh dibanggakan setakat ni.Aku masih bujang.Harta pun takde.Kerja pun masih belum stabil dan bla..bla..bla...Okey STOP!Aku tak nak fikir pasal ni.Boleh mendatangkan STRESS.Bila dah stress kepala akan sakit  nak migrain (bukan imigran yea.itu pendatang) dan tak pasal-pasal aku kena telan Paracetamol.Itu tidak bagus untuk kesihatan.NEXT! 
Pic:Google
Dengan umur yang semakin meningkat,aku berharap dapat mempertingkatkan amal ibadat,melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah dengan sebaik mungkin.Serius,aku nak sangat jadi hambaNya soleh.Muda-muda dulu boleh la nak laqra sampai tak ingat dunia.Sekarang dah tua.Kena banyak bertaubat dah.Hehehe.NEXT
Pic:Google
Bila umur dah masuk waktu kecederaan macam ni,orang akan tanya bila nak kawen?Tua dah ni.Ingat pulak kat seorang ustaz kat tempat keje lama dulu.Dia pernah cakap kat aku, "bila nak kawn?dah berlumut tu"..Hahahaah.Lawak betul ustaz tu.Soal jodoh ni,susah aku nak cakap.Nak cakap aku ni koman sangat tak reti takcle awek,rasenya  dekat 10 orang aweks aku ada sebelum ni.Cuma semua tak kekal lama atas sebab tertentu.Mungkin belum jodoh lagi.Allah dah tentukan semuanya.Insyallah,aku yakin dan pasti bila tiba masa nanti,bertemu jodohlah aku.NEXT!
Pic:Google
Aku pun dah tak tau apa yang aku merepek ni.Nak bercakap pasal besday jer.Tapi dah banyak mengarut ke lain aku rase ni.Sebelum orang cakap aku giler mengarut baik stop dulu.
Pic:Google
Sebelum tu,aku nak ucapkan terima kasih kepada family dan kawan-kawan yang wish besday.Dan juga terima kasih sebab sentiasa support aku dalam susah dan senang.Mudah-mudahan Allah membalas jasa korang semua.

Monday, September 3, 2012

Aku & Ramadhan & Syawal 2012

Pic:Google

Alhamdulillah..Syukur pada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya aku masih mampu untuk menulis.Kali ni aku nak bercerita pasal bulan ramadhan dan syawal pada tahun ni.Kira aku rangkum sekali la 2 cerita dalam entry ni.Nak buat entry lain2 takut aku ni ketandusan idea seperti mana padang jarang padang terukur.Korang bayangkanlah camne gersang gurun,camtu la gersang idea aku.Kuikukui.
Okey,back to the future.Eh bukan,back to the topic.So,kali ni aku nak bercerita pengalaman Ramadhan dan Syawal aku pada tahun 2012 ni.Sekali lagi aku ingin panjangkan kesyukuran pada Allah kerana dengan izinNya aku berjaya menjalani ibadah puasa tanpa sebarang permasalahan.Walaupun puasa kali ni,aku FAIL jugak sehari kerana sakit gigi dan terpaksa cabut gigi disebabkan gusi bengkak dan bernanah.Tapi overall,aku CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG kali ni.Sempena bulan Ramadhan,aku telah membuat keputusan untuk menolak segala tugasan lapangan.Dan seperti Ramadhan tahun lepas,aktiviti dibulan yang penuh berkat aku isi dengan menunaikan solat sunat terawih berjemaah di Surau Ustaz Man Telaga Mengkudu (surau arwah toki) disamping menjalankan tugas berkaitan selaku AJK surau.Alhamdulillah jemaah surau bulan Ramadhan kali ni memang ramai.Penuh sampai ke pintu jemaah bersolat.Kapasiti maksimum surau 40 orang jemaah.
Seperti keluarga lain,aku dan keluarga menyambutkan kedatangan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.Selesai solat sunat Aidilfitri di masjid,aku sekeluarga dan jemaah lain menziarah dan mengadakan majlis tahlil pusara kaum keluarga.Aktiviti seterusnya,berkunjung kerumah sanak saudara sebelum menghabiskan masa hari raya pertama tok menanti tetamu datang berkunjung.Itulah rutin aku dan keluarga bila hari pertama.Tok aku yang uzur hanya tinggal berdua dengan “bibik” dirumahnya.So,dengan adanya aku sekeluarga dan sedara-mara yang datang berkunjung sekurang-kurangnya membuatkan tok gembira.
Ramadhan dan Syawal kali ni memang memberi kelainan pada aku kerana kali ni aku lebih ceria,bertenaga,bersemangat dan sihat jika dibanding 2 tahun sebelum ni dimana tahap kesihatan aku yang agak merosot yang secara tidak langsung menyumbangkan kepada ketidakceriaan dalam diri aku pada ketika tu.Alhamdulillah,aku betul2 bersyukur dengan perubahan ni.Walaupun aku tak sihat sepenuhnya,sekurang-kurangnya perubahan yang dilalui telah mencetus anjakan paradigma dalam diri aku.Aku jadi bertambah yakin dan bersemangat yang suatu hari nanti dengan izin Allah aku akan sihat sepenuhnya.Insyallah.
“Mubin Strike Back”....Setelah 2 tahun aku tak bertugas di hari raya,tahun ni pada 2 Syawal aku bertugas di Program Majlis Aidilfitri YAB Menteri Besar Bersama Perantau di Hotel Permai Kuala Terengganu.Alhamdulillah,aku berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya walaupun terdapat beberapa “gangguan”.
Raya kali ni,aku tak berkesempatan nak snap gambar raya.Nak cakap busy,takde pun.Ntahlah,aku sendiri pun kurang pasti kenapa tahun ni aku tak posing.Yang ada pun gambar ketika aku bertugas di Permai jer.Tu pun nasib baik ada orang nak snap gambar aku.Huhuhuhuuhu..
Okeyla.Aku stop dulu sebab idea aku sudah mancapai tahap kegersangan yang melampau.Insyallah,see u all next entry.
 Foto:Ehsan Rakan Setugas

Reunion-3 Group SMKPM 99

Raya ke-3 baru-baru ini (21 Ogos 2012) telah berlangsung reunion bekas-bekas pelajar  SMK Padang Midin Sessi  95-99 di Batu Buruk Beach Resort,Kuala Terengganu.Program kali ke-3 anjuran bekas-bekas pelajar SMKPM ini telah berjaya menghimpunkan lebih 125 orang bekas  pelajar bersama ahli keluarga masing-masing.Program kali ini merupakan kali pertama diadakan diluar yang mana program sebelum ini telah diadakan di Dewan Sri Budiman SMK Padang Midin.
Pic:FB SMKPM 99

Program ini telah berjaya menyambung kembali hubungan silaturahim yang terputus lebih 10 tahun lalu setelah kebanyakkan bekas pelajar membawa haluan masing-masing setelah tamat tingkat 5 pada tahun 1999.
Pic:FB SMKPM 99
Alhamdulillah,dengan izin Allah aku sendiri berpeluang menghadirkan diri  program reunion kali ni setelah tidak dapat hadir 2 program yang diadakan sebelum ni.Perasaan memang sangat teruja dan gembira sebab dapat berjumpa kawan-kawan lama yang ada diantara mereka aku tidak berjumpa lebih 10 tahun.
Pic:FB SMKPM 99
Perjumpaan ni memang mengembalikan nostalgia zaman persekolahan suatu ketika dulu.Zaman-zaman dimana kami semua masih lagi tidak matang dan nakal.Heheheeh.
Pic:SMKPM 99
Dikesempatan ini juga,aku sempat bertukar-tukar nombor telefon sesama kawan-kawan yang hadir disamping bertanya khabar dan bertukar cerita kisah-kisah zaman sekolah dulu.Gembira bila melihat rakan-rakan yang sama-sama  nakal zaman sekolah dulu sekarang dah mempunyai keluarga dan menjadi ibubapa kepada anak masing-masing.
Pic:FB SMKPM 99
Kadang-kadang bila difikirkan balik rasanya baru jer habis SPM.Hakikatnya dah 10 tahun berlalu.Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita dalam samaada kita sedar atau tidak.
Pic;SMKPM 99
Berdasarkan sambutan yang menggalakkan,pihak penganjur berhasrat untuk mengadakan program reunion seperti ini pada tahun-tahun berikutnya bagi menghimpunkan lebih banyak bekas-bekas pelajar SMKPM 95-99.Insyallah..

Pic:Khairul Anuar
Pic: TRG5353.Photos/2012


Pic:TRG5353.Photos/2012

Pic:TRG5353.Photos/2012

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur dan rakan-rakan kerana diatas kerjasama yang diberikan sehingga berjaya dijalankan program ini.Insyallah,jika diizinkan Allah berjumpa lagi kita di tahun-tahun seterusnya.

Sunday, September 2, 2012

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... :(

Pic:Google

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... :(

♥ Malas angkat telefon..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas...

P/S:Aku setuju dengan tanda-tanda ni (pengalaman sendiri).Klu korang ada tanda-tanda camni,bersiap sedialah untuk cari pasangan lain!

Alhamdulillah..Lulus Jugak Aku...

Alhamdulillah..Syukur pada Allah sebab baru2 ni aku telah lulus peperiksaan radio amatur (RAE 1/12).Aku sendiri pun tak sangka dapat lulus sebab sebelum ni ramai orang cakap memang payah nak lulus sekali ambil.Mesti 2-3 kali baru lulus.Tapi nak dijadikan rezeki,aku lulus dengan sekali ambil jer.Alhamdulillah.
Pic:Macam Nak ambil SPM 
Tapi dalam kegembiraan aku,terselit rasa sedih sebab 3 lagi rakan gagal dalam peperiksaan ni.Hanya aku dan seorang rakan dari Kemaman yang lulus.Memang kecewa la.Nak buat macam mane bukan rezeki mereka lagi.Insyallah RAE 2/12 akan datang mungkin rezeki mereka.
Pic:Buku Soalan RAE 1/12
Kepada rakan2 yang gagal,jangan putus asa.Teruskan perjuangan.Jangan jadikan kegagalan batu penghalang kepada hobi kita ni.Insyallah aku yakin dan pasti korang akan berjaya jugak nanti.Teruskan usaha.

Pic:Keputusan RAE Aku..





Aku jugak nak ucap terima kasih kepada rakan2 yang membantu selama ni hingga aku berjaya dalam RAE.Terima kasih.