Saturday, July 14, 2012

Kilat Menyambar!!!

Pic:Google

Baru-baru ni (12 Julai 2012), aku dan beberapa rakan setugas telah menyaksikan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT dan betapa kerdil serta lemahnya kite semua ni sebagai hambaNya.Satu pengalaman yang akan diingat sampai bila-bila.

Kisahnya bermula apabila kami selesai makan di sebuah kedai nasik minyak di Seberang Takir (Kedai Nasi Minyak Mazlan) dan dalam perjalanan ke Stadium Tertutup Gong Badak untuk menyelesaikan tugasan.

Kami bergerak dengan dua buah kenderaan.Satu van jabatan dan satu lagi kereta Kenari milik salah seorang rakan kami.Aku menaiki bersama beberapa orang rakan.Manakala  beberapa orang lagi naik kereta.Keadaan dalam van memang kecoh dengan gelak ketawa apabila ada diantara kami saling bergurau senda dan kutuk mengutuk.

Sampai di satu persimpangan (simpang tiga bersebelahan SK Kompleks Seberang Takir),tiba-tiba kami semua telah dikejutkan dengan kejadian kilat menyambar pagar (pagar besi) bersebelahan van kami (jaraknya lebih kurang 5 meter dari van) dan dentuman guruh yang begitu kuat sekali.Ketika kilat menyambar kedengaran beberapa kali bunyi seperti mercun naga "pam,pam,pam...".Bunyi tu sebenarnya adalah bunyi pagar besi yang bergetar setelah disambar kilat.

Keadaan dalam van yang pada awalnya kecoh,terus sunyi sepi.Masing-masing terkejut dengan apa yang dilihat tadi.Di depan van kami ada seorang penunggang motosikal.Dia pun kelihatan amat terkejut.Ketika penunggang ni membuat u-turn,kami dapat melihat dia menggosok bahagian dada beberapa kali.Kami yang di dalam van pun dah cukup terkejut dan berdebar apatah lagi penunggang motosikal tu yang terang-terangan takde perlindungan jika dibandingkan dengan  kami yang didalam van ni.

Menurut cerita rakan yang menaiki kereta, (kereta ikut belakang van) ketika kejadian tingkap kereta terbuka.Selepas kilat menyambar pagar,mereka dapat menghidu bau hangit dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri pagar tersebut berasap!

Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke stadium.Sampai di stadium  kami masih lagi terkejut dengan kejadian tadi.Ada diantara kami terfikir bagaimana kalau kilat tadi menyambar van yang kami.Nauzubillahiminzalik.Sudah pasti teruk akibatnya.

Syukur padaMu Ya Allah kerana menlindungi hambaMu yang lemah ini.

P/s:Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kuasa kira-kira 100terawatt (Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kilat)

No comments:

Post a Comment