Friday, November 30, 2012

Perawat Ke 37


Semalam dengan bantuan sepupu,aku telah mendapatkan rawatan dengan seorang perawat di Kajang.Perawat ni dikenali sebagai Ustaz Ishak dan merupakan perawat ke 37 yang aku jumpa.Pusat rawatan Ustaz Ishak terletak dideretan rumah kedai di kawasan Prima Saujana.
Masa aku sampai dalam pukul 9.00 malam,memang orang dah ramai menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.Tapi alhamdulillah,dengan bantuan kawan sepupu aku yang juga kenalan kepada Ustaz Ishak daptlah dipercepatkan giliran aku.
Seperti biasa,aku mula mencerita kisah aku kepada Ustaz Ishak.Hasil daripada cerita dan proses “scan” yang dibuat,Ustaz Ishek mengesahkan memang terdapat gangguan pada aku.Bukan aku sahaja,tapi seluruh ahli keluarga aku.Cuma aku yang paling teruk.
Aku sekeluarga kemudiannya diruqyah oleh Ustaz Isehak.Selesai diruqyah kami dibekalkan dengan beberapa bahan seperti limau nipis,air mineral,garam kasar dan lada hitam yang telah dibacakan doa.Semua bahan ini akan digunakan dalam proses rawatan aku balik ke Terengganu.Limau nipis digunakan untuk mandian.Air mineral untuk diminum.Manakala garam dan lada hitam digunakan untuk ditabur didalam dan disekeliling rumah.
Apa yang agask menarik perhatian aku,bila Ustaz Isehak dapat buat lakaran yang agak tepat kedudukan rumah aku.Menurut Ustaz Isehek,benda yang mengganggu aku sekeluarga jalan masuk ke rumah aku.Mungkin hantaran orang.Jadi setiap kali keluar masuk rumah,aku akan terkena gannguan.Campuran garam kasar dan lada hitam telah ditabur sebagai ikhtiar untuk mematikan ganguan tersebut.
Ustaz Ishak ada beritahu orang yang membuat semua ni adalah orang yang mengenali aku sekeluarga.Mungkin kerana disebabkan dengki mereka sanggup sihir-mengsihir ni.Jadi pesan Ustaz Ishak,berhati-hati la dengan keadaan sekeliling.Berhati-hati juga dengan setiap makanan yabg diberikan orang kerana salah satu kaedah untuk menghantar sihir adalah melalui makanan.
Kami sekeluarga turut dibekalkan beberapa ayat untuk dijadikan amalan seharian.

Mudah-mudahan ikhtiar untuk merawat penyakit aku ni menunjukkan kesan positif dengan izinNya.Sesungguhnya aku hanya bertawakal kepada Allah S.W.T..

Monday, November 19, 2012

TERLIHAT DALAM PERKARA YANG MENGGERUNKAN DAN MENAKUTKAN

TERLIHAT DALAM PERKARA YANG MENGGERUNKAN DAN MENAKUTKAN DALAM KEADAAN SEDAR ATAU KETIKA TIDUR


1.Ta’awudz

A’uudzu billahi minas syaithanir rajim. (3 KALI)

“Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk”.


* Al-fatihah 1 kali

* Ayatul Kursi 3 Kali (kalimah ayat penghujung ayatul kursi 7 kali)

* 3 Qul (surah al-ikhlas,surah al-falaq,surah an-nas)

Selamat beramal
Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

TERAPI DIRI

TERAPI DIRI

1.Ta’awudz

A’uudzu billahi minas syaithanir rajim.

“Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk”.


2.Membaca Basmalah

Bismillaahir rahmanir rahim.

“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.


3.Shalawat Nabi

Allahumma shalli wasallim ‘ala sayyidina Muhammad.

“Shalawat dan salam semoga Allah limpahkan kepada penghulu kita Muhammad”.


4.Kemudian Membaca

Bismillahi ‘l-ladzi la yadhurru ma’a s mihi syafi’un fil ardhi wa lafi ‘s-sama’I wa huwa ssami’ul ‘aliim.

“Dengan nama Allah, yang bila namanya disebut tidak ada sesuatu yang membahayakan di bumi maupun di langit. Dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui”.


5.Setelah itu Membaca

A’udzu bi kalimatillahit taammati min syarri ma khalaq.

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan mahluk yang diciptakan-Nya”.


Do’a-do’a tersebut harus dibaca untuk memberikan getaran- getaran, agar molekul-molekul di dalam tubuh menjadi seimbang dengan idzin Allah.

Sumber: PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Friday, November 9, 2012

Amalan Selesai Solat Jumaat



Ada sedikit perkongsia buat semua..Amalkan dengan ikhlas memuji Allah swt. Berikut adalah amalanya

Apabila selesai daripada solat Jumaat,
maka sunat ia membaca:


SURAH AL FATIHAH 7 KALI

SURAH AL IKHLAS 7 KALI

SURAH AL FALAQ 7 KALI

SURAH AN NAAS 7 KALI

Berkata Imam Ghazali Rahimahullahu Taala:
Ertinya:

"Maka sesungguhnya telah diriwiyatkan daripada setengah ulamak yang dahulu bahawa barangsiapa mengerjakan yang demikian itu nescaya ia akan dipeliharakan daripada segala kejahatan dan daripada marabahaya, daripada Jumaat yang pertama hingga Jumaat yang kedua dan adalah MEMELIHARAKAN IA BAGINYA DARIPADA SYAITAN..."


Sumber:Copy Paste Dari FB PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Thursday, November 8, 2012

Mengesan Gangguan Dalam Diri

Simptom gangguan

Untuk mengesan samada diri kita ada mengalami simptom gangguan dan anda merasa was was adakah ini disebabkan penyakit biasa atau penyakit gangguan 

Syaratnya ia mesti diamalkan dan disamping berdoa memohon petunjuk dari Allah semuga ia memberi petunjuk pada kita selepas selesai setiap solat lima waktu dan lebih afdal dilakukan selepas kita berzikir.Dimulakan dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,kemudian membaca surah Al Fatihah 1 kali, surah Al falaq sebanyak 41 kali dan terakhir baca surah AN Nas 41 kali. Amalkan

Apabila anda mengamalkan bacaan ini dan jika terdapat gangguan seperti gangguan jin atau iblis,paling tidak anda akan kerasa denyutan berulang kali pada anggota badan anda dan adakalanya ia akan berubah tempat.Untuk gangguan yang melibatkan unsur unsur sihir,anda akan mengalami rasa mengantok yang amat sangat sehingga anda akan tertidur sebelum sempat anda menghabiskan bacaan ayat ayat tersebut.Ada juga anda merasakan panas anggota badan,badan menjadi berat,ada sesuatu benda bergerak dalam badan

Andainya salah satu atau kedua dua unsur gangguan yang sebut diatas melibatkan diri anda atau keluarga anda,segeralah berikhtiar untuk mengubatinya sebelum terlewat.

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali dia menurunkan ubatnya,ada yang mengetahui dan ada yang tidak mengetahui."

Sumber:Perubatan Syifa Al-Ikhlas

My Mobile Rig

Akhirnya angan2 aku nak beli mobile rig akhirnya tercapai.Syukur pada Allah.Hari ni barang yang ditunggu akhirnya sampai.Memang suspen jugak la tunggu abang despatch datang opis tadi.Terus jadi jiwa kacau jap.Nasib baik tak jadi tekanan jiwa jer.Hahahaha.Ntah ape2 jer akuni.Suspen tak bertempatkan.

Setelah sekian lama aku buat kajian dan penilaian,akhirnya pagi semalam aku terus order Icom IC2300 dengan pembekal di Gombak,KL.3-4 hari sebelum  tu memang giler kentang aku duk fikir nak beli ke tak,model ape nak beli,nyesal tak beli dan macam2 la.Nak darah tinggi aku rasenye.

Akhirnya ni la hasilnya....