Thursday, May 10, 2012

Demonstrasi Jalanan,FRU & MALAYSIA

Sejak akhir-akhirnya ini,negara kita sering dilanda dengan masalah demonstrasi jalan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha mereka untuk menyuarakan pendapat dan hasrat mereka kepada pihak pentadbiran negara iaitu KERAJAAN MALAYSIA.Namun begitu,cara ini bukan satu jalan terbaik untuk menyuarakan pendapat atau hasrat kepada KERAJAAN MALAYSIA.Banyak lagi saluran-saluran lain yang boleh digunakan mereka ini.Tapi mereka ini tidak begitu berminat untuk gunakan saluran-saluran ini.Mereka lebih suka mengadakan demonstrasi jalanan.

Apabila demonstari jalanan diadakan,ianya secara langsung menjurus berlakunya kekecohan,kerosakan harta benda awan,kecederaan dan pelbagai lagi permasalahan lain.Ini kerana mereka yang menyertai demonstari jalanan ini sudah pasti mempunyai sikap tak puas hati dan amarah terlampau terhadap sesuatu perkara mereka rasakan betul walaupun pada hakikatnya salah.

Jadi apabila manusia-manusia ini berkumpul dalam kapasiti yang ramai,sudah pasti agensi keselamatan negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengarahkan pegawai dan anggota mereka bertugas dilokasi kejadian  bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.Kebiasaan bagi kes-kes yang melibatkan demonstari jalanan,pihak PDRM sudah pasti akan mengerahkan pakar dalam menangani kes-kes sebegini iaitu Unit Simpanan Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FRU (Federal Reserve Unit).

Dalam kebanyakkan kes demonstari jalanan,bukan setakat di Malaysia bahkan di negara luar,ianya akan berakhir dengan kekocohan,kerosakan harta benda awam dan kecederaan.Peserta demonstrasi biasanya akan bertempur dengan pihak berkuasa.Apabila berlaku pertempuran maka akan berlakulah kecederaan.Dan apabila berlaku kecederaan,akan ada pihak menyalahkan pihak kuasa kerana menggunakan kekerasan dalam mengawal situasi berkenaan.Mereka ini akan bermati-matian mengatakan mereka perhimpunan secara aman,tetapi pihak berkuasa yang bertindak melulu dengan kekerasan.

Jadi dalam entry kali ni,aku ingin berkongsi sedikit info berkaitan Teknik Menyuraikan Rusuhan Yang di Gunakan Oleh FRU Malaysia.Semoga info ini sedikit sebanyak dapat memberi "pencerahan" terhadap tindakan yang diguna pakai oleh pihak berkuasa dan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap PDRM dalam menjalankan tugas mereka.


FRU sedang mara

1. Amaran

Pegawai Polis FRU akan memberikan amaran kepada perusuh dalam jarak 100 meter yang berbunyi " Bersurai serta merta atau kami ( FRU ) akan suraikan anda dengan kekerasan!” arahan ini di berikan sebanyak lebih dari 3 kali dengan pelbagai bahasa yang mudah di fahami oleh kumpulan haram itu

L
Latihan Balingan Bom Asap di kawasan yang jauh dari penduduk


2. Tembakan Gas Pemedih Mata

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, maka pegawai polis FRU akan menganagkat bendera kuning iaiti bertujuan mengarahkan satu seksyen senapang gas untuk mara kehadapan dan melancarkan tembakan gas pemedih mata dalam jarak 100 meter dari kumpulan haram.

Tembakan gas pemedih mata di lepaskan

3. Tindakan Semburan Air Water Cannon ( Lori Meriam Air )

Sekiranyaperusuh itu enggan bersurai maka pegawai polis FRU akan mengarahkan Lori Water Cannon untuk mara ke perusuh dan melepaskan air bercampur gas. Adakalanya Lori Water Cannon akan menggunakan air berwarna dan tembak ke arah perusuh dan ini memudahkan anggota polis biasa menangkap perusuh yang telah di sembur tadi. Teknik ini pernah di gunakan semasa Reformasi Jalanan 1998.

Trak Meriam Air yang di beli ketika zaman pentadbiran 
Tun Dr Mahathir adalah menjadi sokongan kepada FRU


4. Tindakan Paluan Perisai

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen anggota infantri FRU mara beramai – ramai kehadapan sambil memukul ( Palu ) perisai dengan belantan bertujuan menakutkan perusuh. Teknik ini pernah juga diguna pakai semasa Reformasi Jalanan 1998.


5. Tindakan Balingan Bom Asap

Apabila 2 seksyen infantri FRU telah rapat dengan perusuh tersebut dan perusuh itu pula enggan bersurai, maka Pegawai Polis FRU akan menganggkat bendera hijau dan beberapa anggota FRU yang di tugaskan membawa bom asap akan melepaskan bom asap dengan cara balingan ke arah perusuh itu tadi dan kemudian 2 seksyen infantri FRU tadi akan berpecah kepada 2 kumpulan dan lari ke belakang semula.


6. Tindakan Cota ( mengunakan pukulan belantan )

Sekiranya perusuh tadi enggan bersurai maka Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen infantri FRU tadi mara semula kehadapan sehingga rapat dengan perusuh dan sarjan FRU setiap seksyen akan mengarahkan anggota FRU serang perusuh mengunakan cota atau belantan dan memukul perusuh yang enggan bersurai. Tindakan ini pernah di gunakan semasa rusuhan – rusuhan sehingga era 90 an.


7. Tembak Menggunakan Peluru Hidup

Ini merupakan tindakan yang terakhir sekali sekiranya perusuh enggan bersurai dan rusuhan menjadi lebih dasyat, maka pegawai Polis FRU berkuasa mengangkat bendera merah dan menandakan tembakan akan bermula dan 1 seksyen anggota FRU yang membawa senjata M16 akan mara kehadapan dan melakukan tindakan tembak dengan arahan dari Pegawai Polis FRU tadi.Tindakan ini pernah di guna pakai oleh FRU semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tragedi Memali 1986.

Senjata M16 single shoot yang di gunakan oleh FRU 
untuk menembak perusush sekiranya perlu


Tindakan tembakan ini merupakan tindakan awal oleh pihak FRU sementara menunggu pasukan sahabat tiba untuk mengambil alih tugas FRU seperti Platun Infantri Pasukan Gerakan Am ( PGA ), Komando 69 dan Unit Tindak Khas, POPO ATM dan Pasukan 10 Briged Para


Komando 69 Pasukan Elit PDRM akan ambil alih 
sekiranya rusuhan menjadi tidak terkawal


Kekuatan 1 Platun FRU

1 X Pegawai Kanan berpangkat Asisten Superintendant Polis ( ASP ) ( Ketua Platun )

1 X Pegawai Kanan Berpangkat Inspektor ( Penolong Pegawai Platun )

1 X Sarjan Mejar ( Pentadbiran )

3 X Sarjan ( Seksyen Komander )

18 X Koperal ( Infantri kaki pukul )

1 X Koperal ( logistik )

1 X Koperal ( Pemandu / mekanik )

36 X Konstabel ( Infantri kaki pukul )

11 X Konstabel ( Pengawal Lori sambil mebawa M16 untuk pertahanan keliling )

2 X Konstabel ( Pengawal Ketua Platun )

2 X Konstabel ( Perubatan )

7 X Konstabel ( Pemandu )

2 X Konstabel ( Pemandu Simpanan )

1 X Konstabel ( Radio Operator )

1 X Konstabel ( Juru Tulis )

1 X Konstabel ( Juru Bahasa )

1 X Konstabel ( Juru Kamera )

1 X Konstabel ( Penembak Tepat )

Jumlah keseluruhan anggota FRU dalam sesebuah platun seramai 91 orang


Angota Pengawal Lori FRU di tugaskan untuk pertahanan keliling lori FRU dari di cerobohi
 - Gambar sumber dari FB Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan


FRU sedang siap memasang topeng


Kesimpulan

Sehingga kini pasukan FRU Malaysia begitu berhemah dalam menangani rusuhan di negara ini, FRU sering menggunakan tindakan sehingga ke tahap 5 ( seperti di atas ) sahaja kerana mereka berprinsip menggunakan tindakan yang paling minima.


FRU mara ke objektif


Sumber:https://www.facebook.com/notes/cooper-lee/teknik-menyuraikan-rusuhan-yang-di-gunakan-oleh-fru-malaysia/448671228480555

No comments:

Post a Comment