Assalamualaikum..
Aku nak berkongsi satu pengalaman "mistik".Semalam aku telah ke surau untuk solat maghrib jemaah.Kedudukan aku di dalam saf berhampiran tingkap surau.Ketika aku ingin mengakat takbir,dari hujung anak mata aku terlihat kelibat putih melintasi tingkap surau.
Pic:Google |
Pada mula aku beranggapan kelibat tersebut mungkin kopiah yang dipakai salah seorang jemaah yang datang lewat untuk berjemaah.Tapi aku rasa tidak puas hati.Jadi aku pun jenguk keluar tingkap untuk kepastian.Apabila aku jenguk keluar,tiada seorang pun yang kelihatan diluar.Aku mula rasa tidak sedap hati.Aku pun mengakat takbir dan meneruskan solat.
Ketika sedang bersolat,aku mula rasa tidak sedap badan.Lain macam je rasanye.Badan aku terasa lemah dan kadang-kadang rasa seriau.Aku mula syak sesuatu.Aku teruskan solat jemaah hingga selesai.Sudah menjadi kebiasaan,apabila selesai solat maghrib aku akan baca surah Yasin.Ketika aku baca surah Yasin lemah badan dan seriau semakin menjadi-jadi.Aku mula fikir yang bukan-bukan.Adakah aku "diserang" kembali setelah 2 minggu mampu bergerak "aktif"?.Aku teruskan bacaan hingga selesai.Sebelum tu,salah satu ikhitar untuk mengelak dari sebarang "gangguan",aku telah membaca ayat 3 Qul,ayat Kursi dan ayat pembatal sihir.
Selesai bacaan,aku terus start motor dan balik ke rumah.Sampai di rumah,aku cuba tenangkan fikiran dan membaca beberapa ayat suci.Aku masih di hantui perasaan tadi.Aku baring atas katil.Aku berasa cukup gelisah.Rasa cemas tak tahu punca.Denyutan jantung/nadi sedikit laju disebabkan perasaan yang dialami.Sekiranya denyutan jantung/nadi aku melebihi 100 denyutan/seminit,terpaksa aku telah ubat Apo-Propanolol untuk slow down denyutan.
Akhirnya aku terlelap.Aku terjaga dari tido dalam pukul 11.30 malam.Badan masih lemah dan perasaan tadi masih menghantui diri.Aku pun pelik apa yang berlaku sebenarnya.Tapi hati aku kuatkan mengatakan bahawa kemungkinan besar aku telah "diserang"kembali.Aku gagahkan diri bangun dari katil menuju ke bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan solat isyak dan solat sunat hajat.Selesai menunaikan solat,aku sambung balik tido.Sebelum tu,aku sempat pasang bacaan ayat ruqyah di handphone.
Alhamdulilah,bangun pagi tadi keadaan dah ok sikit.Aku pun meneruskan aktiviti hari ni seperti biasa.Sesekali perasaan semalam ada jugak datang.Aku baca ayat pendinding dan terus sibukkan diri dengan kerja.Kebetulan hari ni,aku dan krew busy setup mcp untuk program perasmian Sukan JKR SeMalaysia yang diadakan di Mini Stadium UMT malam esok (12 Jul 2012).
Aku harap keadaan yang dialami tidak berterusan untuk hari-hari yang mendatang.Insyallah.
P/S:Terlintas difikiran yang mungkin MUSUH aku telah bertindak kembali setelah melihat aku semakin sihat dan mampu melakukan tugas luar.Wallahualam..
No comments:
Post a Comment