Friday, July 20, 2012

Keunikan Terengganu Di Bulan Ramadhan (Tembakan Bedil)





Setiap bulan Ramadhan, sebahagian penduduk bandaraya akan mendengar bunyi tembakan bedil. Itu menandakan waktu berbuka puasa sudah masuk atau tamat waktu imsak. Sebelum tahun 1990, penduduk Kuala Terengganu mempunyai dua isyarat untuk mengetahui waktu berbuka puasa atau waktu imsak iaitu bunyi genta (loceng besar) dan bunyi bedil. Bedil ditembak dari atas bukit Pak Apil iaitu ditapak bangunan SUK, Muzium dan KETENGAH. Bunyi tembakan ini dapat kedengaran dalam jarak 8-10 km.


Pihak Polis telah dipertanggungjawab untuk menyeliakan tembakan bedil ini. Tembakan ini menggunakan bunga api. Bunga api yang bersaiz 12 in digunakan untuk menghasilkan bunyi yang padat. Besi paip yang bersaiz besar digunakan untuk melancarkan bunga api ke udara. Sebanyak 8 batang paip dipacak di atas tanah. Untuk berbuka puasa hanya sebatang paip sahaja yang digunakan dan waktu imsak dua batang. Manakala untuk menandakan esok mula berpuasa atau hari raya, kesemua lapan batang paip akan digunakan.


Pelancar akan digunakan untuk menembak bunga api dan pelancar ini dikawal dengan alat kawalan yang diletak 30 meter dari jarak pelancar tadi. Apabila suis ditekan, satu bunyi kecil kedengaran dan dalam masa 5 saat bunga api akan terpancar di udara dengan bunyi yang padat. Percikan bunga api sangat cantik dan sepanjang bulan ramadhan bandaraya bermandikan bunga api pada waktu berbuka dan waktu imsak.
Inilah bentuk genta yang terdapat di atas Bukit Puteri. Genta yang seberat 175 kg ini dibuat daripada tembaga kuning oleh Wan Ali Wan Awang dari Kampung Tanjung. Semasa penggunaan genta ini, paluan genta dibunyikan acap kali terutama apabila masuk waktu imsak dan tamat waktu imsak

Di sini terletak Puncak Panorama yang sedang dalam pembinaan. Apabila siap nanti anda boleh melihat bandaraya Kuala Terengganu dan keindahan Sungai Terengganu dari puncak bukit ini.



p/s:Segala artikel dan gambar adalah milik terengganuhebat.blogspot.com

Monday, July 16, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2012



Assalamualaikum...

Tak berapa hari lagi,kita semua akan menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan ramadhan.Kalau jumaat penghulu segala hari,ramadhan pula adalah penghulu segala bulan.

Di bulan yang penuh mulia dan berkat ini,kita semua diseru melipat gandakan amal ibadat.Semoga  amalan kita diterima dan diberi ganjaran setimpal dari Allah SWT akhirat nanti.

Bersamalah kita semua memenuhkan masjid dan surau berhampiran menunaikan solat sunat terawih bersama-sama saudara Islam kita yang lain.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Saturday, July 14, 2012

Kilat Menyambar!!!

Pic:Google

Baru-baru ni (12 Julai 2012), aku dan beberapa rakan setugas telah menyaksikan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT dan betapa kerdil serta lemahnya kite semua ni sebagai hambaNya.Satu pengalaman yang akan diingat sampai bila-bila.

Kisahnya bermula apabila kami selesai makan di sebuah kedai nasik minyak di Seberang Takir (Kedai Nasi Minyak Mazlan) dan dalam perjalanan ke Stadium Tertutup Gong Badak untuk menyelesaikan tugasan.

Kami bergerak dengan dua buah kenderaan.Satu van jabatan dan satu lagi kereta Kenari milik salah seorang rakan kami.Aku menaiki bersama beberapa orang rakan.Manakala  beberapa orang lagi naik kereta.Keadaan dalam van memang kecoh dengan gelak ketawa apabila ada diantara kami saling bergurau senda dan kutuk mengutuk.

Sampai di satu persimpangan (simpang tiga bersebelahan SK Kompleks Seberang Takir),tiba-tiba kami semua telah dikejutkan dengan kejadian kilat menyambar pagar (pagar besi) bersebelahan van kami (jaraknya lebih kurang 5 meter dari van) dan dentuman guruh yang begitu kuat sekali.Ketika kilat menyambar kedengaran beberapa kali bunyi seperti mercun naga "pam,pam,pam...".Bunyi tu sebenarnya adalah bunyi pagar besi yang bergetar setelah disambar kilat.

Keadaan dalam van yang pada awalnya kecoh,terus sunyi sepi.Masing-masing terkejut dengan apa yang dilihat tadi.Di depan van kami ada seorang penunggang motosikal.Dia pun kelihatan amat terkejut.Ketika penunggang ni membuat u-turn,kami dapat melihat dia menggosok bahagian dada beberapa kali.Kami yang di dalam van pun dah cukup terkejut dan berdebar apatah lagi penunggang motosikal tu yang terang-terangan takde perlindungan jika dibandingkan dengan  kami yang didalam van ni.

Menurut cerita rakan yang menaiki kereta, (kereta ikut belakang van) ketika kejadian tingkap kereta terbuka.Selepas kilat menyambar pagar,mereka dapat menghidu bau hangit dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri pagar tersebut berasap!

Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke stadium.Sampai di stadium  kami masih lagi terkejut dengan kejadian tadi.Ada diantara kami terfikir bagaimana kalau kilat tadi menyambar van yang kami.Nauzubillahiminzalik.Sudah pasti teruk akibatnya.

Syukur padaMu Ya Allah kerana menlindungi hambaMu yang lemah ini.

P/s:Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kuasa kira-kira 100terawatt (Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kilat)

Penawar Bagi Hati Yang Gemar Membuat Maksiat


Sumber:https://www.facebook.com/goislamituindah

Ayat Penunduk Sihir


Sumber:Facebook/darussyifa

Tuesday, July 10, 2012

Adakah Aku "Diserang" Lagi?

Assalamualaikum..

Aku nak berkongsi satu pengalaman "mistik".Semalam aku telah ke surau untuk solat maghrib jemaah.Kedudukan aku di dalam saf berhampiran tingkap surau.Ketika aku ingin mengakat takbir,dari hujung anak mata aku terlihat kelibat putih melintasi tingkap surau.
Pic:Google
Pada mula aku beranggapan kelibat tersebut mungkin kopiah yang dipakai salah seorang jemaah yang datang lewat untuk berjemaah.Tapi aku rasa tidak puas hati.Jadi aku pun jenguk keluar tingkap untuk kepastian.Apabila aku jenguk keluar,tiada seorang pun yang kelihatan diluar.Aku mula rasa tidak sedap hati.Aku pun mengakat takbir dan meneruskan solat.

Ketika sedang bersolat,aku mula rasa tidak sedap badan.Lain macam je rasanye.Badan aku terasa lemah dan kadang-kadang rasa seriau.Aku mula syak sesuatu.Aku teruskan solat jemaah hingga selesai.Sudah menjadi kebiasaan,apabila selesai solat maghrib aku akan baca surah Yasin.Ketika aku baca surah Yasin lemah badan dan seriau semakin menjadi-jadi.Aku mula fikir yang bukan-bukan.Adakah aku "diserang" kembali setelah 2 minggu mampu bergerak "aktif"?.Aku teruskan bacaan hingga selesai.Sebelum tu,salah satu ikhitar untuk mengelak dari sebarang "gangguan",aku telah membaca ayat 3 Qul,ayat Kursi dan ayat pembatal sihir.

Selesai bacaan,aku terus start motor dan balik ke rumah.Sampai di rumah,aku cuba tenangkan fikiran dan membaca beberapa ayat suci.Aku masih di hantui perasaan tadi.Aku baring atas katil.Aku berasa cukup gelisah.Rasa cemas tak tahu punca.Denyutan jantung/nadi sedikit laju disebabkan perasaan yang dialami.Sekiranya denyutan jantung/nadi aku melebihi 100 denyutan/seminit,terpaksa aku telah ubat Apo-Propanolol untuk slow down denyutan.

Akhirnya aku terlelap.Aku terjaga dari tido dalam pukul 11.30 malam.Badan masih lemah dan perasaan tadi masih menghantui diri.Aku pun pelik apa yang berlaku sebenarnya.Tapi hati aku kuatkan mengatakan bahawa kemungkinan besar aku telah "diserang"kembali.Aku gagahkan diri bangun dari katil menuju ke bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan solat isyak dan solat sunat hajat.Selesai menunaikan solat,aku sambung balik tido.Sebelum tu,aku sempat pasang bacaan ayat ruqyah di handphone.

Alhamdulilah,bangun pagi tadi keadaan dah ok sikit.Aku pun meneruskan aktiviti hari ni seperti biasa.Sesekali perasaan semalam ada jugak datang.Aku baca ayat pendinding dan terus sibukkan diri dengan kerja.Kebetulan hari ni,aku dan krew busy setup mcp untuk program perasmian Sukan JKR SeMalaysia yang diadakan di Mini Stadium UMT malam esok (12 Jul 2012).

Aku harap keadaan yang dialami tidak berterusan untuk hari-hari yang mendatang.Insyallah.

P/S:Terlintas difikiran yang mungkin MUSUH aku telah bertindak kembali setelah melihat aku semakin sihat dan mampu melakukan tugas luar.Wallahualam..

Monday, July 9, 2012

Baca Doa Ni Bila Nampak Hantu

Sumber: PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Alhamdulillah...



Pic:Google

Alhamdulillah..Syukur pada Allah SWT kerana atas limpah rahmat dan kurniaNya dah 2 minggu aku buat kerja luar.Maksud aku keluar buat rakaman MCP (Multiple Camare Production) bersama krew2 OB.Walaupun aku taklah sihat sepenuhnya lagi,atleast aku slow2 dah boleh buat kerja luar without any seriuos health problem.That's very good achievement actually compare before this.Wah..speeking gitu.Sory la klu ayat ter"skema" or salah erk.."Oh My English."

Apepun aku harap lepas ni aku terus sihat macam biasa.Insyallah..


Sunday, July 8, 2012

Cuti-Cuti Malaysia (P.Kapas)

Pic:Google

Jeti Marang
Deretan Travel Agen
Berbolot nak naik bot
Dalam bot ke P.Kapas
Sampai jeti P.Kapas.Posing lu seround.
Posing lagi!
Nuuuuuuuuu jauh tanah besar
Putih bersih pantai..
Ter"spot" mat saleh celup sedang berehat
Mat Saleh perasan pic dia sedang dirakam
Kubu pertahanan .Kat dalam ada 1 katil (for 2 pax),kipas angin dan bilik air.No tv ok!
Kat sini la aku sewa.Harga chalet pun berpatutan
Petang yang damai
Jeti P.Kapas
Restoran pun ada kat sebelah chalet ni.Harga berpatutan.
Lagi kubu pertahanan
Tempat sewa life jacket & google untuk snockling
Sumber elektrik P.Kapas
Tengok molek..
Damai 1..
Senja di P.Kapas
Damai 2..
Satu lagi restoran yang ada dekat dengan chalet






Pic paling aku suke...
Otw snorkling
Spesis terpelihara
perut buncit nampok tu.hunhuhu

Monday, July 2, 2012

Petua Untuk Mematahkan Sihir


Assalamualaikum semua.harap korang semua sihat2 jer.Okey,hari ni aku nak share info tentang Petua Untuk Mematahkan Sihir.Jangan kite fikir dalam dunia serba moden dan canggih lagi berteknologi sekarang ni benda2 macam ni dah takde tau.Kes2 ilmu sihir sebetulnya banyak terjadi.Cuma ianya tidaklah kecoh dalam media massa.Sebab tu ramai yang anggap kes2 sihir ni dah tak wujud.

Sebenarnya kes2 macam ni orang tak berapa nak ambik port sangat sebab berkait dengan benda misitk.Benda yang tak dapat tengok dengan mata kasar (Dalam kes2 tertentu gak dapat tengok dengan mata kasar) dan bila dah kene batang hidung sendiri atau ahli keluarga.Barulah nak percaya sihir ni wujud.

Biasanya sihir berpunca daripada perasaan tak puas hati dan dengki orang itu dengan orang ni.Maka khidmat bomoh digunakan untuk menyihirkan mangsa.Maka meranalah si mangsa dengan pelbagai dugaan atau kesakitan dengan izin Allah.

Sebagai ikhtiar untuk menghalang kite dari menjadi salah seorang mangsa sihir,korang boleh la cuba petua2 kat bawah ni.Selamat beramal.





Pilihan 1: Sentiasa berada dalam wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersbut ke atas kepala. Jika sihar yang baharu kena akan gugur.

Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jgn diperah dan badan jgn dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur..

Pilihan 4: Amalkan menbaca surah Al Jin setiap malam.

Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.

Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.

Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.


Sumber:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA