Monday, July 2, 2012

Petua Untuk Mematahkan Sihir


Assalamualaikum semua.harap korang semua sihat2 jer.Okey,hari ni aku nak share info tentang Petua Untuk Mematahkan Sihir.Jangan kite fikir dalam dunia serba moden dan canggih lagi berteknologi sekarang ni benda2 macam ni dah takde tau.Kes2 ilmu sihir sebetulnya banyak terjadi.Cuma ianya tidaklah kecoh dalam media massa.Sebab tu ramai yang anggap kes2 sihir ni dah tak wujud.

Sebenarnya kes2 macam ni orang tak berapa nak ambik port sangat sebab berkait dengan benda misitk.Benda yang tak dapat tengok dengan mata kasar (Dalam kes2 tertentu gak dapat tengok dengan mata kasar) dan bila dah kene batang hidung sendiri atau ahli keluarga.Barulah nak percaya sihir ni wujud.

Biasanya sihir berpunca daripada perasaan tak puas hati dan dengki orang itu dengan orang ni.Maka khidmat bomoh digunakan untuk menyihirkan mangsa.Maka meranalah si mangsa dengan pelbagai dugaan atau kesakitan dengan izin Allah.

Sebagai ikhtiar untuk menghalang kite dari menjadi salah seorang mangsa sihir,korang boleh la cuba petua2 kat bawah ni.Selamat beramal.





Pilihan 1: Sentiasa berada dalam wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersbut ke atas kepala. Jika sihar yang baharu kena akan gugur.

Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jgn diperah dan badan jgn dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur..

Pilihan 4: Amalkan menbaca surah Al Jin setiap malam.

Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.

Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.

Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.


Sumber:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

2 comments: