Friday, May 4, 2012

Idolaku Tun Dr Mahathir Mohamad

Semalam (3 April 2012) merupakan salah satu hari yang takkan aku lupakan dalam hidup sepanjang 30 tahun di di planet bumi ni.Telah tercatat satu kenangan manis dimana aku berpeluang bersalaman dengan seorang negarawan yang amat dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan masyarakat Malaysia khususnya.Negarawan yang dimaksudkan adalah Tun Dr.Mahathir Mohamad,mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4.Satu kenangan yang amat berhargai bagi aku.

Kisahnya bermula apabila aku dan rakan2 setugas telah ditugaskan untuk membuat liputan MCP dan live screen "Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad,Cabaran Umat Islam Masa Kini:Persepsi Dan Realiti" yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.


Ini bukan kali pertama aku membuat liputan program melibatkan Tun.Namun sebelum ini aku tidak  berpeluang untuk bersalam apatah lagi bergambar kenangan bersama Tun akibat sedang bertugas.Namun untuk program semalam aku begitu excited untuk bersalam atau bergambar dengan Tun.Aku nekad apa nak jadi jadilah.Yang penting aku dapat bergambar dengan Tun.Iyela,saper yang tak nak bersalam atau bergambar dengan mantan PM yang begitu tersohor diserata dunia lantaran kebijaksanaan dalam pentadbiran dan kelantangan beliau mengkritik ISREAL!.Cayalah Tun.Bagi aku Tun,merupakan individu yang cukup hebat.Sukar untuk mencari pengganti beliau.

Dipendekkan cerita,sebaik sahaja Tun selesai menyampaikan ucapan dan mula bergerak meninggalkan pentas menuju ke bilik sidang media,orang ramai mula menyerbu Tun.Berebut2 manusia yang ingin bersalam,bergambar dan mintak autograf dengan Tun.Aku pun tidak melepas peluang bersama manusia2 ini.Kedudukan dengan Tun terlalu hampir dan ini peluang terbaik untuk aku bergambar kenangan.Memandangkan aku takde kamera still jadi aku memang mengharapkan rakan2 jurufoto untuk snap gambar dengan Tun.

Tapi sayang seribu kali sayang.Mungkin takde rezeki aku kali ni.Sebaik saja aku menghampiri Tun untuk bergambar takde sorang pun rakan2 jurufoto yang aku kenal ada diberhampiran masa tu.Aduss sayang,kecewa2.Dahlah jarang sekali nak dapat peluang macam ni.Huhuhuh.
Di usia 87 tahun,masih gagah berdiri menyampaikan'ucapan.

Walaupun aku tak dapat bergambar dengan Tun,tapi aku berpeluang bersalaman dengan Tun.Oklah tu,kurang sikit rasa kecewa (style pujuk hati sendiri).Aku sempat jugak snap beberapa keping gambar Tun menggunakan nset canggih aku (canggih ker?padahal Nokia E72 jer).Dalam usia 87 tahun,Tun kelihatan masih sihat dan gagah.Tun masih mampu berdiri lebih 1 jam menyampaikan syarahan dihadapan lebih 3,000 penonton yang hadir.Jarang kita dapat lihat orang dengan umur sebegitu masih lagi sihat dan gagah seperti Tun.

Mesra Rakyat

Sibuk melayan peminat

Negara masih memerlukan khidmat Tun.Tapi apakan daya Tun telah membuat keputusan untuk bersara setelah 25 tahun memerintah Malaysia.Semoga lebih banyak pemimpin yang berwawasan seperti Tun lahir dikalangan kita semua.Insyallah...

Aku beli buku ni dengan harga RM59.60 di Pustaka
Seri Intan.


Bakal pemimpin.Insyallah...Hehehehe

No comments:

Post a Comment