Friday, July 20, 2012

Keunikan Terengganu Di Bulan Ramadhan (Tembakan Bedil)





Setiap bulan Ramadhan, sebahagian penduduk bandaraya akan mendengar bunyi tembakan bedil. Itu menandakan waktu berbuka puasa sudah masuk atau tamat waktu imsak. Sebelum tahun 1990, penduduk Kuala Terengganu mempunyai dua isyarat untuk mengetahui waktu berbuka puasa atau waktu imsak iaitu bunyi genta (loceng besar) dan bunyi bedil. Bedil ditembak dari atas bukit Pak Apil iaitu ditapak bangunan SUK, Muzium dan KETENGAH. Bunyi tembakan ini dapat kedengaran dalam jarak 8-10 km.


Pihak Polis telah dipertanggungjawab untuk menyeliakan tembakan bedil ini. Tembakan ini menggunakan bunga api. Bunga api yang bersaiz 12 in digunakan untuk menghasilkan bunyi yang padat. Besi paip yang bersaiz besar digunakan untuk melancarkan bunga api ke udara. Sebanyak 8 batang paip dipacak di atas tanah. Untuk berbuka puasa hanya sebatang paip sahaja yang digunakan dan waktu imsak dua batang. Manakala untuk menandakan esok mula berpuasa atau hari raya, kesemua lapan batang paip akan digunakan.


Pelancar akan digunakan untuk menembak bunga api dan pelancar ini dikawal dengan alat kawalan yang diletak 30 meter dari jarak pelancar tadi. Apabila suis ditekan, satu bunyi kecil kedengaran dan dalam masa 5 saat bunga api akan terpancar di udara dengan bunyi yang padat. Percikan bunga api sangat cantik dan sepanjang bulan ramadhan bandaraya bermandikan bunga api pada waktu berbuka dan waktu imsak.
Inilah bentuk genta yang terdapat di atas Bukit Puteri. Genta yang seberat 175 kg ini dibuat daripada tembaga kuning oleh Wan Ali Wan Awang dari Kampung Tanjung. Semasa penggunaan genta ini, paluan genta dibunyikan acap kali terutama apabila masuk waktu imsak dan tamat waktu imsak

Di sini terletak Puncak Panorama yang sedang dalam pembinaan. Apabila siap nanti anda boleh melihat bandaraya Kuala Terengganu dan keindahan Sungai Terengganu dari puncak bukit ini.



p/s:Segala artikel dan gambar adalah milik terengganuhebat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment