Simptom gangguan
Untuk mengesan samada diri kita ada mengalami simptom gangguan dan anda merasa was was adakah ini disebabkan penyakit biasa atau penyakit gangguan
Syaratnya ia mesti diamalkan dan disamping berdoa memohon petunjuk dari Allah semuga ia memberi petunjuk pada kita selepas selesai setiap solat lima waktu dan lebih afdal dilakukan selepas kita berzikir.Dimulakan dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,kemudian membaca surah Al Fatihah 1 kali, surah Al falaq sebanyak 41 kali dan terakhir baca surah AN Nas 41 kali. Amalkan
Apabila anda mengamalkan bacaan ini dan jika terdapat gangguan seperti gangguan jin atau iblis,paling tidak anda akan kerasa denyutan berulang kali pada anggota badan anda dan adakalanya ia akan berubah tempat.Untuk gangguan yang melibatkan unsur unsur sihir,anda akan mengalami rasa mengantok yang amat sangat sehingga anda akan tertidur sebelum sempat anda menghabiskan bacaan ayat ayat tersebut.Ada juga anda merasakan panas anggota badan,badan menjadi berat,ada sesuatu benda bergerak dalam badan
Andainya salah satu atau kedua dua unsur gangguan yang sebut diatas melibatkan diri anda atau keluarga anda,segeralah berikhtiar untuk mengubatinya sebelum terlewat.
Dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali dia menurunkan ubatnya,ada yang mengetahui dan ada yang tidak mengetahui."
Sumber:Perubatan Syifa Al-Ikhlas
No comments:
Post a Comment