Monday, April 23, 2012

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum...

Aku selalu terfikir apsal nasib aku tak macam kawan2 yang lain?Maksud aku nasib di sini merujuk kepada kerjaya.Aku tengok kawan2 yang lain semua kerja best2 dan stabil.Ada kawan aku yang jadi jurutera.Ada kawan aku yang jadi bomba.Ada yang jadi pegawai polis.Ada yang jadi cikgu.Ada yang jadi kerani.Ada  yang jadi macam2 la.Apa yang penting kerja diorang stabil dan menjamin masa depan yang lebih cerah cemerlang,gemilang dan terbilang.**Sempat promote slogan kerajaan di situ.heheheeh.

Jika dibandingkan dengan keadaan aku,agak kelam kabut jugak la.Memang tak dinafikan aku mempunyai banyak pengalaman kerja (walaupun kerja tak lama di sesuatu tempat).Aku masih belum mengecapi kerjaya yang aku nak iaitu satu kerjaya yang sesuai  dengan kelulusan,stabil dan menjamin masa depan.



Manusia mane dalam planet BUMI ni yang tak nak kerjaya sesuai dengan pendidikan atau pengalaman atau kemahiran yang mereka ada.Kalau ada manusia yang tak nak,meh sini aku karate-do kepala lutut dia!Semua orang nak kerjaya baikkan?Sama la jugak aku ni.
Kadang aku boleh duk termenung memikirkan apa yang tak kene dengan diri aku sampai tak dapat lagi mengecapi kerjaya impian.Dulu aku ingat bila dah belajar tinggi2,ada degree  bagai dapatlah kerja yang best2.Tapi hampeh!
Kerjaya aku sekarang ni sebagai JURUKAMERA disebuah jabatan kerajaan memang merupakan satu kerjaya yang aku minat.Itu tidak dapat dinafikan lagi.Sebabnya kerja sekarang  ni sama bidang dengan apa yang aku study kat UiTM Di Hatiku suatu ketika dulu.

Cuma apa yang tak best kerja sekarang ni adalah jawatan aku jawatan SPM jer.(Gred B17).Tambah pulak taraf jawatan aku sekarang ni kontrak (bila2 masa boleh terminate).Tambah satu lagi masalah jabatan yang aku berkhidmat sekarang ni adalah jabatan berkaitan politik(kalau kalah kerajaan sekarang ni,opis aku tutup, semua staff takde keje.yahoooooo.sob..sob).Korang nampak tak rantaian permasalahan disitu?Pening kepala bila memikirkan hal ni.Iyelah zaman sekarang bukan senang nak carik kerja,beb.Nak mintak jadik tukang sapu pun susah woooo (pengalaman sendiri).Umur aku sekarang dah 30 tahun,tapi kerjaya still kelam kabut lagi.Deng!Deng!.Parents aku pun dah risau dengan keadaan aku ni,walaupun mereka tidak menyatakan perasaan gundah gulana mereka tu.Tapi aku tau la mereka risau.

By the way korang semua jangan salah faham ye.Aku bukan bermaksud tidak bersyukur dengan kerjaya aku ada sekarang ni.Cuma macam aku cakap kat atas tadi la,kerjaya sekarang tidak begitu stabil dan menjamin masa depan bagi aku.Yelah,suatu hari nanti aku akan berkahwin.Aku akan mula menanggung perbelanjaan untuk bini,anak,keluarga dan sebagainya.Tapi kalau kerjaya tidak stabil macam mane aku nak handle semua2 ni?Aduhhhhh,sakit kepala beb pikir hal ni!

Menang la ada orang yang kerja macam aku molek2 ada berkahwin dan beranak pinak dan bahagia dengan kehidupan mereka.Tapi kalau boleh sebelum aku mendirikan rumah dan tangga,aku nak ada kerjaya best dulu.Mesti ada orang akan cakap,kalau nak tunggu kerja best dulu,tak kahwin la jawabnya AWANG weh.(*Awang merupakan bahasa TERENGGANU yang merujuk kepada nama panggilan bagi anak lelaki dalam sebuah keluarga).Pendapat dan pandangan setiap individu berbeza.Jadi terpulanglah pada individu tersebut untuk merancang masa depannya.
Bukan aku tak pernah mintak kerja yang setaraf dengan kelulusan yang aku ada.Tapi masih belum ada rezeki aku lagi.Aku perlu berusaha dengan lebih “giatmara” untuk memastikan misi aku berjaya.Korang tau tak apa misi aku?Alaaaaa,takkan tau kot.Penat aku bercerita kat atas tadi.Huhuhuhuh.Misi aku adalah nak dapatkan kerjaya yang sesuai,stabil dan menjamin masa depan la.
Walaupun aku nampak macam merungut kat atas tadi,tapi yang sebenarnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.Sebabnya aku tau kat luar sana masih berjuta2 lemon graduan universiti belum dapat kerja dan menjadi usahawan anggur yang berjaya.Aku masih dikira beruntung tau walaupun kerja standard SPM jer.Cuma tulah harapan aku dimasa akan datang,Allah murah rezeki aku dan aku dapat pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.Insyallah.
Kita harus ingat setiap rezeki makhluk di planet BUMI ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T.Cuma lambat atau cepat jer untuk kita menikmati rezeki yang telah disediakan Allah untuk kita.Kalau rezeki kita masih belum sampai,banyak berdoa pada Allah dan bersabar.Kalau rezeki kita dah sampai, jangan la pulak kita lupa bersyukur kepada Allah.
Oklah aku stop kat sini dulu.Sebelum tu,aku nak ajak korang renung2 firma Allah S.W.T;

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَ

"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).


وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).

p/s:aku rase macam banyak jer ayat berulang dalam entry ni..huhuhuhu

Sunday, April 22, 2012

ADAB DALAM SEMBAHYANG

Assalamualaikum semua..


Hari ni aku rase boring duk kat opis sebab takde keje sangat nak buat.Bukan takde keje langsung.Tapi semua keje melibatkan aku dah setle awal pagi tadi.Selebihnya,aku duk mengadap pc layan apa yang patut.Tetiba teringat nak tulis blog.So,aku cari la idea sikit apa yang aku nak tulis dalam entry kali ni.Pikir punya pikir,aku pun memutuskan nak share 1 ilmu pengetahuan yang mungkin kite beri perhatian dalam kehidupan seharian.


Sebagai orang Islam kite,kite telah diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu sehari yang juga merupakan salah satu rukun dalam Rukun Islam.Namun berapa ramaikah antara kite yang peka akan adab2 dalam sembahyang?So,hari ni aku akan berkongsi info berkaitan adab2 dalam sembahnyang.Info ini aku ambil dari google berdasarkan sumber yang akan dinyatakan dibawah entry ni nanti.


Semoga kite mendapat mananfaat dari info ni.Insyallah.




ADAB LELAKI DALAM SEMBAHYANG

1.Berpakaian bersih dan menutup aurat.
2.Merenggangkan siku dari perut.
3.Mengangkat (merenggangkan) dari kedua peha ketika sujud.
4.Menjahar (menguatkan suara) pada tempat bacaan yang kuat.
5.Bila terjadi sesuatu kepadanya ketika sembahyang seperti kedatangan tetamu atau mengingatkan imam yang terlupa dan sebagainya hendaklah membaca tasbih.

ADAB PEREMPUAN DALAM SEMBAHYANG

1.Sebelum sembahyang pakailah telekung dan kain sembahyang sehingga menutup semua aurat.
2.Merapatkan kedua belah kaki ketika berdiri lurus.Sewaktu mengangkat tangan untuk takbiratul ihram, kedua-dua siku hendaklah dirapatkan kepada tulang rusuk. Jari-jari dirapatkan dan diluruskan.
3.Tangan hendaklah diangkat lebih kurang sampai paras bahu.
4.Waktu melipatkan tangan didada, kedua siku hendaklah rapat kepada tulang rusuk.
5.Waktu rukuk jari-jari tangan hendaklah diluruskan dan letakkan diatas lutut dan kedua siku hendaklah dirapatkan kepada bahu dan peha.
6.Waktu sujud jari-jari tangan hendaklah dirapatkan, telapak tangan hendaklah diletakkan diatas tempat sujud bertentangan dengan telinga, siku hendaklah dirapatkan kepada badan dan peha.
7.Hendaklah melembutkan suara kalau sembahyang bersama-sama dengan orang lelaki.
8.Bila terjadi sesuatu ketika sembahyang, hendaklah bertepuk tangan. Cara bertepuk itu adalah dengan memukul telapak tangan kanan kepada belakang tangan kiri.

ADAB-ADAB MAKMUM KETIKA SEMBAHYANG

1.Hendaklah makmum membaca takbiratul-ihram selepas imam membacanya.
2.Hendaklah makmum mendengar bacaan imam yang dinyaringkan.
3.Hendaklah makmum membaca amin bersama-sama imamnya.
4.Hendaklah makmum rukuk sesudah imam rukuk dan menyamakan kepalanya dengan belakang.
5.Hendaklah makmum melakukan I’tidal setelah imam mengangkat kepalanya dan setelah selesai membaca “Sami’Allahuliman hamidah”.
6.Hendaklah makmum sujud setelah imam meletakkan dahinya di tempat sujud.
7.Hendaklah makmum memberi ingat kepada imamnya apabila imamnya lupa ayat yang dibacanya. Apabila imam lupa perbuatan, maka makmum lelaki memberi ingat dengan bertasbih “Subhanallah” dan makmum perempuan bertepuk tangan.

Saturday, April 21, 2012

Kembong Perut...

Assalamualaikum...

Setelah beberapa kali aku dengan jayanya dapat bertugas dengan krew OB,akhirnya malam tadi kesihatan aku mula terjejas ketika bertugas.

Pada awalnya aku begitu bersemangat waja (tiada kaitan dengan proton Waja ye)untuk mencurahkan bakti dan memerah keringat bertugas di majlis tilawah Al~Quran sempena Karnival 1 Malaysia di Dataran Permata Seberang Takir.

Tiba2 aku mula rasa kurang selesa masa lepak bersama rakan setugas di tepi pentas sementara tunggu majlis bermula.Time tu aku mula rasa susah nak bernafas.Nafas jadi pendek jer.Tapi aku masih cube buat rileks macam takde apa yang berlaku.
Disebabkan terlalu banyak minum air sebelum tu,jadi aku acap kali ulang alik ke tandas berhampiran..Aku mula rase mengah apabila berjalan ke tandas walaupan jarak tandas dengan pentas dalam 20 meter.Nafas aku jadi pendek.Aku mula rase unbalance.Berdiri rasa nk tumbang jer.Mungkin kekurangan oksigen(teori aku jer ni).Sebab tu aku hilang balancing kot.Masa ni memang sedikit cuak jugak.
Dipendekkan cerita,aku masuk kedalam OB.Baring2 kat dalam tu dengan harapan keadaan akan kembali seperti biasa.Perut aku kembung giler masa ni sebab tu aku susah nak bernafas.Mungkin aku ada salah makan siang tadi.Baring punya baring,pusing punya pusing keadaan masih sama.Beberapa orang kawan perasan yang perut aku kembong.Sebenarnya dah agak lama perut aku tak kembung macam ni.


Setelah agak lama,aku terpaksa letak minyak cap kapak.Awalnya aku tak nak letak sebab ta nak menghasilkan pencemaran bau dalam OB ni.Yela sesetengah orang akan merasa lemas bila bau minyak cap kapak ni lebih2 lagi tempat tertutup.Tapi dah darurat aku terpaksa jugak buat pencemaran bau.Alhamdulillah,boleh tahan sikit.
Memandangkan keadaan aku tidak fit macam sebelum ni,jadi malam tadi aku sekadar membantu dari dalam OB jer.Beri arahan pada rakan2 kat luar.Konon2 macam Studio Director la.hahahahaha.Terpkasa mintak rakan2 yang lain cover tempat aku sebagai cameraman.
Keadaan ini berterusan sampai la habis program.Memang aku sedikit kecewa sebab tak boleh beraksi malam tadi.Tapi aku terpaksa akur dengan tahap kesihatan yang tidak fit macam dulu.Redha dan pasrah.

Harap2 lepas ni kesihatan aku kembali pulih seperti dulu,insyallah.

Thursday, April 19, 2012

Tidak Mengenang Budi Dan Tidak Reti Bersyukur

Sia2 jer masa depan kau ni!


Petang tadi lebih kurang pukul 2.00 berlaku satu kejadian yang menggemparkan Negeri (bukan mengemparkan dunia ye).Sekumpulan MANUSIA yang terdiri daripada golongan remaja dan dewasa baik lelaki dan perempuan mengadakan demontrasi berhampiran opis aku.Lebih tepat dihadapan  bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Wisma Darul Iman.

Tujuan MANUSIA2 ini mengadakan demo  sebagai membantah tindakan Yayasan Terengganu yang menarik balik pinjaman kewangan 9 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir kerana terlibat perhimpuan BERSIH 2.0 disana.

Pergerakan MANUSIA2 ini bermula apbila mereka berkumpul disebuah surau (lupe pulak nama surau tu) dibelakang bangunan KOKITAB sebelum berarak ke bangunan Yayasan Terengganu (bersebelahan bangunan KOKITAB jer) bagi menyerahkan memo bantahan kepada wakil Yayasan Terengganu.MANUSIA2 ini kemudian bergerak ke hadapan Wisma Darul Iman bagi menyerahkan satu lagi memo bantahan kepada wakil kerajaan Negeri.
Lupa nak bagitau yang MANUSIA2 ini terdiri daripada mereka yang berjuang dibawah parti PEMBANGKANG.Memang dari dulu kerja mereka ni membangkang jer.Pendek cerita apa yang KERAJAAN buat semua salah,semua tak betul walaupun mereka sendiri terima nikmat hasil daripada kemudahan yang disediakan KERAJAAN.Jadi apabila melibatkan MANUSIA2 PEMBANGKANG ni tak sah kalau takde aksi2 menjerit,kain rentang,sepanduk,kertas2 manilacard yang penuh dengan tulisan memohon keadilan,mengutuk KERAJAAN dan sebagainya.

Bapak budak yang cakap duit pinjaman tu celah kaki jer

Dikalangan MANUSIA ni adalah beberapa “kepala” yang akan bagi syarahan dihadapan penyokong mereka.Biasanya syarahan ni lebih kepada memaki hamun KERAJAAN kononya KERAJAAN yang memerintah sekarang ni zalim,menganayai rakyat dan macam2 la.Habis syarahan “kepala2” ini akan melaungkan slogan “Musnah!Musnah!Musnah Barisan/UMNO dan sebagainya.Kemudian laungan ini akan sambutan oleh para penyokong yang aku yakin sebenarnya tak tau ape pun.Sekadar ikut orang jer.Macam LEMBU di cucuk hidung!
Lebih kurang jer...
Puas melaungkan slogan,mereka akan beramai-ramai berdoa memohon dijatuhkan bala keatas pemimpin dan KERAJAAN yang memerintah sekarang ni.Korang yang buat kecoh pastu korang berdoa suruh orang lain ditimpa musibah.Ape ke bodoh korang ni!Tak Faham aku!Korang sedar tak akibat tindakan korang yang berdemo dah berapa orang duk kutuk korang.Yela tindakan korang tu menyusah ramai orang.Kerana korang pihak polis  terpaksa dikerah untuk mengawal keadaan.Jalan didepan Wisma Darul Iman menjadi sedikit sesak kerana ramai pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat tindakan tidak bertamadun korang tu.
Aaaa...cepat2 jalan!
Maka abang2 polis trafik termasuk meniup wisel dengan kuat sambil memberi isyarat tangan supaya pemandu meneruskan perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas melampau.Kerana korang jugak,sebilangan staff yang bekerja dibangunan berhampiran turun dari opis masing2 berpanas bagai semata-mata nak tengok gelagat korang.Kerana korang lah,semua jurukamera,jurufoto dan wartawan menjadi kelam kelibut mencari angel yang sesuai untuk mengambil gambar dan memasang telinga sebesar telinga gajah bagi mencari point2 penting untuk di tulis dalam paper atau blog.Kerana koranglah...kerana korang...Arghhhh,pendek cerita tindakan tidak bertamadun korang ni memang menyusahkan orang!

Dah terbukti!

Sebelum aku terlupa,MANUSIA2 ini jugak mendirikan sebuah khemah di depan Wisma Darul Iman sebagai simbolik kepada tindakan sekumpulan pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam usaha mereka untuk mendesak KERAJAAN agar memansuhkan PTPTN.Korang ni memang bangang aku rase sebabnya kerana PTPTN lah ramai orang MELAYU dapat sambung belajar ke menara gading.Kalau tak jangan haraplah.Ramai mana sangat orang MELAYU yang kaya?Yang mampu menanggung kos pengajian pakai duit poket sendiri?Cubalah korang pikir sikit!

Dalam demo tadi,adalah bapak seorang daripada pelajar yang ditarik pinjaman meluahkan rasa tidak puashati beliau melalui pembesar suara.Dengan angkuhnya bapak budak ni cakap pinjaman yang KERAJAAN bagi tu umpama celah kaki jer.Habis tu,kalau pinjaman tu macam di celah kaki jer apsal korang dah macam orang giler terpekik terlolong mintak KERAJAAN sambung balik pinjaman tu?Pakai la duit korang sendiri untuk tampung kos pengajian tu!Bodoh!Cakap lain,buat lain!



Setelah beberapa ketika memerah keringat berpanas dan sebagainya,akhirnya MANUSIA2 ini mula bersurai setelah memo mereka diterima oleh wakil KERAJAAN!Maka dengan itu,kehormanian,keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikembali semula.Tahniah kepada PDRM kerana berjaya mengawal keadaan dengan jayanya!.

Kepada MANUSIA2 ni teruskanlah perjuang sia2 korang tu.Tindakan korang sebenarnya hanya menyusahkan banyak pihak.Jadi insaflah.Kembalilah kepangkal jalan.Bersyukurlah dengan apa yang ada.Kalau korang rase apa yang KERAJAAN MALAYSIA ni buat tak betul,korang bungkuslah kain baju pindah duk Negara lain!

Kawan aku yang menjadi mangsa.Glamour la dia lepas ni

Okey aku nak bagi satu contoh paling mudah.Katakanlah korang bagi pinjam sejumlah duit kepada kawan.Tapi kawan tu taknak bayar balik duit yang korang bagi pinjam hari tu.Jadi,lepas tu comfirm bila kawan tu nak pinjam duit lagi,korang takkan bagi .Jadi samalah macam kes Yayasan Terengganu tarik pinjaman tu.Dah terbukti pelajar2 tu menentang KERAJAAN,so memang patut pinjaman ditarik.Orang hantar jauh2 suruh pegi belajar jadi bijak pandai supaya boleh mencurah bakti kepada Negara suatu hari nanti.Tapi korang pegi berpolitik menentang KERAJAAN.Aku rase memang patut korang kene tindakan macam tu.Biar korang insaf dan reti bersyukur sikit.Bak kata pepatah, “Orang Berbudi Kita Berbahasa,Orang Memberi Kita Merasa”.Fikir2 kanlah.Selamat Beramal...


Monday, April 16, 2012

Patah Seribu...





Lirik Lagu Patah Seribu - Shila Amzah


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/08/lirik-lagu-patah-seribu-shila-amzah.html#ixzz1sDXRfdYd
                     _____________________________________________


Sebenarnya lagu ni  dah lama ada dipasaran.Dah setahun kalau tak silap aku.Cuma aku jer baru tangkap lentok dengan lagu nyayian anak dara ND Lala,Shila Hamzah ni.Aku jumpa lagu ni masa tengah surf youtube.First time aku dengar lagu ni dah dapat rasa dia punya aura gitu.Bila aku hayati lirik dia betul2,memang tidak dapat dinafikan lagi memang lagu ni best.Kene pulak dengan vokal mantap Shila ni,perghhhhhh meletop...*bagi aku la.korang semua aku tak tau.

Sebenarnya lagu ni ada la sikit kaitan dengan kisah percintaan aku dengan gadis2 dalam kehidupan aku sebelum ni.Biasalah adat dalam bercinta ada manis ada pahitnya.Bila kita mula2 menjalinkan perhubungan cinta dengan seseorang gadis itu,sudah pasti bermacam2 perancangan dibuat untuk masa hadapan perhubungan cinta suci. (suci la kononnya,hehehe).Namun bak kata pepatah,"ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari"(Pandai betul orang dulu2 bermadahkan).Perhubungan cinta yang dibina atas rasa kasih sayang pada awalnya mula menampakkan retak dan akhirnya berkecai.Mungkin sudah takdir menentukan cinta yang dibina tidak dapat bertahan sehingga jinjang pelamin.Pelbagai permasalahan muncul mengakibatkan cinta yang dibina tidak lagi mampu bertahan.
Walaupun perit menanggung luka kekecewaan yang menimpa diri,kehidupan mesti diteruskan jugak.Bila gagal dalam percintaan tidak bermaksud kita jugak gagal dalam kehidupan di muka bumi Allah yang indah ini.Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya.Mungkin Allah ingin menemukan kita dengan pasangan yang lebih baik dari sebelum ini.Semuanya telah ditentukan oleh Allah.Kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa pasrah dan redha dengan setiap apa yang berlaku dan jangan sesekali kita lupa memohon doa kepadaNya agar ditemukan jodoh yang lebih baik untuk kita.Insyallah..


Aku stop kat sini dulu la sebelum aku merapu ntah apa2 lagi..chow!


p/s:aku pun tak pasti apa yang aku mengarut ni.Tadi aku main tulis jer apa yang terlintas dalam kepala ni.Hahaahah.Nasib korang la kalau pening baca entry ni :)..