Sunday, May 27, 2012

Petua Menjaga Seluar Jeans


1. Cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam- suam. Jangan mengguna air yang terlalu sejuk dan terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar untuk dibersihkan.

2. Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.
3. Jika seluar jeans terkena air laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air mendidih sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tanggal.

4. Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh. Jangan sesekali dedahkan seluar jeans terus di bawah matahari terik.
5. Jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.

6. Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk mencuci seluar jeans. Gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.
7. Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh dengan menggunakan air pada suhu biasa. 


Tuesday, May 22, 2012

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah

Salam...


Hari ni aku nak berkongsi tips berkaitan kesihatan iaitu macam mane kita nak mengawal tahap kolestrol dalam darah kita.Jadi kat bawah ni ada beberapa tips yang boleh dicuba.Selamat mencuba.


Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.

Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.

Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.

Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola. 

Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.

Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.


Sumber:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Wednesday, May 16, 2012

16 Mei-Selamat Hari Guru.Terima Kasih Cikgu


Tanggal 16 Mei setiap tahun satu tarikh keramat bagi semua warga pendidik (Guru).Ini kerana tarikh tersebut telah diwartakan sebagai tarikh bagi menghargai jasa-jasa warga pendidik ini atau lebih mesra dipanggil Cikgu.
Jasa pengorbanan seorang cikgu amatlah besar.Cikgulah yang bertanggungjawab mendidik kita sejak awal persekolahan mengenal ABC,123 dan sebagainya.Dengan jasa mereka jugalah kita menjadi apa yang kita jadi sekarang ni.Terima kasih cikgu.
Bila kita renungkan balik,kerjaya seorang cikgu ni bukanlah mudah seperti yang disangka.Mereka yang berkhidmat sebagai cikgu perlu mempunyai semangat juang yang amat tinggi.Yela kadang2 bukan senang mengajar puluhan anak murid yang mempunyai 1001 ragam dan kerenah.Bukan senang nak menguasai beberapa subjek untuk diajar kepada anak murid.Bukan senang apabila cikgu terpaksa mengajar dikawasan pedalaman yang jauh dari arus kemodenan.Bukan senang apabila selepas waktu persekolahan cikgu masih kene stayback disekolah kerana adanya kelas tambahan,unit beruniform,sukan dan sebagainya.Bukan senang cikgu nak bercuti seperti kakitangan awam lain melainkan cuti sekolah (time ni memang syok la cikgu2 ni).Bukan senang kan tugas cikgu ni?

Cikgu boleh disifatkan sebagai lilin yang menerangi dalam kegelapan.Sanggup membakar diri demi memastikan orang lain tidak hidup dalam kegelapan.Begitulah ibaratnya.Sumbangan mereka dalam mendidik atas bangsa tanpa mengenal erti jemu sudah cukup untuk mencerminkan bahawa profesion perguruan ini merupakan tugas mulia.Kejayaan seorang Perdana Menteri pun bermula daripada didikan seorang cikgu tau!

Dikesempatan ini,aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku di Tadika Kg Telaga Mengkudu,SK Padang Midin,SMK Padang Midin,GiatMara Bukit Payong Dan UiTM Shah Alam.Sesungguhnya segala pengorbanan dan jasa anda amatlah saya hargai.Terima kasih cikgu.
Kepada rakan2 yang bertugas sebagai cikgu,teruskan usaha korang dalam mendidik anak bangsa.Sesungguhnya kerja yang korang lakukan adalah tugas mulia.Selamat bertugas.


Terima Kasih Cikgu....


Sunday, May 13, 2012

Doa 12 Pintu

Cuba amalakan doa ni.Sebaik-baiknya setiap kali lepas solat fardhu.Selamat beramal.


Sumber: Dato Dr Haji Fadzilah Khamsah

Terapi Air

Assalamualaikum..

Ni ada satu info yang ingin aku berkongsi.Info ni aku dapat dari internet.Berkaitan Terapi Air.Kita mungkin banyak dengar pasal pelbagai jenis terapi untuk kesihatan seperti terapi elektromagnet,terapi ikan,aura terapi dan macam2 jenis lagi la.Tapi kita mungkin kurang tahu berkaitan Terapi Air.Apa khasiatnya terapi ini untuk kesihatan?Jom kita baca artikel kat bawah ni.


Air kosong boleh menyembuhkan kanser, darah tinggi, diabetes, sembelit, tuberculosis, dan pelbagai penyakit lain. Anda sudah tentu sukar mempercayainya. Saya juga agak skeptikal.

Menurut sumber internet, amalan minum air kosong atau digelar terapi air kini sangat popular di Jepun. Terapi ini telah terbukti sukses dan berkesan oleh sekumpulan pakar perubatan Jepun untuk menyembuhkan penyakit kronik dan penyakit ringan.

Menurut kajian, waktu terbaik untuk minum air adalah sejurus bangun daripada tidur. Dengan kata lain, anda minum air pada waktu perut masih lagi kosong.

Kaedah Terapi
1. Sejurus bangun daripada tidur, sebelum menggosok gigi, MINUMlah 4 x 160ml gelas AIR.

2. Selepas itu, gosok gigi dan bersihkan mulut tetapi JANGAN MAKAN makan ataupun minum apa-apapun untuk tempoh 45 minit.

3. Setelah 45 minit, anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Setelah 15 minit sarapan, makan tengah hari, dan makan malam, jangan makan ataupun minum apa-apapun untuk tempoh dua 2 jam.

5. Bagi orang tua ataupun orang sakit yang tidak mampu minum 4 gelas air sekali gus, minumlah setakat yang mampu dan kemudian ditingkatkan sehingga 4 gelas.

Jumlah hari untuk menyembuh atau mengurangkan penyakit-penyakit tertentu:
1. Tekanan darah tinggi (30 hari)

3. Diabetes (30 hari)

4. Sembelit/konstipasi (10 hari)

5. Kanser (180 hari)

6. Tuberculosis (90 hari)

7. Pesakit arthritis disarankan untuk mengikuti terapi ini hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari pada minggu berikut dan seterusnya.

Terapi air ini tidak mempunyai kesan sampingan. Anda tidak rugi mencubanya. Jika ditakdirkan terapi ini terbukti berkesan, maka hasilnya dapat anda rasai dan nikmati. Jika kurang berhasil, anda tahu bahawa air ialah elemen penting untuk tubuh badan.

Jadi cubalah, dengan izin Allah, penyakit anda sembuh! Seperkara lagi, masyarakat Cina dan Jepun mengamalkan minum teh panas selepas menikmati makanan, dan BUKANNYA air berais. Mengapa?

Bagi orang suka minum air berais, pesanan ini mungkin berguna untuk anda. Memanglah enak untuk minum minuman sejuk ketika menikmati makanan. Namun, anda harus mengetahui bahawa air berais akan memadatkan minyak yang terdapat pada makanan. Hal ini akan melambatkan proses pencernaan.

Malah keadaan itu menyebabkan sisa makanan berubah menjadi lemak dan seterusnya menjadi pemicu kanser. Oleh itu, anda digalakkan untuk minum sup panas ataupun minum air panas selepas menikmati sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.

Selamat mencuba, semoga

p/s : Awas, jangan minum air berklorin. Minumlah air mineral atau air bertapis. Jangan juga mengamalkan minum air RO kerana air itu kurang baik untuk kesihatan.


Selamat Hari IBU


Tanggal 13 Mei merupakan Hari IBU.Satu hari yang telah diwujudkan bagi menghargai jasa semua IBU yang ada di muka bumi ni.Biasanya pada hari IBU sudah pasti ada dikalangan family mahupun organisasi akan mengadakan majlis sambutan hari IBU bagi menghargai jasa2 para IBU.Makan2 sudah pasti.Heheehh.

IBU....

Seorang wanita yang tiada tolak bandingnya dalam kehidupan kita seharian.IBU lah yang menyabung nyawa melahirkan kita di muka bumi ni.Ibu lah yang menjaga kita dari kecik hingga besar.IBU jugalah seorang insan yang penuh kesabaran dan kasih sayang dalam melayan keranah kita.Ketika sakit,IBU lah telah tempat bermanja.Ketika sedih,IBU lah tempat kita  mengadu.Ketika gembira,IBU lah tempat kita berkongsi kegembiraan.Tengoklah betapa besarnya peranan seorangf IBU dalam kehidupan seharian kita.Jadi hargailah IBU anda.Memberikanlah kasih sayang sebagaimana mereka memberikan kasih sayang kepada kita.Jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita dari kecik hingga besar.Layani mereka seperti mana mereka melayan kerenah kita.

Bagi aku pulak,IBU (aku panggil emak) merupakan insan yang penting dalam hidup aku.Itu memang tidak dapat dinafikan lagi.IBU telah banyak berkorban untuk aku.IBU sentiasa ada dalam susah mahupun senang.Syukur Ya Allah.Walaupun aku tak pandai menunjukkan perasaan kasih sayang,tapi yang pasti aku sayang IBU aku.Aku akan cuba menunaikan tanggungjawab sebagai anak sebaik mungkin.Mudah-mudahah Allah murahkan rezeki dan mempermudahkan urusan aku dalam usaha melaksanakan tanggunjawab kepada ibubapa,keluarga,agama,bangsa dan negara.Insyallah..

"Syurga itu dibawah tapak kaki IBU"...


Friday, May 11, 2012

Personaliti Mengikut jenis Darah

Kite selalu lihat atau baca artikel cara mengenal personaliti seseorang berdasarkan bulan kelahiran mereka kan?Itu dah common sangat.Dalam enrty kali ni aku nak share info macamane nak kenal personaliti seseorang berdasarkan kumpulan darah mereka.

Sejauh mana kebenaran info ni,aku pun tak pasti.Sila guna budi bicara korang sendiri,ok.By the way darah aku A+.Kalau tengok pada apa yang ditulis memang ada persamaan dengan diri aku.Mungkin ianya sekadar kebetulan.Ok lah,selamat membaca..


Thursday, May 10, 2012

Demonstrasi Jalanan,FRU & MALAYSIA

Sejak akhir-akhirnya ini,negara kita sering dilanda dengan masalah demonstrasi jalan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha mereka untuk menyuarakan pendapat dan hasrat mereka kepada pihak pentadbiran negara iaitu KERAJAAN MALAYSIA.Namun begitu,cara ini bukan satu jalan terbaik untuk menyuarakan pendapat atau hasrat kepada KERAJAAN MALAYSIA.Banyak lagi saluran-saluran lain yang boleh digunakan mereka ini.Tapi mereka ini tidak begitu berminat untuk gunakan saluran-saluran ini.Mereka lebih suka mengadakan demonstrasi jalanan.

Apabila demonstari jalanan diadakan,ianya secara langsung menjurus berlakunya kekecohan,kerosakan harta benda awan,kecederaan dan pelbagai lagi permasalahan lain.Ini kerana mereka yang menyertai demonstari jalanan ini sudah pasti mempunyai sikap tak puas hati dan amarah terlampau terhadap sesuatu perkara mereka rasakan betul walaupun pada hakikatnya salah.

Jadi apabila manusia-manusia ini berkumpul dalam kapasiti yang ramai,sudah pasti agensi keselamatan negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengarahkan pegawai dan anggota mereka bertugas dilokasi kejadian  bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.Kebiasaan bagi kes-kes yang melibatkan demonstari jalanan,pihak PDRM sudah pasti akan mengerahkan pakar dalam menangani kes-kes sebegini iaitu Unit Simpanan Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FRU (Federal Reserve Unit).

Dalam kebanyakkan kes demonstari jalanan,bukan setakat di Malaysia bahkan di negara luar,ianya akan berakhir dengan kekocohan,kerosakan harta benda awam dan kecederaan.Peserta demonstrasi biasanya akan bertempur dengan pihak berkuasa.Apabila berlaku pertempuran maka akan berlakulah kecederaan.Dan apabila berlaku kecederaan,akan ada pihak menyalahkan pihak kuasa kerana menggunakan kekerasan dalam mengawal situasi berkenaan.Mereka ini akan bermati-matian mengatakan mereka perhimpunan secara aman,tetapi pihak berkuasa yang bertindak melulu dengan kekerasan.

Jadi dalam entry kali ni,aku ingin berkongsi sedikit info berkaitan Teknik Menyuraikan Rusuhan Yang di Gunakan Oleh FRU Malaysia.Semoga info ini sedikit sebanyak dapat memberi "pencerahan" terhadap tindakan yang diguna pakai oleh pihak berkuasa dan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap PDRM dalam menjalankan tugas mereka.


FRU sedang mara

1. Amaran

Pegawai Polis FRU akan memberikan amaran kepada perusuh dalam jarak 100 meter yang berbunyi " Bersurai serta merta atau kami ( FRU ) akan suraikan anda dengan kekerasan!” arahan ini di berikan sebanyak lebih dari 3 kali dengan pelbagai bahasa yang mudah di fahami oleh kumpulan haram itu

L
Latihan Balingan Bom Asap di kawasan yang jauh dari penduduk


2. Tembakan Gas Pemedih Mata

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, maka pegawai polis FRU akan menganagkat bendera kuning iaiti bertujuan mengarahkan satu seksyen senapang gas untuk mara kehadapan dan melancarkan tembakan gas pemedih mata dalam jarak 100 meter dari kumpulan haram.

Tembakan gas pemedih mata di lepaskan

3. Tindakan Semburan Air Water Cannon ( Lori Meriam Air )

Sekiranyaperusuh itu enggan bersurai maka pegawai polis FRU akan mengarahkan Lori Water Cannon untuk mara ke perusuh dan melepaskan air bercampur gas. Adakalanya Lori Water Cannon akan menggunakan air berwarna dan tembak ke arah perusuh dan ini memudahkan anggota polis biasa menangkap perusuh yang telah di sembur tadi. Teknik ini pernah di gunakan semasa Reformasi Jalanan 1998.

Trak Meriam Air yang di beli ketika zaman pentadbiran 
Tun Dr Mahathir adalah menjadi sokongan kepada FRU


4. Tindakan Paluan Perisai

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen anggota infantri FRU mara beramai – ramai kehadapan sambil memukul ( Palu ) perisai dengan belantan bertujuan menakutkan perusuh. Teknik ini pernah juga diguna pakai semasa Reformasi Jalanan 1998.


5. Tindakan Balingan Bom Asap

Apabila 2 seksyen infantri FRU telah rapat dengan perusuh tersebut dan perusuh itu pula enggan bersurai, maka Pegawai Polis FRU akan menganggkat bendera hijau dan beberapa anggota FRU yang di tugaskan membawa bom asap akan melepaskan bom asap dengan cara balingan ke arah perusuh itu tadi dan kemudian 2 seksyen infantri FRU tadi akan berpecah kepada 2 kumpulan dan lari ke belakang semula.


6. Tindakan Cota ( mengunakan pukulan belantan )

Sekiranya perusuh tadi enggan bersurai maka Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen infantri FRU tadi mara semula kehadapan sehingga rapat dengan perusuh dan sarjan FRU setiap seksyen akan mengarahkan anggota FRU serang perusuh mengunakan cota atau belantan dan memukul perusuh yang enggan bersurai. Tindakan ini pernah di gunakan semasa rusuhan – rusuhan sehingga era 90 an.


7. Tembak Menggunakan Peluru Hidup

Ini merupakan tindakan yang terakhir sekali sekiranya perusuh enggan bersurai dan rusuhan menjadi lebih dasyat, maka pegawai Polis FRU berkuasa mengangkat bendera merah dan menandakan tembakan akan bermula dan 1 seksyen anggota FRU yang membawa senjata M16 akan mara kehadapan dan melakukan tindakan tembak dengan arahan dari Pegawai Polis FRU tadi.Tindakan ini pernah di guna pakai oleh FRU semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tragedi Memali 1986.

Senjata M16 single shoot yang di gunakan oleh FRU 
untuk menembak perusush sekiranya perlu


Tindakan tembakan ini merupakan tindakan awal oleh pihak FRU sementara menunggu pasukan sahabat tiba untuk mengambil alih tugas FRU seperti Platun Infantri Pasukan Gerakan Am ( PGA ), Komando 69 dan Unit Tindak Khas, POPO ATM dan Pasukan 10 Briged Para


Komando 69 Pasukan Elit PDRM akan ambil alih 
sekiranya rusuhan menjadi tidak terkawal


Kekuatan 1 Platun FRU

1 X Pegawai Kanan berpangkat Asisten Superintendant Polis ( ASP ) ( Ketua Platun )

1 X Pegawai Kanan Berpangkat Inspektor ( Penolong Pegawai Platun )

1 X Sarjan Mejar ( Pentadbiran )

3 X Sarjan ( Seksyen Komander )

18 X Koperal ( Infantri kaki pukul )

1 X Koperal ( logistik )

1 X Koperal ( Pemandu / mekanik )

36 X Konstabel ( Infantri kaki pukul )

11 X Konstabel ( Pengawal Lori sambil mebawa M16 untuk pertahanan keliling )

2 X Konstabel ( Pengawal Ketua Platun )

2 X Konstabel ( Perubatan )

7 X Konstabel ( Pemandu )

2 X Konstabel ( Pemandu Simpanan )

1 X Konstabel ( Radio Operator )

1 X Konstabel ( Juru Tulis )

1 X Konstabel ( Juru Bahasa )

1 X Konstabel ( Juru Kamera )

1 X Konstabel ( Penembak Tepat )

Jumlah keseluruhan anggota FRU dalam sesebuah platun seramai 91 orang


Angota Pengawal Lori FRU di tugaskan untuk pertahanan keliling lori FRU dari di cerobohi
 - Gambar sumber dari FB Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan


FRU sedang siap memasang topeng


Kesimpulan

Sehingga kini pasukan FRU Malaysia begitu berhemah dalam menangani rusuhan di negara ini, FRU sering menggunakan tindakan sehingga ke tahap 5 ( seperti di atas ) sahaja kerana mereka berprinsip menggunakan tindakan yang paling minima.


FRU mara ke objektif


Sumber:https://www.facebook.com/notes/cooper-lee/teknik-menyuraikan-rusuhan-yang-di-gunakan-oleh-fru-malaysia/448671228480555

Wednesday, May 9, 2012

Permintaan Otai Komputer

insan dalam pic ini tidak berdosa.pic ini guna
 teknik super impose.hahaaha

Pic ni juruteknik komputer opis aku yang snap menggunakan kamera nset canggih aku.Dia snap pic ni semata-mata nak aku update blog dan upload pic ni.Hahaahahah.Sakit Tayar (sila sebut dalam loghat terengganu).
ni kot yang dimaksudkan tayar yang sakit
 aka"sakit tayar"
Wan,aku tau ko mesti baca blog ni.Ko kan satu-satunya follower setia blog aku yang hebat ni.Hebat sangat ke?Hahahah.Style angkat bangkul sendiri gitu.
suke sangat la tu!!!
Mesti ko suke bila aku update dan upload pic ni kan?Kahkahkah.Jangan suke sungguh sangat.Nanti aku report ke Abang Sobri (Sarjan OB) baru ko tau.Biar dia kutuk ko masa kite bersantai sambil merehatkan minda di kantin rasmi opis kite (kedai esah la ;).Haahaha..

p/s:pic terpaksa disensor kerana ada unsur yang tidak sesuai untuk tontonan 18 tahun ke bawah (18SX)

dah lama tak nampak sign ni dalam tv.

Friday, May 4, 2012

Idolaku Tun Dr Mahathir Mohamad

Semalam (3 April 2012) merupakan salah satu hari yang takkan aku lupakan dalam hidup sepanjang 30 tahun di di planet bumi ni.Telah tercatat satu kenangan manis dimana aku berpeluang bersalaman dengan seorang negarawan yang amat dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan masyarakat Malaysia khususnya.Negarawan yang dimaksudkan adalah Tun Dr.Mahathir Mohamad,mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4.Satu kenangan yang amat berhargai bagi aku.

Kisahnya bermula apabila aku dan rakan2 setugas telah ditugaskan untuk membuat liputan MCP dan live screen "Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad,Cabaran Umat Islam Masa Kini:Persepsi Dan Realiti" yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.


Ini bukan kali pertama aku membuat liputan program melibatkan Tun.Namun sebelum ini aku tidak  berpeluang untuk bersalam apatah lagi bergambar kenangan bersama Tun akibat sedang bertugas.Namun untuk program semalam aku begitu excited untuk bersalam atau bergambar dengan Tun.Aku nekad apa nak jadi jadilah.Yang penting aku dapat bergambar dengan Tun.Iyela,saper yang tak nak bersalam atau bergambar dengan mantan PM yang begitu tersohor diserata dunia lantaran kebijaksanaan dalam pentadbiran dan kelantangan beliau mengkritik ISREAL!.Cayalah Tun.Bagi aku Tun,merupakan individu yang cukup hebat.Sukar untuk mencari pengganti beliau.

Dipendekkan cerita,sebaik sahaja Tun selesai menyampaikan ucapan dan mula bergerak meninggalkan pentas menuju ke bilik sidang media,orang ramai mula menyerbu Tun.Berebut2 manusia yang ingin bersalam,bergambar dan mintak autograf dengan Tun.Aku pun tidak melepas peluang bersama manusia2 ini.Kedudukan dengan Tun terlalu hampir dan ini peluang terbaik untuk aku bergambar kenangan.Memandangkan aku takde kamera still jadi aku memang mengharapkan rakan2 jurufoto untuk snap gambar dengan Tun.

Tapi sayang seribu kali sayang.Mungkin takde rezeki aku kali ni.Sebaik saja aku menghampiri Tun untuk bergambar takde sorang pun rakan2 jurufoto yang aku kenal ada diberhampiran masa tu.Aduss sayang,kecewa2.Dahlah jarang sekali nak dapat peluang macam ni.Huhuhuh.
Di usia 87 tahun,masih gagah berdiri menyampaikan'ucapan.

Walaupun aku tak dapat bergambar dengan Tun,tapi aku berpeluang bersalaman dengan Tun.Oklah tu,kurang sikit rasa kecewa (style pujuk hati sendiri).Aku sempat jugak snap beberapa keping gambar Tun menggunakan nset canggih aku (canggih ker?padahal Nokia E72 jer).Dalam usia 87 tahun,Tun kelihatan masih sihat dan gagah.Tun masih mampu berdiri lebih 1 jam menyampaikan syarahan dihadapan lebih 3,000 penonton yang hadir.Jarang kita dapat lihat orang dengan umur sebegitu masih lagi sihat dan gagah seperti Tun.

Mesra Rakyat

Sibuk melayan peminat

Negara masih memerlukan khidmat Tun.Tapi apakan daya Tun telah membuat keputusan untuk bersara setelah 25 tahun memerintah Malaysia.Semoga lebih banyak pemimpin yang berwawasan seperti Tun lahir dikalangan kita semua.Insyallah...

Aku beli buku ni dengan harga RM59.60 di Pustaka
Seri Intan.


Bakal pemimpin.Insyallah...Hehehehe

Wednesday, May 2, 2012

Ada betulnya...

Sumber:Facebook

Cuba anda semua hayati kata2 diatas.Sungguh mendalam maknanya kan?Pertama kali aku membaca ayat ni,terus aku merasakan ianya sedikit sebanyak kene dengan situasi yang pernah aku lalui sebelum ni.Aku malas nak ulas apa yang pernah aku lalui sebelum ni.Kerana ianya boleh mendatangkan AMARAH dan SAKIT HATI!

Aku pun malas nak ulas apa makna atau maksud tersirat ayat ni sebab aku yakin dan pasti korang sendiri boleh teka maksudnya.
Sumber:Malaysian Comunity

Cuma aku nak buat pesanan penaja,"Hargailah orang yang menyayangi kita dan jangan sesekali kita mendustai kepercayaan yang telah diberikan".That's all.Over & Out.

Barang??


Jengjengjeng...Apakah yang terdapat dalam bungkusan ini?Adakah ianya bungkusan yang mengandung ketulan ganja mampat yang mane jika di tangkap oleh pihak berkuasa boleh didakwa dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya!Cara pembungkusan sudah cukup menimbulkan rasa kecurigaan (sekiranya takde pelekat Skynet tu).Jom kite lihat apa yang ada dalam ni......zasssssssssssssssssssssss...


Sekali tengok cara bungkus ni macam dadah pun ada.

Ni lah dia apa yang ada dalam bungkusan tadi.Bukan ganja yea..Saya BELIA BENCI DADAH tau!Sebenarnya ni barang yang aku beli online minggu lepas.Satu beg silang design camo tentera dan satu multipurpose knife.

Ni la isinyer...