Wednesday, May 16, 2012

16 Mei-Selamat Hari Guru.Terima Kasih Cikgu


Tanggal 16 Mei setiap tahun satu tarikh keramat bagi semua warga pendidik (Guru).Ini kerana tarikh tersebut telah diwartakan sebagai tarikh bagi menghargai jasa-jasa warga pendidik ini atau lebih mesra dipanggil Cikgu.
Jasa pengorbanan seorang cikgu amatlah besar.Cikgulah yang bertanggungjawab mendidik kita sejak awal persekolahan mengenal ABC,123 dan sebagainya.Dengan jasa mereka jugalah kita menjadi apa yang kita jadi sekarang ni.Terima kasih cikgu.
Bila kita renungkan balik,kerjaya seorang cikgu ni bukanlah mudah seperti yang disangka.Mereka yang berkhidmat sebagai cikgu perlu mempunyai semangat juang yang amat tinggi.Yela kadang2 bukan senang mengajar puluhan anak murid yang mempunyai 1001 ragam dan kerenah.Bukan senang nak menguasai beberapa subjek untuk diajar kepada anak murid.Bukan senang apabila cikgu terpaksa mengajar dikawasan pedalaman yang jauh dari arus kemodenan.Bukan senang apabila selepas waktu persekolahan cikgu masih kene stayback disekolah kerana adanya kelas tambahan,unit beruniform,sukan dan sebagainya.Bukan senang cikgu nak bercuti seperti kakitangan awam lain melainkan cuti sekolah (time ni memang syok la cikgu2 ni).Bukan senang kan tugas cikgu ni?

Cikgu boleh disifatkan sebagai lilin yang menerangi dalam kegelapan.Sanggup membakar diri demi memastikan orang lain tidak hidup dalam kegelapan.Begitulah ibaratnya.Sumbangan mereka dalam mendidik atas bangsa tanpa mengenal erti jemu sudah cukup untuk mencerminkan bahawa profesion perguruan ini merupakan tugas mulia.Kejayaan seorang Perdana Menteri pun bermula daripada didikan seorang cikgu tau!

Dikesempatan ini,aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku di Tadika Kg Telaga Mengkudu,SK Padang Midin,SMK Padang Midin,GiatMara Bukit Payong Dan UiTM Shah Alam.Sesungguhnya segala pengorbanan dan jasa anda amatlah saya hargai.Terima kasih cikgu.
Kepada rakan2 yang bertugas sebagai cikgu,teruskan usaha korang dalam mendidik anak bangsa.Sesungguhnya kerja yang korang lakukan adalah tugas mulia.Selamat bertugas.


Terima Kasih Cikgu....


No comments:

Post a Comment