Semalam dengan bantuan sepupu,aku
telah mendapatkan rawatan dengan seorang perawat di Kajang.Perawat ni dikenali
sebagai Ustaz Ishak dan merupakan perawat ke 37 yang aku jumpa.Pusat rawatan
Ustaz Ishak terletak dideretan rumah kedai di kawasan Prima Saujana.
Masa aku sampai dalam pukul 9.00
malam,memang orang dah ramai menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.Tapi alhamdulillah,dengan
bantuan kawan sepupu aku yang juga kenalan kepada Ustaz Ishak daptlah
dipercepatkan giliran aku.
Seperti biasa,aku mula mencerita
kisah aku kepada Ustaz Ishak.Hasil daripada cerita dan proses “scan” yang
dibuat,Ustaz Ishek mengesahkan memang terdapat gangguan pada aku.Bukan aku
sahaja,tapi seluruh ahli keluarga aku.Cuma aku yang paling teruk.
Aku sekeluarga kemudiannya
diruqyah oleh Ustaz Isehak.Selesai diruqyah kami dibekalkan dengan beberapa
bahan seperti limau nipis,air mineral,garam kasar dan lada hitam yang telah dibacakan doa.Semua bahan
ini akan digunakan dalam proses rawatan aku balik ke Terengganu.Limau nipis
digunakan untuk mandian.Air mineral untuk diminum.Manakala garam dan lada hitam
digunakan untuk ditabur didalam dan disekeliling rumah.
Apa yang agask menarik perhatian
aku,bila Ustaz Isehak dapat buat lakaran yang agak tepat kedudukan rumah
aku.Menurut Ustaz Isehek,benda yang mengganggu aku sekeluarga jalan masuk ke rumah
aku.Mungkin hantaran orang.Jadi setiap kali keluar masuk rumah,aku akan terkena
gannguan.Campuran garam kasar dan lada hitam telah ditabur sebagai ikhtiar
untuk mematikan ganguan tersebut.
Ustaz Ishak ada beritahu orang
yang membuat semua ni adalah orang yang mengenali aku sekeluarga.Mungkin kerana
disebabkan dengki mereka sanggup sihir-mengsihir ni.Jadi pesan Ustaz
Ishak,berhati-hati la dengan keadaan sekeliling.Berhati-hati juga dengan setiap
makanan yabg diberikan orang kerana salah satu kaedah untuk menghantar sihir
adalah melalui makanan.
Kami sekeluarga turut dibekalkan
beberapa ayat untuk dijadikan amalan seharian.
Mudah-mudahan ikhtiar untuk
merawat penyakit aku ni menunjukkan kesan positif dengan izinNya.Sesungguhnya
aku hanya bertawakal kepada Allah S.W.T..
No comments:
Post a Comment